Why You Should Choose An Architect As Your Partner

Friday, March 23, 2012

Assalamualaikum semua.


Hari ni aku paling sengal sekali. Macam manalah aku boleh tak ingat birthday mak aku haih. Kalau adik aku tak called of course tahun ni aku langsung miss nak wish. Haha. Dah tua dah mak aku ni. 40 tahun. 

HAPPY BESDAY MUM. 
Thanks for always believing in me.
Thanks for all the support that you have given to me.
Thank you for being such a kind and loving Mother.
When I grow up, I want to be just like you..:)

Pada entry kali ini aku nak bagitahu kenapa perlu memilih arkitek sebagai teman hidup. Benda ni aku copy je and change to my own sentences. Nak share dengan korang. Kenapa arkitek? Bagus. Soalan yang bagus. Aku kan architect-to-be. Takkan aku nak letak dokter sakit puan pulak. Haih. Tapi aku rasa advice ni sesuai untuk para-para gegirl kot. Ada banyak kot kelebihan kalau korang cari teman hidup yang mempunyai kerjaya sebagai seorang arkitek. Bukan lah nak back up atau pun pilih kasih but the true is.. haha ok renung-renungkanlah jelah..



Why You Should Choose An Architect As Your Partner

JIMAT KOS BUAT RUMAH
Bukti? Nak bukti apa lagi. Dah terbukti mereka boleh design rumah macam2 pesen. Rumah idaman korang dia boleh make it to reality. Advantage dia, boleh suruh apa saja ikut suka hati korang nak rumah macam mana, dan tanpa bayaran sehingga akhir hayat. Kalau pasangan anda minta jugak, sah lah beliau tengah tak ada projek a.k.a sengkek. Tapi of course tak mintak. Eh kalau dia mintak cakap macam ni, SEMEMANGNYA AKU SAPA DIHATIMU RAMLI...kalau dia jawab kau bukan siapa-siapa hah sudah. 

 SENSITIVE

Bukti? Dia orang  perlu sensitif untuk menghasilkan design yang kemas dan teliti. Mereka jugak perlu sensitif dengan persekitaran untuk hasilkan design yang baik. Advantage dia, kalau korang ada masalah, moody, emo tetiba atau tak seperti biasa, insyaAllah pasangan korang akan perasan. Then dia pun start lah tanya-tanya kenapa. Haha. Kalau dia tak layan itu aku tak tau la.



LEBIH ROMANTIK
Bukti? Semua benda dia orang buat dengan sepenuh hati. Kalau tak, kerja dia orang tak 'touching', nanti client reject. Advantage dia, alamilah gaya hidup bekeluarga macam dalam citer Korea yang korang suka tengok tu. Bukan main ayat aku macam iklan. Selalu-selalulah merajuk, sebab dia akan pujuk korang dengan cara yang sangat romantik! Tapi jangan pulak setiap hari kau nak merajuk Mun, nanti dia tak kuasa nak layan.


OKEY JE KALAU RUMAH BERSEPAH
Bukti? Studio dan bilik dia orang dah menjelaskan segala-galanya *aku tak eh 
 (Bukti berupa gambar tidak dibenarkan disiar demi menjaga imej arkitek)
Advantage dia, korang tak payah la risau kalau rumah selalu bersepah. InsyaAllah pasangan korang boleh je tahan. Tapi jangan selalu pulak buat perangai lagu ni. Confirm dia cari lain aku no comment.

SANGAT SABAR
Heh? Sabar? Bukti? Let me explain. Just imagine in order to get AR title, pengajian dia orang ambil masa hampir 6 tahun kot. Kalau tak sabar dah lama pindah kos dah Kak Jah oi. Dah selalu kena marah, kena sound, kena shoot dengan lecturer masa time-time belajar dulu. Bila dah kerja turn client pulak. In case kalau design tak gempak dan macam tak best. Advantage dia, korang tak payahlah nak takut-takut untuk membebel atau marah atau melenting dekat pasangan korang tu kalau mereka-mereka buat salah.  Dia orang confirm sabar tempuh dugaan tu. Tapi jangan overdose sangat, marah-marah sayang manja-manja sikit-sikit tu ok lah. Haha.

TAK KISAH STAY UP
Bukti? Memang tak dapat dinafikan lagi dah yang arkitek ni memang terpaksa kerja sampai lewat malam untuk siapkan design dia orang. Macam budak kat office aku  lah. Tengok kat attendance, dalam-dalam pukul sebelas lebih-lebih baru balik. Esok pagi aku datang dia orang datang dulu dari aku. Masa time study dulu dia orang dah lali dah tak tidur sebab nak siapkan model or board-board dia orang yang besar tu. Advantage dia, nanti kalau ada babylambat tidur or nak tukar lampin pagi-pagi buta, tenang, relax, no worries. Kejutkan je dia. Al maklumlah dah biasa.

CREATIVE  WEYH
Bukti? Hasil kerja dan design arkitek memerlukan kretiviti yang tinggi untuk attract client.Advantage dia, kekreatifan itu secara tak langsung akan mempengaruhi rumahtangga arkitek. Jangan risau, setiap ulangtahun perkahwinan korang akan diraikan dengan cara yang mungkin tak jangka. Kalah citer Korea! (Itu pun kalau dia tak lupa la). Tapi lelaki memang selalu lupakan. Itu lah lumrah.





SECURE
Bukti? Dalam mendesign sesuatu bangunan, arkitek kena pastikan safety first! Kalau tak safety bangunan/rumah tak dapat CF tapi sekarang dah tukar, CCC ( Certificate of Completion and Compliance). Apa yang SA mencarut? Hahha. Kira sijil layak menduduki la. Advantage dia, tak perlu lagi risaukan keselamatan korang, anak-anak korang, rumah korang dan harta benda korang! Pasangan anda telah pun memastikan semuanya selamat. Andai berlaku sebarang kejadian tak diingini, cari je dia. InsyaAllah dia akan cool saja..~~

HANG KANG, 49 days. Dia ni architect tau dalam drama ni.


Tapi kan percayalah memang ada betul best kahwin dengan arkitek duit banyak berkepuk-kepuk tapi tu lah. I don't want an architect. Aku yang dah jadi trainee hampir tiga bulan ni, aku dah paham sangat life dia orang. Aku memang tak nak husband aku architect. Serious. Ada orang cakap ok apa sweet boleh discuss kerja sama. Design sama-sama, tukar fikiran bersama. Apakah..?? ahaha. Aku ada some reasons why. I'll post it in next entry. Aku kan kalau boleh nak kahwin dengan lelaki tukang masak yang ada lima cawangan restoran barat..barulah seiring dengan hobi aku dan duit dia pun berkepuk-kepuk:P







You Might Also Like

3 comments

  1. Salam akak, best tak amek course architecture?

    ReplyDelete
  2. Best tak amek bidang architecture?

    ReplyDelete

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO