BODYGUARD KU YANG RAMAI..part 2

Thursday, May 03, 2012

Assalamualaikum semua,

Cepat je kan dah hari Khamis. Macam tak percaya. Rasa macam semalam baru sambut Hari Pekerja. Macam mana aku sambut? Tang ni tak semua buat..aku tahu. Aku sambut dengan tak bekerja lah. Haha. Contohnya, tengok running man episode 61 sampai 65. Hah. Itulah cara sambutan aku. Tapi aku serius BANTAH! Sebab kenapa budak sekolah cuti. Bukan dia orang bekerja pun. Cikgu dia orang cuti memang.. suruhlah budak-budak attend ceramah ke apa. Haha. Serious dengki. Zaman aku dulu tak apa. Ko pehal Syafff..=.=..LEMPANGKAN LAJU-LAJU..

Okeh balik semula kepada cerpen aku yang BODYGUARDKU YANG RAMAI, ni sambungan part 2.. sapa yang belum baca bukak link ni BODYGUARD KU YANG RAMAI..part 1. Enjoy the second part of this story peeps..:D


BODYGUARDKU YANG RAMAI
By : Syafiqah Azmi


“Tak boleh!” keempat-empat abangnya membantah serentak.
“Dah mula dah.” Kata Alia sambil memutarkan matanya ke atas. “Tapi kenapa?”
“Macam yang kita orang cakap dulu, kolej kita orang tak sesuai untuk Alia.” Afiq mengeluh sementara Azri mengangguk setuju.
“Kenapa hantar borang tak bincang dengan kita orang dulu?”  tanya Adi.
Alia mengeluh panjang, “Sebab Alia tahu yang kalau Alia bagi tahu kat abang, korang mesti tak setuju.”  Nada Alia kedengaran kecewa.
“Kalau itu pilihan Alia, abang Adam ok je.” Adam cuba menceriakan Alia. Dia memberi isyarat mata kepada adik-beradiknya yang lain supaya senyap.
“Terima kasih. Yang lain?” Matanya memandang mereka silih berganti. Muka mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi.
“Tapi dengan syarat!” Afiq mencela. “Kita kena saling tak kenal antara satu sama lain.” Adam dan Azri merenung Afiq tajam. Dengan sedikit gelabah dia menyambung, “ Yelah, kita orang ni ramai hater lelaki kat kolej, just imagine if they know who you are. Tak ke naye tu.” Kata Afiq meyakinkan mereka.
“Dengan satu lagi syarat!” Adi bersuara. Adi mengarahkan mereka mendekatinya. Dia berbisik.
“APA???” 
**********
“ Apa khabar semua?” katanya sambil tersenyum. Matanya tertumpu pada gadis yang berbaju merah hati di hadapannya. “Nama saya Daniel Adi. Boleh panggil saya En Adi. Since your lecturer, Mrs. Flora is take a leave for a month, I’ll replace her to teach you this subject.”
Alia terasa amat-amat terkongkong. Salah satu lecturer untuk subjek yang penting merupakan abangnya, Adi. Sanggup dia mengambil cuti di syarikat selama dua bulan  dengan alasan pergi bercuti. Ya, itulah syarat yang dikenakan oleh Adi kalau Alia mahu belajar di kolej ini. Adi akan mengajar di kolej itu sambil memerhatikan adiknya.
“Alia, ni yang makin semangat aku nak pergi kelas ni. Biasanya aku selalu suruh kau yang tanda attendant aku. Tapi tak pe kali ni biar aku yang tanda sendiri. Hari-hari.” Matanya masih lagi menatap Adi. Kerlipan matanya boleh dikira.
“Apa yang berlaku ni??” Alia semakin sesak nafas dan memandang abangnya yang masih tersenyum.
“Lepas ni budak hot kat kolej kita ni jadi empat la kan” Sarah menaikkan jarinya “ Yang pertama, Adam, budak basketball tu. Yang kedua, MASTERPIECE!” suaranya agak kuat sehingga menarik perhatian ramai.
“Maaf, En Adie. Dia ni gila sikit.” Kata Alia yang sedang menutup mulut Sarah dan melepaskannya “ Yang ketiga, Afiq budak teater dan last but not list, abang kacak depan aku ni. He’s so hot!”  katanya teruja. Alia boleh melihat sinaran mata yang terpancar di mukanya.
Kalaulah kau tau yang empat-empat tu abang aku….TSK TSK

Kedatangan Adi menaikkan semangat kebanyakan pelajar perempuan. Sehingga ada yang sanggup untuk bertukar jurusan ke seni bina semata-mata ingin bertentang mata dengan Adi. Pada masa yang sama Alia sangat-sangat terkongkong kerana kehadiran Adi ke kolej itu menunjukkan kesemua abang-abangnya tidak akan lepas pandang mengawasi tindak tanduknya! ARGH!! 
**********
“Hey apa yang korang buat tu hah?’ jerit Alia apabila melihat sekumpulan pelajar membelasah seorang pelajar baru.
“Eh, Alia.You buat apa kat sini?” kata salah seorang dari pelajar tersebut. Lelaki itu tersengih.
“Apa yang korang buat ni hah? Lepaskan budak tu. Kau ni dah kenapa Lan?” Alia berkata kasar.
“Ala Alia. I sentuh-sentuh manja je budak ni. Bukan buat apa pun. Macam salam perkenalan gitu. Apa pun you cantik hari ni Alia.” Senyuman Lan makin lebar. Dia sudah lama menaruh hati pada Alia. Bukan setakat Lan sahaja bahkan ramai. Kalau dah adik-beradik popular tu dah tak boleh buat apa kan.
Alia terus meluru  ke arah budak lelaki itu. Kelihatannya dia mengalami luka dan lebam dibahagian muka.
“You nak buat apa ni Alia. Permainan I dengan dia belum lagi tamat.” laungnya sebaik sahaja Alia memapah budak lelaki itu. Genggaman tangan Lan semakin kuat.
**********
Dia mencampakkan beg  ke atas meja. Kejadian pagi tadi benar-benar menaikkan darahnya. Idea datuk untuk melanjutkan pelajaran ke Malaysia memang idea paling bodoh fikirnya. Supaya tak lupa asal-usul lah, apalah. Dia sangat menyayangi Encik Hairi tapi tentang belajar di Malaysia ni memang betul-betul idea yang tak masuk akal. Surat tawaran Oxford direnungnya. Dia memang terpaksa melepaskan OXFORD kerana tarikh pendaftarannya sudah lepas. Memanglah aku orang Malaysia tapi aku dibesarkan di London. London is my country now. Shit!
Dia melihat mukanya di cermin. Tangannya merayap ke bahagian tepi bibir. Fikirannya menerawang ke gadis yang menjadi penyelamatnya pagi tadi. Dia dapat melihat wajah perempuan itu dengan jelas semasa dia menyapukan ubat di tepi bibirnya. When I look into her eyes, my heart starting to beat fast. I never have such this experience before. She’s kind and lovely. Senyumannya meleret. Mukanya tak tumpah seperti kena angau. Angau yang tak boleh lagi diselamatkan. Hey, truly I begin to love this college!
**********
“Tak sangka pula yang si Azri ni pandai menyanyi.” Matanya tertumpu kepada spotlight di atas pentas kecil di Zain’s Café. Adi baru pertama kali melihat persembahan Azri dan kelihatannya sangat sangat teruja. Alia disebelahnya merasa mula tak selesa apabila melihat banyak mata tertumpu ke arahnya.
“Abang. Alia rasa kita tak sepatutnya datang sekali lah.” Alia tidak selesa. Dia seharusnya sudah tahu yang café itu selalu dikunjungi oleh pelajar kolejnya. Datang sekali bersama pensyarah yang hot sudah semestinya akan menjadi berita hangat.
“Ala. Macam lah dia orang tak tahu yang Alia ni pelajar kesayangan abang. “ Matanya masih lagi tertumpu ke arah Azri dan berfikir mengapa dia tidak mempunyai bakat seni seperti adik-adiknya yang lain. “Apa kata kita announce je kat sini. Senang cerita lepas ni dah tak ada yang nak pertikaikan lagi.” Cadangan Adi ditolak mentah dari suara belakangnya. “TAK BOLEH”. Filza menoleh.
“Maksud saya, saya tak boleh nak tangkap gambar dengan awak kat sini..” Afiq pura-pura memarahi seorang gadis yang ingin mengambil gambarnya. Dia mencuri-curi pandang orang yang berada dihadapan.  ”Nanti sorang tangkap, datang yang lain nak buat benda yang sama.”
“Ada je budak ni kat mana-mana. “ Adi merungut. Dia melihat sekeliling. Matanya tertumpu ke arah seorang lelaki di suatu sudut. Lelaki itu berdiri bersandar ke dinding. Sekumpulan perempuan berhampiran dengan lelaki itu berbisik-bisik.
“Memang semua kumpul sini ke hari Sabtu?” soal Adi.
“Entah..” matanya meliar ke sekeliling.” Malam ni semua ada lah.” Tambah Alia setelah melihat Adam bersandar di suatu sudut.Lelaki itu tersenyum. Senyuman itulah yang membuat ramai gadis-gadis tertawan. Akibat rasa tidak selesa dengan tenungan orang ramai, Alia bercadang hendak pergi ke tandas. Dia tidak pernah pergi ke tandas café sebelum ini. Terletak di hujung café, suasana amat suram.
Semasa hendak keluar, Lan muncul dihadapan Alia.
“Hai sayang, You buat apa kat sini ni?.” Badannya menghampiri Alia.
“Lan aku bagi amaran kalau satu mm kau dekat dengan aku, kau akan terima padahnya. “ Jantung Alia seperti mahu tercabut. Lan tidak memperdulikan amaran Alia.
“Alia sayang. Kenapa you selalu jual mahal dengan I. I bukannya tak hensem.I anak Dato’ what. Kenapa you tak pernah merasai kewujudan I?” Alia cuba menolak tetapi apakan daya tenaganya tak setanding Lan. Alia cuba menjerit tetapi mulutnya di tutup dengan tangan Lan.
Tiba-tiba Alia merasakan pegangan Lan terlerai. Lan ditarik kebelakang. Dilihatnya seorang lelaki menumbuk Lan. Genggamannya kemas dan dihayunkan ke muka  Lan.
“Berani kau kan. Ambil ni!” satu lagi henyakan terkena pada perut Lan. Lan mengerang.

“Kau ambil ni. Ni sebab kau belasah aku tanpa sebab dulu.” Darah terkeluar dari mulutnya. Lan terbaring kesakitan di atas lantai. Disebabkan lokasi toilet yang agak ke dalam memang jarang ada pelanggan yang ingin pergi ke tandas lagi-lagi persembahan sedang dijalankan.
“Are you all right?” Tanya lelaki itu. Alia masih lagi terkejut. “ Oh, by the way, saya Aizril. Do you still remember me? Orang yang awak tolong hari tu?” lelaki itu cuba menerangkan kepada Alia takut-takut Alia mengganggap dia satu geng dengan Lan. Alia mengangguk lemah. Tiba-tiba Alia menjerit. Lan telah memukul kepala lelaki itu dengan kerusi lalu lelaki itu jatuh tidak sedarkan diri. Alia tergamam. Dilihatnya darah mengalir kearahnya. Lan menarik tangan Alia.
“Lepaskan aku! Lan!” nangis Alia sambil meronta untuk dilepaskan. Entah dari mana muncul lima orang berjalan ke sekeliling Alia. Alia mengagak itu merupakan geng dia. Sewaktu berjalan ke arah tempat di mana persembahan dijalankan Alia menjerit. Azri berhenti bernyanyi dan suasana menjadi senyap. Yang bersuara hanya Lan “Ketepi!!”. 

“Abang tolong Alia.!” Alia menangis meminta tolong. Ya. Semua orang tahu yang Lan merupakan orang yang paling berpengaruh di kolej disebabkan papanya merupakan pengarah kolej tersebut. Mentang-mentang anak pengarah, semua orang kena dengar cakap dia. Masing-masing takut dibuang kolej. Hanya Alia sahaja yang berani melawan dan menghalang apa yang dilakukan oleh Lan.
Semua penonton hanya terdiam. Azri  mencampakkan gitarnya dan berkata. “Woy Lan. Kau lepaskan dia sekarang!” Lan tergelak.
“Kau ni kenapa. She’s  mine. Tak ada kena mengena dengan kau. Kau tak payah nak masuk campur hal aku. Baik kau melalak je kat atas pentas.” Ejek Lan. Darah masih lagi mengalir dari dagunya.
“Lan saya nak awak lepaskan Alia. Awak ni kenapa hah?
“Maaflah Encik Adi mungkin kat kolej encik pensyarah tapi kat sini..hah..encik bukan siapa-siapa. Kalau encik cuba halang saya tak teragak-agak gunakan kekerasan.” Adi menggenggam tangannya. Bom boleh meledak keluar bila-bila masa sahaja. Yang lain melihat sahaja apa yang terjadi seperti sedang melihat satu persembahan.
Afiq sudah tahan lagi melihat tangisan Alia lantas dia terus kearah Lan dan menumbuknya. Afiq pernah memasuki  judo dan itu bukanlah satu masalah besar. Adam dan Adi turut mengikuti jejak langkah Afiq sementara Azri mendapatkan Alia.

 Orang lain hanya duduk melihat pergaduhan yang berlaku. Pelajar perempuan masing-masing tertawan dengan aksi yang dipamerkan oleh hero-hero mereka. Sementara itu, ada yang ligat berfikir mengapa kesemua hero-hero pujaan mereka sanggup berlawan dengan anak pengarah mereka semata-mata untuk meyelamatkan budak Alia itu.
Azri membawa Alia ketepi “Alia tak apa-apa ke? “ dia memegang tangan Alia. Suaranya benar-benar risau. Alia mengangguk lantas ditariknya tangan Azri dan meluru ke toilet. Pada masa yang sama ada mata-mata yang melihat perlakuan mereka.

“Kenapa ni?” Ya Allah.” suara Azri terkejut. Tubuh Aizril masih lagi di situ. Diam tidak bergerak.
“Abang. Kita mesti selamatkan dia. Alia tak apa-apa. Dia lagi penting!

BERSAMBUNGGG..


You Might Also Like

1 comments

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO