BODYGUARD KU YANG RAMAI..part 1
Tuesday, May 01, 2012Assalamualaikum semua.
Hai semua. Terformal la pulak. So how was your holiday? GREAT OR AWFUL? Dah tak yah cerita. Korang cerita kat diari je. Masa tak cukup harap maklum..Macam mana dengan cuti aku? Entah. Perasaan yang bercampur baur. Tak dapat diungkapkan melalui kata-kata meyh..Cerita kat diari? Hahaah..
BODYGUARD? Btw this is the second cerpen yang aku buat. Nampak tak masa terluang aku diisikan dengan benda-benda yang berfaedah?? Haha. Bacalah kalau korang nak masa korang diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Confirm adik-adik yang baca cerpen akak ni dapat A dalam Penulisan. *buget bagus je ayat aku ni. Sepak kang.
BODYGUARDKU YANG RAMAI
By : Syafiqah Azmi
Adi
menuruni tangga dengan bersemangat dan menuju ke meja makan. Perutnya sudah
lapar. Diambilnya sandwich tuna dihujung meja tetapi tangannya tidak sampai.
“Alia
sayang ambilkan sandwich untuk abang,” katanya lembut. Mood dia pagi itu sangat
baik. Dia baru sahaja mendapat projek untuk membina bangunan tinggi. Sejurus
sampai sahaja di pejabat, perkara yang difikirnya adalah memulakan kerja men
design.
“Malam ni cakap
dekat semua yang kita akan makan malam bersama. Lagipun kita semua dah lama tak
berkumpul. Betul tak?” Adi memberi cadangan. Sejak kebelakangan ni dia sangat
sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang arkitek. Dia langsung tidak mempunyai
masa yang terluang bersama keluarganya yang tercinta.
Alia
menggangguk setuju sambil memberi isyarat ok.
**********
CUT!
“Bagus.
Bagus. Lakonan kau sangat mantap Afiq,” kata Zali. “ Sejak kau jadi watak utama
dalam teater yang lepas, berduyun-duyun hah student nak masuk kelab kita semester
ni.” Zali merupakan pengerusi bagi Kelab Teater di Kolej AOK. “No wonder lah ramai pelajar join kelab kita
semester ni, kau hensem. Beruntung aku kenal kau. Haha” Katanya sambil
menepuk-nepuk bahu Afiq. Mereka berdua merupakan kawan baik sejak sekolah
menengah lagi.
Afiq
tersenyum. Kelihatan lekuk kecil di bawah dagu kanannya. Mukanya yang jambu dan
senyuman menawan serta berbakat menyebabkan dia sangat terkenal dalam kalangan
pelajar perempuan.
“Aku sangat
bersyukur dengan pakej yang aku ada ha ha ha” katanya bongkak berserta dengan
ketawa yang dibuat-buat.
Kelihatan
dua ratus meter dari mereka, dua orang pelajar
perempuan berbisik antara satu sama lain sambil memandang Afiq. Kemudian salah
satu darinya menghampiri mereka berdua. Muka perempuan itu kelihatan merah
padam. Dia memberi seutus surat lalu melarikan diri apabila Afiq tersenyum
kepadanya. Malu agaknya.
Afiq
tersenyum. Dia sudah lali berhadapan dengan situasi demikian.
“Aku tak
puas hati la,” Zali mengambil surat itu. “ Kau tak ada ke adik perempuan. Kalau
ada kenalkan kat aku.” Tangannya hampir membuka lantas di rampas Afiq.
“Tentang
adik perempuan, aku tak ada. Harap maaf.” Katanya sambil membaca surat itu.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Sebaik sahaja habis berbual dia terus pergi
meninggalkan Zali. Zali yang tidak tahu menahu hanya terkebil-kebil.
**********
Tangan Azri
berdarah. Sambil menggenggam tangan kanannya dan menyumpah seranah perlahan,
dia menolak pintu bilik muzik dengan bahunya. Tiba-tiba berderap bunyi tembikar
pecah. Dia telah terpijak secawan teh sejuk yang sengaja diletakkan di luar
bilik itu.
“Apa ni..?”
Dia
memandang sekeliling. Lorong itu agak sunyi. Mungkin juga cawan teh itu suatu
idea bijak hater-haternya untuk membuat jerangkap samar. Dengan mengangkat
tinggi tangan kanan yang masih berdarah, Azri mengaut serpihan kaca dengan
tangan kiri lantas mencampakkannya ke dalam tong sampah yang sudah sedia penuh
di dalam bilik itu. Dia kemudian bergegas ke tandas untuk membasuh tangan.
Perasaannya
sangat sakit. Sekembalinya di bilik, dia mendapati banyak hadiah di atas
mejanya. Dia mengambil semua dan dimasukkan ke dalam beg dengan kasar. Dia
sudah muak mempunyai ramai peminat dan haters. Tiba-tiba mesej masuk dalam
telefon.
Abang, datang sekarang kat tempat biasa
Dengan
tangan yang tak sempat berbalut Azri terus meninggalkan bilik muzik itu.
**********
“KAU NI
BIAR BETUL.” soal Ali. “Kau ni memang budak B-Boy ke?” tambahnya lagi tidak
percaya.
‘Itu hak
kau sama ada nak percaya atau tak.” kata Adam sambil memasukkan bola ke tiang
gol.
“Kau ni ada
je kan cara nak naikkan market kau. Kat team basketball ni kau yang paling hot.
Kau yang paling power lah kalau kat court.” katanya tak berpuas hati. “Tapi tak
pe, walau apapun, aku tetap sokong kau dari belakang bro, aku kena tempias pun
jadilah.”
“Apa kau
cakap ni, aku biasa-biasa jelah.” katanya rendah diri.
“Ni yang
aku paling suka dengan kau ni. Kau ni merendah diri betul I like! Nak compare
kau dengan budak sapa tu? Yang teater buget
jambu tu? “ Ali cuba mengingat.
“Maksud kau
Afiq?” Adam meneka.
“Ya! Hah si
Afiq tu baget bagus je. Dia tu kalau depan perempuan senyum sikit, perempuan
terus nak pengsan. Penangan lesung pipit dia tu haii aku tak paham betul lah.
Hah lagi budak sombong tu sapa? Azri? Tu confirm aku lagi menyampah tengok.
Berlagak gila. Setakat budak band je. Yang aku pelik macam mana perempuan boleh
tergila-gilakan dia yang sombong tu. Bukannya dia hargai pun peminat dia. Kalau
kau ni aku boleh consider lah lagi.” Katanya yang tidak berpuas hati.
“Kau ni
apahal. biarlah. As long as dorang tak ada problem dengan aku. Tak ada sebab
untuk aku nak benci dia orang.” Adam
berkata sambil mengeluarkan telefonnya sebaik sahaja telefon itu bergetar di
dalam poket seluarnya. Satu mesej masuk.
“Ok bro aku
kena gerak. Cau dulu.” katanya sambil mengambil beg dan berlalu pergi.
**********
“Teh tarik satu
sama itu roti canai wokeyh.” Kata Alia dengan bersemangat.
“Saya pun,
” kedengaran satu suara dari belakang Alia. Lelaki itu tersenyum dan duduk di
hadapannya.
“Kenapa
abang Afiq lambat? Penat Alia tunggu. “ Alia sangat menepati waktu.” Mana yang
lain?”
“Alia
panggil yang lain ke?” soal Afiq yang mula kecut perut. Matanya memandang kiri
dan kanan seperti penjenayah yang baru
sahaja merompak bank negara.
“Tak payah
nak risau. Budak-budak kolej abang tak akan punya makan kat kedai mamak ni. Dia
orang kan jaga standart.” Pelajar Kolej AOK memang kebanyakannya anak
orang-orang kaya dah nama kolej pun AOK (Anak Orang Kaya).
“Dah lama
sampai?” Seorang lelaki duduk di sebelah
Afiq. Mukanya tidak berpuas hati.
“Mau makan
apa?” tanya mamak yang tak tahu datang dari arah mana.
“Sini ada
jual itu plaster tak macha?” soalnya dan mamak itu menggangguk.” Kasi saya the
tarik sama roti telur.”
“Kenapa
dengan tangan abang Azri?” tangan Azri ditarik oleh Alia. Alia begitu tekun
melihatnya.
“Ni mesti
kerja hater-hater abang lagi kan. Eh apa masalah dia orang sebenarnya. Ish
melampau!” Alia meninggi suara sehinggakan tukang masak restoran itu keluar
dari dapurnya untuk melihat kalau-kalau ada berlaku pergaduhan.
“Apa yang
kecoh-kecoh ni?” Seorang lagi lelaki duduk di sebelah Alia. Tiga pasang mata
tertumpu kepadanya.
“Abang
tengoklah ni.” Azri merasakan tangannya ditarik kuat kali ini. Sakitnya hanya
di gambarkan di muka sahaja kerana mahu menjaga standart.
“Kau sabar
jelah Azri. Kau pun satu tak payah nak buat muka minta penyepak lah.” Kata
Adam. “Sebab muka kau yang baget tu lah ramai yang tak suka kau.” Adam memberi
tahu setelah Ali mengumpat adiknya sendiri. Azri mengeluarkan hadiah yang
banyak dari beg. Dia memberi kesemuanya ke Alia tanpa membaca surat yang
ditinggalkan.
“Alia pasti
ke tempat ni tak ada budak kolej kita orang? Kalau tak habislah.” sampuk Afiq
yang masih bimbang.
Adam, Azri,
Afiq dan Alia sedang minum petang di restoran mamak. Mereka berempat merupakan
adik beradik satu ayah dan satu emak. Disebabkan kedua orang tua mereka telah
pergi menghadap Ilahi, Adi lah yang bertungkus lumus membangunkan semula
syarikat keluarganya itu. Ya. Adi merupakan anak sulung yang sekarang merupakan
Pengarah bagi Daniel’s Associate. Faktor
umur dalam lingkungan hampir 26 tahun membuatkan ramai ahli perniagaan yang
lain memandang tinggi terhadapnya. Daniel Associate merupakan satu-satu harta
yang ditinggalkan oleh bapanya.
Adam pula
anak kedua dengan perbezaan umur dua tahun dengan Adi. Merupakan penuntut tahun
akhir bagi Kolej AOK dalam bidang hiasan dalaman. Salah satu pelajar popular di
kolej selepas menjuarai perlawanan antara-antara kolej-kolej di Malaysia dalam
bola keranjang. Muka ala-ala Pan Asia menambahkan lagi peminatnya. Seorang ang
sangat tenang dan relaks. Kalau ada apa-apa masalah, Adam lah tempat Alia
mengadu. Habis sahaja belajar dia bercadang ingin bersama-sama Adi untuk
membangun syarikat bapa mereka.
Azri dan Afiq merupakan kembar tapi tak
seiras. Berumur 23 tahun, perangai mereka amat berbeza sehingga orang-orang
sekeliling meragui yang mereka adik-beradik kembar. Kedua-duanya amat popular.
Penuntut dalam bidang pengurusan perniagaan, Azri juga merupakan ketua kumpulan
dan vokalis bagi kumpulan Masterpiece di kolej. Tidak cukup dengan itu, dia dan
groupnya selalu membuat persembahan di Zain’s Café. Itu merupakan alasan yang
kukuh mengapa dia mempunyai peminat yang ramai. Dia juga mempunyai hater yang
banyak disebabkan sifatnya yang sedikit angkuh dan tak mesra.
Berbeza
dengan kembarnya, Afiq, dia seorang yang sangat periang dan suka berlawak.
Pelajar undang-undang yang sentiasa menjadi perhatian gadis-gadis di kolej
disebabkan lakonannya yang menyentuh perasaan. Merupakan abang terakhir bagi
Alia.
Walaupun
mereka bertiga sangat terkenal di kolej, namun tiada seorang pun yang tahu
hubungan yang terjalin antara mereka bertiga walaupun teman baik mereka
sekalipun. Mereka telah bersepakat tidak memberi tahu. Mengapa? Mereka
mempunyai sebab yang tersendiri.
Alia
merupakan satu-satunya bunga di dalam keluarganya itu. Ibu bapa mereka telah
mengamanahkan untuk menjaga Alia. Hubungan mereka sangat rapat sehinggakan Alia
tidak mempunyai kawan perempuan. Lepasan A-Level dan berhasrat untuk menyambung
pelajaran dalam architecture di luar negara tetapi di bantah keras oleh
abang-abangnya. Dia telah memohon untuk masuk ke kolej AOK tanpa pengetahuan ke
semua abangnya.
“Abang-abang
sekalian tak ada program kan malam ni? Abang Azri? Tak ada show kan malam ni?
Soal Alia sambil mengoyakkan roti canainya menggunakan tangan. Tak mahu pakai
sudu tak ada feel.
“Tak. Abang
dah cancel. Tangan sakit macam ni macam mana nak main gitar,” Katanya sambil
menghirup teh tariknya. “Ada apa sebenarnya?”
“Oh malam
ni kita ada family gathering. Even kita tinggal satu rumah tapi masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing. Tu yang nak confirmkan . Abang Adi nak kita
semua kumpul.” Terang Alia. Dia sangat
bersemangat mengunyah roti canai itu dan
kemudian memanggil mamak itu. “Lagi satu macha. Hari ni tangki saya banyak
besar lah” Alia tersenyum seperti kera sumbang. Ketiga-tiga abangnya
terlopong.
BERSAMBUNGGG..
9 comments
bodyguardku yang ramai?
ReplyDeleteKenapa tidak my bodyguards?
Urm^^
apa pun, suatu permulaan yang baik..
saja tak nak guna english as the title..thanks btw..=)
ReplyDeletetang gambar korea tu, muka laki-pompuan sama je kan..kiki
ReplyDeleteif tak nak gune english maybe boleh letak,, "pengawal peribadiku yang ramai "..huhu..sekadar pandangan!
ReplyDeleteahaha..thanks for ur opinion. Really appreciate it..:)
Deletetau tak pe..penat aku cari gambar..tu je yang sesuai KOT..nak guna Boys Over Flower cyes dah boring..ahah
ReplyDeletealia tu bukan aku kan? hahahhaah of coz tak. bhahahaha.
ReplyDeleteahaha..sekarang aku dah tau..ni kau rupanya alia. btw.. mmg bukan kau tapi the true is i really like ur name. Alia..=)
ReplyDeleteouh thanks. ilebiyuu lah!
Delete*perasan jap
komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO