Trip to South Korea 2018 : DAY 1

Thursday, May 03, 2018


Assalamualaikum semua.

May dah kita ni. 
Tak sangka cepat betul bumi berputar pada paksinya.

Confius. Warna macam Lavendar tapi bentuk macam Ixora.
Adakah ni bunga yang dipanggil Lavexora?

Oh ya aku ada post satu entry. I hope most of you already read my entry before. If you haven't already, you may go and read now.


Anyway, I'm going to dive deep into the places that I've been to Seoul  and I will be separating the posts according to different days. Sis akan mencuba meletakkan sebanyak mana info agar korang boleh pergi tawan Seoul dengan aman dan makmur. Aku sebenarnya nak pergi Korea masa Autumn. Aku suka kaler golden golden tu tapi err macam mana ter decide pergi masa Spring. Spring never in my list before but well yeah. 

Fyi, trip kita orang ni bertema setiap hari dan untuk Day 1 kita orang namakan EDUPOP Tour errr yang bermaksud educational + kpop. 
Er macam boleh la kan nama tu. Ahaha


Macam aku cakap sebelum ni, 4 April 2018 terbanglah aku dari KUL ke ICN. Sampai dalam 8 lebih waktu Korea setelah 6 jam beberapa minit tidur di dalam flight. Lepas settle amik luggage semua isi satu declaration form dan dia akan bagi kau satu macam kertas kecik yang mengatakan kau masuk Korea secara sah. To those yang plan nak pergi Jeju kena simpan kertas tu sebabnya dia dia akan minta. Pffft Korea tak cop langsung passport kau. Aku tak tahu sebab depa jimat ink cop ka camna.

Bila kau sampai je kat arrival hall, terus belok kanan cari convenient store (CU). Pergi beli apa yang patut. T-Money yang aku cakap macam post sebelum ni. Untuk awal-awal ni kita orang reload 20000 won dulu. Nanti bila dah tinggal sikit baru top up lagi. No problem.


Roti yang Yin bawak dari Malaysia. Susu pisang 1300 won (dalam empat ringgit lebih) sebotol untuk sarapan. Lepas dah makan isi perut terus keluar airport sebab plan nak naik bas direct ke Gimpo Airport. Flight kita orang ke Jeju pukul 8.30 malam. Plan nak letakkan lugagge di storage dan seterusnya menyempurnakan EDUPOP tour pada hari tu. Bila kita orang keluar je pintu dari airport sejuk nya terus menangkap. Aku pergi kaunter bas then Korean girl tu cakap macam ni, 

Please go to platform 6A, hurry up because the bus will leave 5 minutes from now.

Seriously? Kita orang apa lagi, berlari lari lara la. Dah la platform tu jauh. Badan aku terkejut beruk. Baru nak adapt dengan temperature yang macam tu then terus lari. Tapi nasib baik sempat. Bas dah nak tutup pintu dah. Ada pakcik yang tolong angkatkan lugagge. So baik.


Bas ke Gimpo harga 5000 won (RM18) dan perjalanan ambil masa dalam 45 minit.



Benda yang aku suka ialah depa memang punctual. Kalau gerak 11.25, 11.23 dia dah start engine. Tengok lah orang tak ramai pun. Yang penting cukup time dia jalan. Cuba kat Malaysia. Dia akan tunggu ramai gila orang then baru dia jalan. Nak nak bus gambar burung layang layang kat Seksyen 13 tu. Eh.
.
Ni pun aku suka juga. Ahaha.

Bila sampai Gimpo terus pergi ke storage luggage. Bila dah settle terus pergi ke subway. Our first destination for EDUPOP trip was, Ewha Women University. Nama pun educational tour kan. Nama lain bagi Ewha ialah Edae. Kalau kau macam sesat kau mention je Edae sebab most of locals called Edae. Dari Gimpo station terus tembak Ewha Women University then exit 2. Tips, macam aku cakap sebelum ni, sebelum nak pergi ke sesuatu tempat make sure check exit mana kau nak keluar. Nanti kalau salah exit, takut kau akan rasa kau di planet yang lain sebab tak familiar. Jangan lupa apps yang aku suruh download tu. Ada dua apps yang penting dalam trip ni. KAKAO MAP dan KAKAO METRO. 
Bear in mind.

Paling best bila kau keluar je dari exit 2, banyak kedai kedai untuk perempuan perempuan. 
Biasalah ni kan area perempuan haruslah.


For the first time jumpa Cherry Blossom selama 26 tahun hidup di muka bumi ini terus mengucapkan subhanAllah sebab lawa teruk.




Lonely guy spotted.


Kalau kau memang dari exit 2, memang kena straight je untuk ke main gate university. Tapi on the way ke sana, kiri kanan kau ada banyak kedai. Also known as, Ewha Womens University Shopping Streets, along the alleyways there are loads of street stalls, a boutiques selling clothes, socks, beauty products, etc. You will be spoiled for choices. Sama ada kau kuat atau tak. kemon guys takkan baru hari pertama shopping dah kan.

Err tapi hakikatnya aku rabak dekat 200 ringgit masa kat sini. Terbeli cushion April Skin, 2 pair contact lens dengan kalender pakwe Anim. Ini semua salah depa sebab barang semua best best. Ahaha.





Kebanyakan baju di kawasan ni memang fashionable gila. Outerwear memang lawa teruk tapi harga dia pun boleh tahan lawa. Kalau t shirt biasa tu kebanyakkannya dia offer 10000 won (RM36). Super affordable guys.

Eh, itu bendera Malaysia kan guys.

Line Friends Flagship Store Ewha Branch.

Bukan sebab aku berat atau tak. 
Muka bear tu memang macam tak rela dari awal awal sebelum aku duduk.


The university entrance. Buat jejaka, korang tak ada pun pengharaman untuk masuk u ni. Tapi best la kan boleh cuci cuci mata. Buat buat cari girlfriend mana tau kalau sangkut kan.






KOOP EHWA TAU. kau ingat sekolah kau je ada KOOP.

One thing yang buat aku nak pergi sangat campus ni ialah sebab design dia. Indeed, it's a lovely place. We enjoyed strolling around the campus which had beautiful manicured gardens, great scenery and charming neo-classical buildings with interspersed with modern architecture.

Ni kalau autumn kan semua ranting tu semua keluar warna oren. T.T





Terik weyh. Tapi sejuk.
Masa ni pukul 1 tengah hari. Tak silap aku suhu dia dalam 15 degree. Kalau kat Malaysia ni dah berpeluh peluh basah kuyup ni.

 Nak ambil gambar kat tangga tak ada hal.


 Spot OOTD pun banyak.


 Aduh.
 Aku baru nak buat Spring collection. Aku lupa nak petik bunga ni. Buh dalam buku.

Pose di sebalik bunga.

Kalau kat Malaysia tak dek pulak sibuk nak tangkap kan.

Aku tak berapa suka sangat bunga ni. Berapa kali member ajak pergi Festival Flora kat Putrajaya. Memang hampeh. Bila datang Korea, terbukak sikit mata dan paham kenapa banyak girls suka bunga. Let appreciate the flower together. Hah kau pun.

 Bunga pink ni nampak macam artificial kan. Tak sebenaqnya.
Aduh aku lupa nak petik bunga ni sekali.





Matahari terik atas kepala tak ada hal.


Padahal perut lapar je ni.

Ikut plan nak makan sweet potato pizza cawangan Edae, tapi baru perasan 2 hari lagi nak fly yang branch kawasan ni dah ditutup. Jadi macam terumbang ambing nak makan apa. End up makan ais.


Premium Strawberry Sulbing + Injeolmi Toast : 27500 won

Lepas dah makan hilang lapar sikit, destinasi seterusnya ialah Hapjeong.

Berjiran dengan Hongdae, kawasan ni lebih rileks dan tenang. Orang tak ramai lalu lalang. 


Pokok cherry blossom banyak kawasan ni. Aku rasa kalau duduk bawak pokok ni mesti banyak idea design mencurah curah masuk. Mana tak nya, suhu best macam dalam air cond, bawah pokok cherry, angin bertiup gugur kelopak bunga atas buku sketch kau. Oh ya satu lagi, mamat hensem lalu lalang jogging depan kau. Memang hari hari boleh keluar proposal gempak.




Oh ya sebenarnya tujuan utama nak ke Hapjeong ialah nak pergi YG Entertainment. One of the big three of companies in entertainment industries. Kpop la maksudnya. Banyak artist bawah YG dan yes Big Bang is one of them. Big Bang is like my all time favourite Kpop group. I like them dem a lot. 





Their building is quite unique which is ada modal la kan melawat sebab design lawa. 



As expected, there were few Kpop fans lingering around the entrance dengan harapan dapat terserempak dengan idol. Well I am definitely not one of them. Semua ahli Big Bang pergi army kot kecuali Seungri. Konfem depa tak ada. I'm not that crazy to wait for the next few hours. Kalau dia orang tak masuk askar? Still aku tak akan tunggu. Serious. Eh la. Serious.
Rasanya adalah dalam setengah jam kat sini. Then, blah.


Sometimes, I feel like I went there for case study proposes. Lots of stunning building. Jalan jalan je design lawa. Berhenti kejap ambil gambar. Kadang-kadang tertinggal dengan Yin. 
Dia jalan ke depan dah. Kadang-kadang aku yang ke depan dulu sebab terlalu excited.
Oh I budak architecture and that's why you guys can see lots of building picture in this post.

Masa ni jam baru pukul 5 petang. Terus pergi second entertainment company. Woolim Entertainment, Aku bukan nak pergi sangat pun. Dah jumpa tempat Big Bang ok dah. Adik aku minat gila Infinite. Dia suruh aku pergi coffee shop kat sana, amik cup holder dia. Aduh. Kakak yang baik kan. Pergi jugak lah.


Keluar dari Mapo-gu Office Station pftt perjalanan bagaikan berpuluh tahun lamanya. Tempatnya jauh gila. Adalah dalam 15 minit jalan kaki secara pantas. Time ni aku dapat rasa kaki aku dah kecik sikit. Ahaha.


Nilahnya. Nilahnya.


Masa ni Sung Kyu keluar single. (Infinite leader). So posternya ada di mana mana. Sampai coffee shop aku terus order air Ice Lemon Tea, 4000 won. End up dapat cup holder yang cop je. Lagi aku bengang kan. Aku terus video call adik aku. Dia kata kena beli smoothie which was yang harganya 6000 won baru dapat cup holder gambar mamat ni. Takkan lah perjalanan yang panjang haus then minum smoothie. Mana feel. Tersekat sekat lah kat trakea la kan.
Pastu harapan lah aku nak pergi beli lagi.

Dengan harapan tinggal harapan, kita orang terus cepatkan langkah ke Gimpo Airport balik. Dah lah tak tahu sangat nak naik airport Jeju ni berbekalkan sehelai kertas yang di print dari email je. Sampai kaunter pukul 6 lebih terus check in baggage. Free 15kg. Dia cek luggage kita orang sebabnya dia suh mai kat dia balik lepas 10 minit. Make sure jangan bawak bahan mudah terbakar dan power bank jangan mengada letak dalam lugagge, bawak naik atas flight. Tepat 8 lebih er ke delay sikit rasanya, perjalanan 1 jam akhirnya sampailah ke Jeju. 


Nak Jeju Air sebijik macam naik flight AA dari Penang ke KLIA2. Baru nak tutup mata, tengok tengok dah sampai.


Sampai Jeju terus naik teksi. First time dalam hidup aku, tunggu teksi lama gila. Bukan sebab teksi lambat tapi beratur naik teksi. Teksi memang dah beratur dan banyak dah. Aku lupa nak tangkap gambar sebab sejuk gila. Aku syak yang satu flight dengan kita orang semua pakat-pakat naik teksi. Serius. Line panjang macam beratur nak minum milo dari lori masa zaman kat sekolah-sekolah dulu. Kau kelas ketiga hah camtu lah dia punya panjang.

10 minit je dari airport, tambang teksi kita orang dalam 4000 won. Jadi sorang 2000 won lah.


Sampai je, mandi mandi baring telentang atas katil. 
Oh ye bilik ni double deck, aku tidur atas dats why siling rendah boleh buat gaduh.

Rasanya sampai sini jelah kot untuk Day 1. Terus tidur untuk esok. 
Makan? Serious kita orang tak makan apa hari ni weyh! Makan sulbing je lah. Hari-hari camni boleh kurus. Sebab terlupa. Terlupa nak makan. Ahaha.

Kalau ada apa-apa nak tanya, tanya je kat bawah.
See you next entry, till then.


You Might Also Like

10 comments

  1. Memang Woolim jauhhh. Saya pernah pergi. Minat punya pasal!.
    Handsomnya sungkyuuu! Btw nak update day 2 di Jeju!

    ReplyDelete
  2. Boleh awak share macam mana nak book tiket flight Jeju?

    ReplyDelete
  3. gila air batu campur Korea mahal nau. Lepas convert seratus! boleh makan aku 10 hari

    ReplyDelete
  4. Ewha banyak awek lawa lawa mcm dalam tv tak. nak pergi Korea boleh masuk dalam plan. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawa. mcm si hidayah daebaking pun ada. ahahah

      Delete
  5. INFINITE! bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO