Trip To South Korea 2018 : DAY 8 (Namsan Tower, Changdeokgung Palace & Bukchon Hanok Village)
Saturday, January 05, 2019
Assalamualaikum semua.
Tempat ni aku serious tak jumpa kat mana!
Oh hari ni kita sambung cerita untuk hari kelapan. Ramai yang bising bila nak update pasal istana. Sungguh benci melihat perangai aku yang malas ni. Maka untuk membuatkan korang tak gusar dan untuk guide korang yang akan ke Seoul masa spring tahun ni, maka aku menyelak kembali beratus gambar untuk dipilih sebagai bahan update (to be honest aku check satu-satu sampai tertidur ok sebab gambar sehari je dah beribu, deep dia tu boleh kasi nangis.)
Sabar-sabar ini harinya.
Pagi-pagi bangun awal sebab nak pergi Namsan Tower, tempat orang sibuk nak kunci cinta tu. Sebenarnya tema hari ni Historical Trip. Kenapa? Korang baca lah sampai habis. Nak pergi Namsan Tower ada banyak cara tapi kita orang pilih untuk naik bas. First, kita naik subway turun dekat Myeondong exit 3. Bas ni option yang paling murah. Sebenarnya bukan kita orang nak murah pun. Cable car bukak pukul 9 pagi sedangkan kita orang keluar hotel pukul 6.30 pagi kot. So naik bas adalah option paling function dan murah dan pantas.
Bukak link kat atas ni. Dia akan bagitahu secara detail gila untuk pergi Namsan Tower naik bas. Tambang cuma 1100 won je weyh kalau pakai T-Money. Kalau cash 1200 won.
Lepas bas turun kat stesen dia, bolehlah kot kalau nak berlari-lari anak ke atas bukit.
Sampai awal pagi gila. Korang yang dah baca blog aku mesti faham. Aku jenis yang suka datang awal supaya senang nak amik gambar. Kan kan. You're right.
Me, trying to absorb the positivity.
Tetibe eh ada peminat kat belakang. Ahaha
Aku ni budak senibina selalu belajar pasal ornament. And I really into this pattern.
Macam berdiri belakang wallpaper!
Macam semua orang tahu, bila datang sini, semua pakat-pakat nak lock cinta. Aku cadang korang bawak la padlock siap-siap. Made in Malaysia ka apa sebab kat sini nokharomlah mahalnya. Bawak solex weyh yang silver tu. Aku nak bawak tapi tak tahu nak letak nama sapa T.T..
Kononnya nak buat-buat cam ikut trend ahahaha tapi hampeh.
Kita orang tak naik tower sebab tower pun bukak lambat. Ahaha. Terus turun Namsan naik bas menuju ke palace!
Turun dekat Anguk, stesen dia lain macam. Memang historical habis. I mean interior dia. Sebab terkesima dengan design dia menganga sampai keluar stesen tu. Terus lupa nak amik gambar. Lepas keluar seriously rasa macam kat satu dunia yang berbeza. Sebab architecture dia memang lain gila. Macam kat zaman dulu-dulu tapi moden.
Awww cantiknya bunga ni!
Mula-mula nak pi tengok rumah Goblin tapi sebabkan lokasinya kat dalam universiti, pihak depa dah tak kasi masuk sebab ramai peminat goblin yang sebelum ni kalau masuk kawasan tu mesti buat bising. Sebelum ni boleh. Ini semua salah orang sebelum ni yang sibuk bising-bising pasaipa woi. Masuk masuk amik gambar then bla lah. Haih. Hampa terok.
Aku dapat snap dari balik-balik pokok je. Sobs.
Dengan keadaan yang hampa, kaki terus melangkah je Hanboknam sebab nak pakai hanbok.
Hanboknam ni salah satu kedai yang boleh sewa pakaian ni. Ada banyak lagi. Sebabkan aku nak pergi Changdeokgung palace yang hanya beberapa jengkal je dari kedai ni so aku pergi sini. Dia ada branch jugak kat Gyeongbokgung. No problem. Kalau korang nak tahu, aku pakai kupon discount. Nak share tapi dah expired..=( instead bayar 20000 won, aku just bayar 12000 won je untuk satu jam setengah. Berbaloi banyak kan?
Tapi syaratnya kau kena tinggal passport. Tapi sebabkan aku percaya kedai tu dan jarak istana dengan dia dekat so aku let go je passport tu. Kalau indonesia ke thailand ke serious aku tak berani.
Entrance. Kalau nak masuk bayar 3000 won. Sapa yang pakai hanbok dapat free tau.
Bukan sebab jarak yang dekat dengan tempat sewa hanbok, istana ni tak seramai dekat Gyeongbokgung. Lebih calm dan relaks.
Istana kat sini ada lebih kurang 13 bangunan dan 28 taman-taman pavillion. I just love these traditional Korean doorways and roof.
Breathe
Admiring the detail.
Muka akak-akak tiri.
Love the perspective.
Ramai gila kot makin ke tengah hari.
Yang pakai hanbok pun ramai. Malaysia tak ada macam ni ke. Hm..
Dah lapar aku terus ke kawasan Gyeongbokgung Palace naik teksi. Halal Kitchen ni ownernya orang Korea tapi masuk islam. Namanya En Hassan. Sangat sangat friendly. Kedai dia kecik ja atas bukit. Tapi tulah kau kena tunggu turn sebab ramai gila orang Malaysia dengan Indonesia. Ahaha. . Aku pun konfius ada kat Malaysia ke Korea ni. Kawasan ni memang ramai gila orang.
Aku ambil dari fb dia. Memang tak lah gambar aku. Tangan aku dah lah menggeletar nak amik gambar sebab lapar sangat.
Ini yang aku dapat. Aku baru amik gambar tadi. Dia punya menu semua ada situ.
Kita orang masing-masing makan bulgogi deopbab harga dia 9000 won.
Then kongsi makan japchae (favourite junho 2 days 1 night)
7000 won.
Bagi aku makanan dia bolehlahh tapi mahal. Tapi sebab kan lokasi dia strategik and dia je yang jual makanan halal so memang laku keras. In fact, dia ada sediakan tempat solat! Aku solat zohor kat sini kot. Tapi yang perempuan jangan lupa bawak telekung ehhh.
Buchon Hanok Village! Masa tu pukul 3.00 petang ni.
Kawasan ni memang jaga betul. Bayangkan in the middle of the city, there are traditional village who are living by city people. Gitu. Yang penting, kita kalau dah masuk kawasan orang tu paham paham jelah. Jangan lah nak buat bising ke apa.
Pandang kanan tengok tengah ada photoshoot kahwin.
Pandang kiri sambil wondering bila turn aku.
Tapi aku rasa pengantinnya macam pinoy.
Tekak pun dah kering jalan jalan masa terik-terik ni even suhu sejuk, still nak masuk traditional korean tea house! Cha Masinuen Ttuel.
To tell you the truth, this place is very calm.
I love it.
Knock knock. Tea time..
Teh ni sedap gila. Refreshing habis. Flower tea. 8000 won.
Rice cake, 6000 won
Ni sedap. Kau bayangkan bila nak serve kat customer baru dia bawak keluar freeze. Dah la kenyal-kenyal tapi strawberry dia frozen. Cis aku still tak boleh lupa rasa betapa chewynya rice cake ni.
Teh bunga kekwa ni cantik je kembang ni. 8000 won.
Flatlay. Dia serve sekali dengan kuaci. Nampak tak? Dia serve sebelum makanan sampai. Bolehla kunyah sikit sambil membawang. Dah feeling-feeling sikit. Kita orang ke tempat mana orang jual souvenir. Insadong. Tapi kawasan ni mahal weyh. Nama dia. Ssamzie-gil.
End up ini ja aku beli. 1500 won murah!
AHAHA.
Lepas tu terus balik sebab ada orang tu sakit kaki. Ehehe.
Okok maka tamatlah day 8. Tinggal sehari je lagi. So kalau kalau macam tak faham kenapa tiba tiba dah hari kelapan boleh bukak ni,
till then.
4 comments
nice entry!
ReplyDeleteNak tnya sikit boleh. Saya nak pakai hanbok ada Cdngn kedai tk selain yg awak update kat entry. Harap dpt tolong.
ReplyDeleteBagus nih, Terimakasih sudah berbagi.
ReplyDeleteSalam : Simakpedia
ReplyDeleteشركة مكافحة النمل الابيض بالرياض
komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO