Kau Cantik. AKU??

Tuesday, May 22, 2012

Assalamualaikum semua.


Di kala aku sedang membelek-belek album zaman persekolahan dulu..
Aku teringat satu conversation aku dengan kawan-kawan aku. Masa tu ada program achievers dekat Hotel Seri Puteri, Melaka.

DALAM BAS..

"weyh Syaf nak? Cadbury?"
Aku geleng lantas berkata. "Sorry ar aku tak makan coklat. Nanti aku pening"

LEPAS CHECKED-IN SAMBIL MENG-CHECK JENAMA SHAMPOO APA YANG HOTEL NI LETAK DI BILIK MANDI..*sigh

"weyh Syaf kacang. Nak?"
Aku menggangguk kepala tanda setuju yang aku tak makan kacang
"Kau ni makan apa sebenarnya? Dua benda heaven kau tak makan? Best doe pergi travel dengan kau. Kalau aku bawak tak adalah kau mintak." 
NAMPAK TAK UNTUNGNYA PERGI TRAVEL DENGAN AKU?

Bukan tu yang aku nak cakap sebenarnya. Itu baru intro. Aku sebenarnya nak cakap pasal kecantikan. 


Hey kau ingat kau cantik kau bagus? Haha. Memang lah dia bagus sebab dia cantik. Kalau cantik tu apa je yang dia buat mesti nampak cantik. Pemalas nampak rajin, pemarah nampak penyabar, kurang bijak pun jadi cerdik. Cer kalau tak cantik. Sapa pun tak pandang. Yang rajin nampak macam pemalas and so on.

Bila tanya..
 Eh awak kenapa dengan awak tak jadi datang interview? Awak layak kot.
 Tapi dia jawab. Saya ni dah lah tak cantik dan hitam. Saya ni mana nak layak. Masa saya nak register, semuanya yang apply cantik-cantik belaka. Saya yakin yang saya tak akan dapat.

Hey kau nak interview miss world ke nak apply kerja engineer kapal terbang. DUSH DUSH. Lagi satu. Hai mana ada kecantikan datang dari langit. Oh yes maybe dia memang dilahirkan cantik tapi bagi aku kau cukup sifat buat apa nak malu. Sesungguhnya manusia itu diciptakan sebaik-baik kejadian. Kalau macam tak cerah boleh try petua nenek moyang kan.


Dengan dia kau nak jeles?? Dia ni memang putih nama pun cina.

Hai mai mai aku ada petua ni ni weyh..Kepada gadis-gadis yang tak berapa nak cerah tapi nak cerah, I have some suggestion and I think you should try. Tak salah kan mencuba..=)


SUNBLOCK. SUNBLOCK.

Benda ni seriously sangat penting. Bila kita dengar..
 Itew memang kena pakai sunblock lah nanti kulit itew tak howt 
Kita terus nak termuntah sebab nampak macam gediks kan.
Kalau ada cakap macam ni aku terus lempang je laju-laju. Pakai senyap-senyap dah lah. Haha. Btw kita memang kena pakai at least SPF15. Korang selalu dengar kan? Sinaran UV sangat bahaya. Pakai okeyh?

ELAKKAN BERJEMUR

HELLO, kita bukan seperti negara-negara barat yang nak rasa haba pun susah. Dah tok sah lah berjemur.Okeyh FINE kau tak berjemur tapi kau tunggu boyfriend yang lambat sejam lebih-lebih sikit. Tak per. Aku paham. Pakai lah payung. Dah tak ada payung pulak dah. Tak per. Pergi kat makcik jual keropok lekor. Nak tumpang payung boleh? See. Every problem has the solution babe.

DON'T SMOKE

Janganlah buat benda ni. Perempuan pun ada yang smoke kot. Kau salahkan takdir sebab kau tak cantik and kena reject masuk finalis Dewi Remaja. Pastu frust sambil merokok. Memang kau bodoh lah. Jangan lah merokok. Amalkan diet seimbang, kurangkan stress dan tidur at least enam jam. Kenapa? Sebab..benda-benda ni semua boleh menyumbang kepada terbentuknya radikal bebas dalam badan dan berlebihan then secara tak langsung melanin dalam badan pun makin bertambah? Apa dia melanin. Korang bukak google. Kalau aku terang pun bukan korang nak dengar sangat kan? Kita dah paham benor perangai kome.

MANJAKAN DIRI ANDA

Bukan bermanja-manja. Tapi at least lah buat rawatan muka at least once a month untuk repair blood circulation kat muka dan buang sel kulit mati serta toksid. Ala kalau korang pergi NEW YORK SKIN SOLUTION~ *berlagu, konfem lah mahal. Sekarang tempat pusat kecantikan ni tumbuh meliar seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Konfem ada tempat yang offer with a reasonable price. Aku yakinlah!

LAST BUT NOT LEAST

Walau macam mana pun korang letih, jangan lupa cuci muka before masuk tidur. Benda common aku confirm korang semua buat benda ni.

INGATLAH korang.. sebagus mana pun produk pencerah kulit korang atau semahal mana pun kalau korang tak pakai sunblock. Ianya sia-sia. Kan dah rugi kat situ kan. Meyh meyhlah kita lumba-lumba untuk memiliki kulit cerah. Buatlah keputusan sekarang sebelum terlambat *dah macam apa je aku baca balik
**twice sigh


Kita orang dah start. Bagaimana pula dengan anda..:D


You Might Also Like

6 comments

  1. aku tak perlukan sun block dan 'kawan2' dengannya. haha. berlagak x aku?

    ReplyDelete
  2. kenape tibe2 kelua tajuk ni?

    ReplyDelete
  3. asal kau x makan coklat? kau ni rugi la. bende heaven kot!

    ReplyDelete
  4. hehe....good tips dear... ena ni terlmpau busy dgn study, smpai muka x terurus.. time cuti je baru nak terhegeh2 pergi facial ke apa... by the way, thanks for giving the info..ramai kata pkai sunblock elok... i wanna try it

    ReplyDelete
  5. alia - ahaha
    lady aina - tau tak per..kalau dah study mmg ignore habis muka ni..bila cuti baru nak g recover balik..=)

    ReplyDelete

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO