I-City? Apa Je Yang Ada?

Sunday, March 18, 2012

Assalamualaikum semua.

Kali ni aku nak promote kat korang tempat yang menarik dekat Selangor. Sejak bila aku jadi pegawai perlancongan ni..= ="

I-City? Aku berani bet korang semua tau pasal I-City ni kan. Terletak dekat Shah Alam dan tak berapa jauh dari Klang. Ni memang tempat nak lepas stress kot. Masuk malam tadi genaplah lima kali aku pergi tempat ni. Mula-mula dulu ada lampu je. Tapi sekarang jangan main-main sebab korang boleh main-main kat tempat ni. Maksud aku, apa yang boleh aku katakan I-City ni macam fun fair lah lebih kurang ada theme park bagai.

DIGITAL LIGHTS TO TURN NIGHT INTO DAY

Aku tak tipu serious. Dekat I-City ni ada 4 hotspot yang korang boleh dan wajib pergi.


ENCHANTED FOREST
SNOWALK
FUN AND ADVENTURES
i-WALK




Untuk ENCHANTED FOREST dia ada 


 Spacewalk

Superswing

2 tier Carousel

Gambar carousel di atas aku amik dari ihsan Google sebab malam tadi aku nak tangkap ramai gila mak bapak tengok anak dia orang main termasuk mak bapak aku.

SNOWALK



Tak payah nak datang naik Genting sana nak rasa salji. Dekat sini lebih kurang je since pengasas bagi Genting Highland dengan I-City sama. Untuk dewasa RM 25 manakala untuk kanak-kanak ribena RM 20. Harga tu termasuk sekali dengan rental untuk jacket.


FUN AND ADVENTURES

Giant Ferris Wheel

Of course tak dapat dinafikan eye on Malaysia lagi besar tapi just imagine yang kalau korang naik korang boleh nampak bukan I-City je tapi Federal Highway bahkan satu Shah Alam. Sempadan Klang mungkin nampak. MUNGKIN? Ha'ah. Bendalah ni lah yang paling aku nak naik sangat. Dah beli tiket tapi bapak aku ajak balik sebab dah pukul 11 time tu dan aku antara-antara yang belakang dalam barisan. HUH

K bye-bye barisan panjang. Next time aku datang awal-awal.

 Pirateship. Bendalah ni memang aku suka. Aku duduk kat hujung kapal memang function.


Cross Country Bumper Car
Circus Travel


Dua benda ni pun sama macam kuda-kuda tadi. Ramai mak bapak sampai tak dek space aku snap gambar.


i-WALK

Ni memang sudut nak tangkap gambar jelah

Kenapa gambar ni macam tak berseri?

Tapi gambar ni berseri? Aku pun tak paham. Haha

Jangan main-main. Korang ingat Wangsa Walk je ada tempat karok?

Senang kot nak cucuk..

Ni still kat I-City kot



Adik aku kalau dah nampak mainan dah tak ingat benda lain dah.

I-City ni buka pukul 5pm sampai 1am kalau hari Isnin sampai Khamis tapi kalau Jumaat, Sabtu, Ahad dan public holidays sampai pukul 1am. Pasal fee pula murah je. Kalau parking dalam sepuluh ringgit macam tu. Yang jadi mahal kalau korang naik permainan yang ada tu. Aku harap sangat lepas ni ada roller coaster. Baru function bhai! To those yang tak pernah datang mai-mai lah datang. Yang dah banyak kali datang datang lagi.


Banyak-banyak gambar, I just love this most! Bye I-City I'll come back to ride the ferris wheel soon. 
*kalau nanti aku kempunan pulak




You Might Also Like

3 comments

  1. oh...

    umah salji dah bukak yek..
    akak gi last month tgh renovate..
    adik masuk tak umah salji tu..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah bukak dah kak. Saya tak masuk sebab ramai orang sangat-sangat..

      Delete
  2. Asking questions are actually pleasant thing if you are not understanding something fully, except this piece of writing presents good understanding yet.


    Also visit my blog post: TequilaEPock

    ReplyDelete

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO