Tudung dan Medic? Apa Kaitannya Weyh?

Wednesday, March 07, 2012

Assalamualaikum semua.

Artikel ni aku baca melalui photo shared kat facebook oleh kawan aku so tak salahkan nak shared ngan korang-korang. Ilmu nih!

Tudung dan medic? Apa kaitan antara mereka? 

Okay meyh aku kasi tahu. Mesti korang teringin nak tahu apa kaitannya dengan sains perubatan kan? Sesungguhnya hebatnya ciptaan Allah dan Allah tak pernah bermain-main dengan ciptaanNya. Segala apa yang dia perintahkan tu semua ada sebab.Kenapa Allah menyuruh hambaNya perempuan khususnya memakai tudung. Kenapa? Kenapa? Tell me why?

Of course korang tau Allah sangat menyayangi hambaNya. Allah menyuruh kita kaum hawa pakai tudung ada rahsia yang tersembunyi sebenarnya. Quite strange kenapa lelaki tak payah pakai tudung. Korang pernah terfikir tak? Ke korang fikir, DAH ISLAM WAJIBKAN KITA PAKAI PAKAI JELAH. Memanglah. Janganlah korang pakai tudung sebab terpaksa. Allah marah tau. Hehe. So mari kita tengok dari sudut medic dulu.


Tengkorak (human skull) manusia antara lelaki dan perempuan ada sepuluh perbezaan. Perbezaan yang sangat obvious ialah pada MASTOID PROCESS. Hah sudah. Binatang apa pulak ni. Aku bukan budak medic. Jangan gelabah mari SA terangkan. Mastoid process ialah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga. Cer korang rasa, 0.5-1 cm dari belakang telinga. Untuk lelaki dan perempuan, perbezaannya sangat ketara. Lelaki senang nak rasa sebab saiznya yang sedikit besar compared than perempuan, kecil je bendanya.

Ada satu prof berkata, Allah sangat sayangkan hambaNya sebab itulah disyariatkan pemakaian tudung sebab, dalam mastoid process ini at least ada 4 type of nerve which are important like facial nerve. Apa pulak function facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita yang manis ni, kita punya gelak tawa...
:p :D =) ^.^ ==" xD riak muka kita semuanya lah.

Because of the size of mastoid process ni kecil compared than lelaki, bila sejuk, nerve ini akan mudah mengecut dan tak boleh berfungsi dengan baik dan dalam jangka masa panjang nanti ia akan bagi kesan kat tona muka. SOOOOO sebab tulah pemakaian tudung itu kepada wanita kerana untuk melindungi wanita iaitu aku dan korang semua kaum hawa. Ini untuk diri sendiri gak and untuk kecantikkan pulak

Sebab itulah sesiapa yang menjaga auratnya, tudungnya, perempuan itu nampak awet muda dan berseri-seri. Senyuman makin manis, makin menarik, makin indah makin menawan pergh. Tak payah nak buat rawatan muka kat New York Skin Care. Jimat kot. Beli je tudung. Paling murah pun sepuluh ringgit. Takkan itu pun tak boleh. Jom pakai tudung kepada yang free hair. Aku tak paksa. Itu hak individu untuk menilai.Pandai-pandailah fikir.

Dan benarlah kata nabi s.a.w 
"Seindah hiasan adalah wanita solehah"    


“ afala ta’kilun “


“ afala tatafakkarun “


“tidakkah kau berfikir? “

“ dan nikmat Tuhan manakah yang kau nafikan? “



Fikir-fikirkan dan selamat beramal!




You Might Also Like

2 comments

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO