BODYGUARD KU YANG RAMAI..finale

Monday, May 07, 2012

Assalamualaikum semua.


Akhirnya siap juga cerpen aku ni. Penat kot perah otak. Nak-nak time confess. Sakit kepala weyh. Dah lah aku tak pernah bercinta pastu nak fikir ayat jiwang-jiwang. Memang tak lah. Tapi tak pe walaupun tak pernah aku cool je. Enjoy the last part of this $%Y%&*& cerpen. Haha. Kalau nak komen, komen je. I'm ok with that. To those yang tak pernah baca boleh lah baca..





BODYGUARDKU YANG RAMAI
By : Syafiqah Azmi

Berita tentang kejadian pada malam Sabtu bulan lepas belum lagi reda. Ia masih lagi menjadi topik hangat pelajar-pelajar kolej tersebut. Tuan pengarah memohon maaf kepada Alia di atas apa yang terjadi. Untuk menyelamatkan Lan daripada sebarang kontroversi dia telah menghantar anaknya itu menyambung pengajian ke luar negara.
Pada malam itu, Aizril telah dihantarkan ke hospital yang berdekatan dan dia telah koma selama tiga hari disebabkan gegaran yang berlaku di otaknya. Alia diselubungi rasa bersalah dan mengganggap dirinya sebagai punca. Sejak kejadian itu, Alia dan Aizril semakin akrab. Alia sangat-sangat terhutang budi dengan lelaki itu kerana sanggup mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan dirinya daripada Lan.
 Berita yang paling menggelikan hati mereka lima beradik ialah gambar Azri memegang tangan Alia. Isu itu telah memecah carta billboard kolej AOK. Ramai gadis memandang Alia dengan pandangan yang meluat kerana berpendapat Alia telah menggunakan ubat pengasih untuk mendapatkan Azri. Berbanding dengan kawannya,Sarah, tak habis-habis ke hulu-hilir mengikuti ke mana sahaja Alia pergi kerana ingin mengetahui bagaimana Alia boleh rapat dengan ketua kumpulan Masterpiece yang anti-perempuan itu.
Bagi Aizril telinganya panas mendengar gosip itu. Hatinya cemburu. Mungkin benar berita yang tersebar kerana Aizril sudah beberapa kali terserempak dengan Azri dan Alia bersama. Petang itu dia telah pergi ke rumah Alia kerana ingin memulangkan buku yang dipinjam dari Alia tiga minggu lepas. Macam mana tahu rumah Alia? Siasatlah!
Dia berdiri lama dihadapan pintu rumah itu. Kondominium di Taman Sering Ukay di tingkat dua belas.
“Eh, Aizril ko buat apa kat sini?” tegur Afiq dari belakang.
Dia tahu sangat yang Aizril ini suka pada Alia dan Alia juga begitu. Tetapi mereka belum memberitahu isi hati masing-masing. Mungkin mereka selesa dengan hubungan yang terjalin sekarang. Disebabkan Aizril pernah menyelamatkan Alia jadi dia bercadang untuk menolong Aizril untuk menjadi adik iparnya.
Aizril hampir tersadung ke depan akibat suara Afiq yang tiba-tiba kedengaran dari belakang.
“Eh. Kejap. Yang kau pula buat apa kat sini?” soal Aizril pelik. Dia ligat berfikir tentang gosip yang dikhabarkan. Afiq yang memulakan pergaduhan malam itu. Mungkinkah Afiq dan Alia rapat? Macam mana pula dia tahu rumah Alia? Adakah dia telah menjadi pengacau antara mereka berdua? Tapi bagaimana pula dengan Azri? Yang mana satu ni? Otaknya makin serabut.
“Aku rasa dah sampai masanya kau tahu.” Afiq tersenyum manis lantas menarik tangan Aizril ke dalam rumah.
Sampai di pintu, Dia menekan password rumahnya itu. Aizril semakin hairan. Tiba-tiba jantungnya seperti terhempas ke batu.. Bagaimana dia tahu password rumah Filza? Apa maksudnya? AKU RASA DAH SAMPAI MASANYA UNTUK KAU TAHU. Apa yang aku patut tahu? Dia seperti ingin memperlihatkan aku dengan ..oh aku tak nak tahu. Mungkinkah dia ingin bagitahu aku tentang hubungannya dengan Alia? Aku tak sedia untuk mendengarnya.
Di sebalik pintu, dia melihat Alia sedang makan bersama Azri. Alia hanya memakai pinjama kuning. Hatinya runtun. Jadi benarlah.Kejap. Macam mana pula dengan Afiq?
“Aizril.” kata Azri.  Tiada langsung riak yang terpancar pada muka Azri. Posisi Azri yang menghadap pintu jelas mengetahui kehadiran Aizril sebaliknya Alia termangu.
“Aizril?” Alia menoleh. Dia terkedu.
“Jadi betul lah apa yang orang cakap. Korang memang ada hubungan. I never expect yang you’ll be live with a guy in one roof. I’m truly disappointed with you Alia.” Aizril menaikkan suaranya dan mengejutkan Adam yang sedang tidur.
Entah mengapa Alia cuba memberi penjelasan tetapi mulutnya seperti terkunci. Azri,masih tidak mempunyai respons apa-apa sementara Aizril masih lagi tidak percaya apa yang dilihatnya. Badannya kaku.
“Apa yang memekak ni?” suara Adam kedengaran. Mukanya masih lagi mamai dan terkejut dengan kehadiran Aizril. Wow. Dua orang. Sekarang pelajar hot kolej ada di rumah Alia dan perasaan meluat mula timbul. Terbukti perempuan Melayu dengan London just the same.
“Pertama sekali aku nak kau breakfast dengan kita orang dulu. Meh”  Afiq menarik tangannya. Dia melepaskan dan berkata ”Aku rasa aku tak ada lagi urusan kat sini. Aku nak balik. Enjoy your breakfast by the way. Assalamualaikum. “ dia mempercepatkan langkahnya. Hatinya sakit. Alia termengkelan sementara Adam sudah seratus peratus sedar. Sementara Azri masih lagi tiada reaksi  sedang menyapu Nutella ke atas rotinya.
Alia terus bangun dan memakai selipar. Dia terlalu takut jika Aizril salah faham. Dengan apa yang dikatakan olehn Aizril jelas dia sangat kecewa. Alia mempercepatkan langkahnya tetapi Afiq cuba menghalang.
“ Afiq. Biarkan..” kata Azri spontan.
Alia berlari sekencang yang mungkin. Dia sangat-sangat menyukai Aizril. Dia tidak mahu hanya kerana salah faham hubungan mereka retak. Tetapi sayang, dia melihat kereta Aizril makin  hilang dari pandangan. Alia terduduk. Air matanya mula mengalir.
Sementara situasi di dalam rumah, empat bersaudara berkumpul di meja makan. Mulut Adi ternganga setelah mendengar cerita dari Adam. Mereka semua tahu apa yang bakal terjadi apabila Alia pulang nanti. Idea merahsiakan identiti merupakan punca utama salah faham ini terjadi dan sudah tentu Afiq adalah orang pertama yang akan dimarahi oleh Alia.
“Lek daa ahi sok kang adaa.” Kata Afiq
Mulutnya terlalu penuh sehingga Adi tidak menyangka yang dia masih lagi dapat bercakap.
“Apa?” tanya Adam spontan, sementara Azri kelihatan mual. Afiq menelan makanannya sekali gus lantas mengulang kata-katanya.”Rilek lah hari esok kan ada. Esok kita semua terangkan lah dekat si Aizril  tu.”
**********
“Alia. Saya suka kat awak. Sudikah awak terima cinta saya?” Lelaki itu melutut di hadapan Alia di tengah-tengah restoran. Semua pelanggan yang ada di restoran itu teruja dan ada yang hampir menjerit.
Alia serba salah dengan sekali nafas dia berkata “ Maaf Akim, saya tak suka awak. Saya minta maaf banyak-banyak.” Kedengaran orang berbisik-bisik dibelakangnya lalu  dia terus pergi meninggalkan lelaki itu yang masih lagi melutut. Mukanya terkejut. Cintanya baru ditolak di depan orang ramai. Malunya hanya Allah sahaja yang tahu.
Alia menuju kearah tempat parking kereta dan mula memandu. Maafkan aku Akim. Hati aku bukan untuk kau. Kau sepatutnya tahu. Fikirannya terbayang tentang kejadian tiga tahun lepas. Pada keesokan hari dimana Aizril datang kerumahnya dia mendapat tahu yang Aizril telah berhenti kolej dan pulang ke London. Dia tidak langsung dapat menerangkan apa yang terjadi. Puas abang-abangya memujuk supaya berhenti menangis tetapi tindakan mereka sia-sia.
**********
Dia merenung keluar tingkap. Hatinya tidak sabar menunggu kehadiran seseorang. Dia menjadi tidak keruan apabila loceng apartmennya berbunyi lantas dia segera membuka pintu.Lelaki itu kelihatan sugul. Belum sempat lagi lelaki itu duduk, dia bersuara,” So how?’ soalnya tidak sabar.
“Ko boleh sabar tak Ril. Penat aku ni pun belum habis kau tahu. “ Akim menyandarkan bahunya. Mata dipejam rapat-rapat.
“Woy!” Akim yang terkejut terus tersentak.
“Ok. Fine.” Akim mengeluh panjang,”Look.  Aku ditolak.” Dia kembali bersandar.
Suatu perasaan yang tak dapat digambarkan melalui kata-kata, Aizril melompat.
“Aku dah kalah. You won.” Akim akur dengan kekalahan. Aizril yang masih lagi terlompat tersenyum puas.
“Okeh bro. Dengan berita penolakan ini, aku akan maju dengan plan yang kedua. Terima kasih kerana menjayakannya. Dah lewat ni. Aku kena tidur yang cukup.Esok aku ada meeting.” Aizril masih lagi tersenyum dan menuju ke bilik tidurnya.
Akim menyesal kerana terlibat dengan permainan yang dirancangnya. Pura-pura mencintai Alia dan akhirnya dia sendiri terjerat. Awalnya dia hanya ingin menolong Aizril untuk mengetahui siapa di hati Alia tetapi kenyataan yang baru diterima tadi, dia tewas.
Malam itu Aizril tidak boleh tidur. Hatinya begitu gembira. Dia tahu hati Alia hanya buatnya. Dia sangat rindu untuk menatap wajah perempuan itu. Bila dia berfikir balik, dia memang bodoh kerana tidak mendengar penjelasan Afiq duhulu. Pada masa yang sama atuknya sakit tenat. Oleh sebab itulah dia terus berhenti kolej dan balik ke London.
Esok dia akan meneruskan rancangan yang seterusnya apabila rancangan yang pertama ini berjaya. Ini semua idea Akim. Pengawal peribadi yang dihantar oleh atuknya. Akim itu sudah seperti sahabatnya sendiri walupun darjat mereka berbeza. Dia telah menyuruh Akim untuk rapat dengan Alia dan mengorek rahsia hati perempuan itu dan berjaya. Dia tahu mereka berdua tidak mempunyai ruang  untuk berbicara mengenai cinta yang telah terjalin sejak sekian lama.
Sebulan yang lalu, Adi telah datang berjumpa dengan pemilik Hotel Avillion kerana mahu menjadikan hotel itu sebagai malam Anugerah Interior 2012. Adi yang merupakan event planner telah berjumpa dengan pemilik hotel, Encik Aizril dan sangat-sangat terkejut. Begitu juga dengan Aizril. Adi telah menceritakan segalanya dan Aizril tidak peduli tentang hal itu kerana sudah lama dia mencari Alia tetapi tidak jumpa.
Hal ini kerana mereka berlima sempat menetap di Italy selama setahun kerana urusan perniagaan sebab itulah Aizril tidak dapat menjejakinya. Sejak pertemuan itu pelan untuk mendapatkan cinta Alia bermula. Tidak terkecuali, abang-abang Alia juga terlibat. Esok dia akan berjumpa dengan Adi serta abang-abang Alia yang lain. Alia! YOU’RE MINE!
**********
“Boleh tak jangan membebel?” Alia yang sangat rimas tentang komen daripada abang-abangnya.
“Abang Azri rasa warna kasut tu tak padanlah.” Kata Azri sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Sementara Afiq pula sibuk memeriksa baju yang ada di dalam almari Alia.
“Kenapa dengan korang semua ni? We only have 30 minutes left and both of you please, silent!” kata Alia sambil memakai gelang yang diambil dari laci.
“Memanglah ada 30 minit tapi kita orang dah siap. Alia tu hah. Dah memang tak padan, Azri komenlah.” Ujar Adam sambil membetulkan tali lehernya di cermin bilik Alia.
Kesemua mereka adalah tetamu VIP bagi majlis akan berlansung malam ni. Mereka lima beradik Daniel telah bersama-sama membangunkan Daniel Associate dan sangat terkenal di Malaysia. Adik beradik Daniel? Maksudnya? Mempunyai nama Daniel dihadapan nama masing-masing telah jelas membuktikan mereka ni bersaudara. Kelima-lima mereka merupakan CEO firma itu dan hasrat Adi telah tertunai kerana adik-adiknya telah bersama-sama membangunkan syarikat papa mereka.
“Alia! Cepat!” laung Adi dari bawah. Dia sangat hairan mana pergi adik-adiknya yang lain padahal dia tak sedar yang mereka semua ada di bilik Alia. Tiba-tiba masing-masing menyerbu masuk kereta. Entah mana entah datangnya. Adi bingung lalu melihat kasutnya yang berkilat.
 **********
Tepat pukul sembilan semua tetamu telah tiba. Mereka berlima duduk di meja yang paling hadapan sekali. Satu kerusi kosong di sebelah Alia. Hiasan dalaman majlis itu sangat cantik. Rekaan itu adalah hasil kreativiti Adam dan juga Adi. Mata Alia melilau memandang sekeliling. Rata-ratanya yang hadir ialah orang kuat IPDM.
“Aku ingat nak cari awek lah kat sini. Aku dah lama single ni.” Afiq memulakan perbualan.
“Aku pun. Aku rasa aku nampak beberapa orang yang cun. Nampak gaya belum kahwin.” Kata Adam yang memanjangkan leher untuk melihat lebih jelas.
“Jangan cepat sangat adik-adik ku. Yang pakai baju merah tu sudah berpunya.”celah Adi lantas meluru ke arah sekumpulan  gadis jelita itu, sebelum berkata.”Hai Lisa. I duduk dekat situ. Nanti kita jumpa” kepada perempuan yang memakai kebaya merah yang senyum memandang kearah meja mereka.
“Wait. Budak tu awek Adi? Sejak bila? Aku tak tahu pun.”Adam menyoal yang lain. Matanya masih lagi memandang mereka berdua. Dia seperti tidak percaya pada masa yang sama teruja.
“Oh. Itu Kak Lisa. Dia tu interior designer dekat Gusto Design and Build. Awek tu lah yang abang Adi nak tackle.” Alia menjawab dengan selamba “Dan dah declare pun malam tadi.” Rahsia Adi semua di tangannya.
Azri mencela” Tak lama lagi makan nasi minyak lah kitaaa..” Adam masih lagi muka tidak percaya dan Afiq ketawa riang. Matanya terpandang kiri. Dilihatnya seorang perempuan sedang tersenyum kepadanya. Permainan mata pun bermula. Suara pengerusi majlis kedengaran dan itu menandakan majlis sudah pun bermula.
Sepanjang satu jam setengah majlis berlangsung, Adi, Adam dan Alia kerap naik ke atas pentas kerana Daniel Associate telah memenangi pelbagai anugerah sekali gus menjadikan syarikat itu memenangi anugerah utama. Mereka lima beradik sangat gembira terutama Afiq yang sempat mengalirkan air mata kerana terlalu teruja tetapi cepat-cepat di lapnya dengan sapu tangan kerana dia perasan yang perempuan di meja sebelah melihatnya.
Sebelum majlis berakhir, “Hai”  suara lelaki dari belakang Alia. Alia tidak mendengar. Matanya masih lagi khusyuk mendengar kata-kata penutup daripada pengerusi majlis. Menyedari hal itu, Azri mula memainkan peranan.
“Aizril Syazreel?” katanya yang tidak percaya dan Adi yakin nada itu dibuat-buat.
Badan Alia terkaku. Aizril? Kenapa abang Azri menyebut namanya. Mungkinkah lelaki itu berada di sebelahnya. Tetapi bagaimana? Tanpa berlengah dia menoleh. Lelaki itu tersenyum manis. Wajah redup yang amat dirinduinya. Alia berasa seolah-olah seketul batu jatuh membelah dadanya hingga ke perut.
“Mana kau pergi bro. Lama tak nampak.” Afiq berkata kerana keadaan disitu terasa janggal.
“Alia single lagi.” Kata Adi yang tersengih kearah adik perempuannya.
Alia cuba menyepak kaki Adi di bawah meja, tetapi tersepak kaki Adam. Adam yang kesakitan sehingga bergenang air mata terlepas perbualan itu selama beberapa minit.
Tiba-tiba Aizril meluru kearah pentas dan sekarang dia sedang memegang mikrofon. Alia semakin bingung. Mengapa Aizril mengambil alih posisi MC? Adakah Aizril salah satu tetamu jemputan majlis tersebut? Tak mungkin. Dia bukan di dalam bidang ini. Setahu Alia, Aizril mengambil jurusan yang sama dengan Azri. Otaknya semakin tidak mampu berfikir.
“ Hai Alia.” Alia terkejut dan dia melihat banyak mata tertumpu ke arahnya. Fikirannya semakin buntu.
Semua tetamu telah tahu bahawa  di akhir majlis akan adanya acara Love Confession. Itulah yang ditunggu oleh para tetamu cuma Alia sahaja yang tidak tahu kerana abang-abangnya telah memastikan dia tidak dapat buku atur cara tersebut. Dan acara itu sudah pun bermula.
“Tiga tahun lepas saya berkenalan dengan seorang gadis. Gadis yang bernama Alia Daniella. Yang sedang memakai baju kuning air itu.” Tangan Aizril menghala ke arah Alia. Alia semakin gelisah.
“Ya. Hubungan kami agak rapat. Sepanjang persahabatan kami, saya dapat rasakan satu perasaan yang lain. Suatu kegembiraan yang tak dapat digambarkan. Hati saya berdebar-debar apabila bertentangan mata dengannya dan saya pasti saya telah jatuh cinta.” Aizril memandang tepat ke arah Alia dan para tetamu sangat perasaan tentang hal itu.
“Cuba kau dengar ayat dia. Mamat London guna ayat-ayat puisi beb.” Adam mencela. Dilihatnya Alia dan Aizril masih lagi bertentang mata. Alia langsung tidak memandang ke arah lain. Tiba-tiba dia berdiri.
“The rule is let me finish all that I need to say and then it will be your turn. Agree?” Aizril tersenyum bertanya. Tanpa sempat Alia berkata apa-apa, satu dewan telah memberi jawapan AGREE !!! Alia yang terkejut terus terduduk.
“Namun akibat salah faham kerana menyangka Alia mempunyai hubungan sulit dengan orang-orang yang saya kenal, saya telah pergi meninggalkan dia tanpa mendengar sebarang penjelasan. Ianya terlalu pahit untuk saya terima kenyataan itu. Namun setelah berfikir semula, mengapa saya harus kecewa sedangkan kami hanya berkawan. Saya cuba pejamkan mata untuk melupakan tentang segala kenangan yang indah tentangnya. Tapi semakin saya mencuba, bayangnya semakin datang. It takes a minute to have a crush on someone, an hour to like someone, and a day to love someone but it takes a lifetime to forget someoneAizril menarik nafas sedalam-dalamnya. Matanya masih lagi memandang Alia.
“Kerana terlalu rindu, saya kembali semula mencari insan yang bernama Alia. Tetapi sayang, saya langsung tak dapat menjejakinya. Saya sangat hampa sebab saya tak tahu dia dekat mana. Dia hilang seperti ditelan bumi. Saya tertanya-tanya, adakah dia rindukan saya seperti  saya rindukan dia? Tak pernahkah dia sedar erti cinta saya untuk dia?”
Suasana sangat senyap dan Azri yakin kalau dia menguap tentu menarik perhatian ramai. Dia tidak mahu perhatian itu lalu cuba menahan.  Air mata Alia pula sudah mengalir. Perlahan-lahan Aizril berjalan kearah Alia bertemankan lampu sportlight. Keadaan menjadi lebih tegang.
“Alia Daniella, You are a beautiful part of my life... I Really Love You. I hope you feel it too. Saya sedar hanya awak yang boleh buat jiwa saya tak pernah mati tetapi menjadi lebih bererti.” Mata Aizril bergenang.
Perlahan Alia berkata. “I do I love you. I do I love you.” Dia mengulang ayat itu dan terus mengulanginya. Adi menyampuk, “Maaf kita orang tak dengar.”
Aizril masih lagi berdiri tegak menanti jawapan yang pasti. Alia berdiri dengan nada penuh ikhlas dia berkata, I DO I LOVE YOU AIZRIL.
Satu sorakan yang amat kuat bergema satu dewan. Akhirnya hati Alia menjadi sangat tenang kerana tiga tahun dia tunggu saat itu. Tiga tahun dia terseksa. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya ketika itu. Di suatu sudut, Akim sangat kecewa tetapi gembira untuk majikannya.
Aizril tersenyum lebar. “ Attention please, to all ladies and gentleman, all of you are invited to our wedding ceremony which will be held here one month from now.” Aizril merangkul pinggang Alia dan membuat pengumuman dengan penuh yakin. Alia pula terlopong. WHAT???

-TAMAT-

Ahaha..kelakar tak ayat aku. Itulah kesudahan cerita aku. Last-last dia orang kahwin

Abang-abang dia?? Dia orang bahagia kalau adiknya bahagia..=))


Betulkan aku cakap..=D
P/s : gambar yang aku letak hanya illustrasi je sebab nak kasi nampat menarik. Harap korang faham..=)))

You Might Also Like

8 comments

  1. nice story babe.. keep it up... ayt yg mudah nk di fahami.. penyampaian yg direct.. next tast la plak ea syaf... huhu... =)

    ReplyDelete
  2. =) nnti wat cter lain lak tau...

    ReplyDelete
  3. aku suke name daniel. dari dulu. haha :D

    ReplyDelete
  4. #yana - thanks..ahaha..nanti kalau aku ada masa aku buat lagi ouh..:D

    #mE :D - macam pelik je nama kau ni..ahaha..btw asal kita ni banyak persamaan..???..ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeah? haha. biar la. malas nak letak name aku. bhahhaa

      Delete
  5. Wah Rajinnya wat cerpen. Nanti bleh hasilkan novel. I follow....

    ReplyDelete
  6. #si matatajam..rasanya kalau buat cerpen tu nampak macam terlalu jauh..=))

    ReplyDelete
  7. novel ni dah habis ke?
    kesian aku.. hilang populariti aku. bhahhaa

    ReplyDelete

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO