Si Stalker Lima Bintang Setengah Lebih Lebih Sikit

Thursday, May 24, 2012

Assalamualaikum semua.
SIHAT SEMUA? Sihat-sihat aku tau. Kalau tak sihat tak ada lah kau pergi makan ayam penyet tadi kan. Kan. Kan. Merujuk kepada gambar di atas, siapa yang selalu rasa benda macam ni? Kau benci dia tanpa sebab. Asal eh? Entah. Korang carilah jawapan. Dah dapat calling-calling aku.

Yah yah yah. Entri pada kali ni aku nak sambung tang Rabu lepas. Hey ingat tak kenapa aku suka hari Rabu? Hah. Yang tak baca lagi boleh buka link ni meyh...


Hari-hari terakhir di Ukay Perdana sangat-sangat mendatangkan keterujaan dalam diri aku. Aku sudah lama menantikan saat-saat ini. Meninggalkan zaman praktikal yang...hmm entahlah. Hey hari ni hari last kot aku jumpa pasar malam. There's no more pasar malam at Ukay Perdana after this..=/

Okay pasar malam, I won't be back..

Cuaca seakan-akan mengetahui tentang kedatanganku yang terakhir kali ...
* ayat macam nak mintak lempang je


Yang ni gerai yang first sekali aku singgah masa minggu pertama dekat Ukay Perdana. Untie ni jual skewer memang not bad lah. Until the last day iaitu semalam baru aku tahu yang gerai ni ada nama..


ADUH! JAWE'S SKEWERS beb!


Ni makcik jual jagung. Aku ni memang regular customer dia lah. Semalam aku tanya. 
RM 2.30 kan?
Eh, nak makcik naikkan 10 sen ke?
Dalam hati aku, tak tak per. Naikkan je. Naikkan seringgit pun tak pe. Sebab aku tak beli dah lepas ni..


Gambar ni? Saja letak. Tak pernah beli pun..

Dan dan dan aku punya AIM tercapai. Guess what. Aku dapat snap picture admire aku tu lol. Memang setengah jam aku menapak sebab nak tangkap gambar dia ni. Ni antara cubaan yang gagal..


and finally..


Full set doe..Jauh? Tak nampak? Kalau yang ni?


HAH! Hamek kau. Depan-depan ni. Kenapa kabur? Aku saja edit kabur atas sebab-sebab keselamatan..=)
Dia tak senonoh minum berdiri? 
Dia cina LOL..ahaha

Lepas ni memang confirm dah tak jumpa lagi. Bye pasar malam. I'm gonna miss you. Rindu pasar malam ke rindu benda lain??..:')


Stalking is such a strong words, I prefer Intense Research of an individual..=))

You Might Also Like

3 comments

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO