15 Sebab Suami Rasa Annoying

Saturday, March 17, 2012

Assalamualaikum semua.

Merujuk tajuk di atas, saya bla bla. Dah macam surat rasmi pula kan. Sebenarnya aku ada baca artikel dari satu laman web pasal cinta dan aku sangat suka dan suka dan terus suka. Sebab artikel ni memang mengUPkan mood aku la sebab kena kerja hari Sabtu tatkala yang lain sedang bergembira.

Aku tergelak kot baca artikel ni. Cer baca korang-korang. Aku tak ada adalah nak copy paste sebab laman web tu tak leh boleh nak right click. Then aku tulis lah pakai ayat aku sendiri. Korang tahulah kalau aku dah pakai ayat aku memang jadi apa lah kan. BTW isi tetap sama dan I hope you guys pun tergelak macam aku gelak. Mira kata aku gila sebab baca tersengih-sengih. Buang tebiat apa.

15 Sebab Suami Rasa Annoying
(tajuk asal dia SEBAB SUAMI RASA MENTAL)

Memperkecik-kecikkan suami dihadapan orang lain antara realize ataupun tak even benda tu betul
" Darling I tu kan. Dah lah tak reti berenang. Entah sapa lah nak selamatkan I kalau I lemas lepas tu kan..bla. bla.bla"

Selalu menganggu suami dengan menelefon cakap tentang benda yang totally silly and at wrong time
"Hello yang, tengah meeting ke tu. Maaflah I call you ni sebab nak cakap malam ni kita makan tauge goreng dan tauhu cicah sos tomato okey tak"

Terlebih rajin kemas rumah dan alihkan barang suami sampai si suami tak jumpa barang dia balik
"I dah simpan pancing you tu kat dalam stor rasanya tapi entahlah ikat kat palang yang mana satu"

Mengambil muka surat atau certain-certain part kat paper pastu salah susun. Berterabur. Sampai si suami nak cari part yang dia suka, dia tak jumpa
"You, bahagian sukan kat paper tu I dah terbungkus papaya. Dah masak dah papaya tu"

Suruh suami beli tu beli ni masa dia on the way nak balik dari office sedangkan semalam dah pergi atau esok nak pergi supermarket
"You, semalam kita tersinggah SPA, lupa nak beli garam, tisu tandas, susu budak kat TESCO . I dah list semalam tadi tak jumpa dalam handbag I yang mahal ni"

Tak memberi arahan atau instruction yang jelas dekat suami pastu nak marah-marah
"I suruh you belikan I icing sugar dengan susu cair kenapa you beli susu Dugro dengan gula getah"

Membuat temu janji atau aktiviti sosial tanpa persetujuan suami
"I dah confirm dah malam Jumaat ni I nak buat party tupperway kat rumah Kak Siti. You tak ada program tahlil kat mana-mana kan"

Mengubah barang atau tempat , tools atau setting kat PC tanpa bagitahu suami
"Screensaver gambar you yang dengan 80 kilo marlin tu I dah tukar dengan gambar Aaron Aziz"

Ambil masa yang sangat lama kalau nak keluar sampai suami tunggu dengan setia dah tertidur di atas sofa
"Sorry lah I tak tahu mana baju kebaya I yang paling jarang so it's really take time untuk pilih"

Sama ada sengaja atau tak sengaja menyebelahi anak-anak ketika suami sedang hot
"Eh you ni biar la budak tu nak pergi ladies night. Bukan dia nak tinggal dekat rumah kawan dia seminggu pun"

Tidak suka mandi atau bersiap awal pada hari cuti
"...nak mandi buat apa awal-awal ni bukan pergi jalan mana-mana pun"

Mengganggu suami masa dia tengah syok tengok TV
"...awak jerit sebab Kaka golkan pun awak bukan dapat apa-apa. Mai tolong saya potong ayam ni lagi bagus"

Menfitnah suami tanpa usul periksa
YOU! you ni ada affair kan sebab sms beep beep beep dari tadi tak benti. Sampai hati you curang dengan I! Ceraikan I"

Membebel dan berhenti-benti tentang perkara yang remeh
"..I dah kata jangan bagi budak tu prepaid sekarang tengok asyik bergayut je..bla bla bla.


Dengan sengaja atau tak gagal memasak makanan yang suami nak makan
Apasal you tak cakap yang you nak I masak kari kepala ikan dengan rojak pasembor. I dah masak pai daging dengan spagetti kambing da ni"

TAMAT

Kalau aku lah jadi husband dapat isteri yang macam ni aku pun annoying kot. Aduh semoga aku dijauhi untuk jadi isteri yang mengANNOYingkan suami haha.

creadit to : www.tentangcinta.com





You Might Also Like

3 comments

  1. perempuan memang mostly macam tu. Membebel je kerjanya

    ReplyDelete
  2. But it can't be helped. Kadang kadang lelaki suka buat benda yang entah apa apa. :D

    ReplyDelete

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO