Trip to South Korea 2018 : DAY 2 (YONGDUAM ROCK, G DRAGON CAFE, INNISFREE JEJU HOUSE & SANBANGSAN MOUNTAIN)

Friday, June 01, 2018

Assalamualaikum semua.
Selamat menyambut bulan Ramadhan!

Masuk separuh minggu ke dua dahhh..

Pejam celik pejam celik tengok dah ada entri baru. Bukan main lamanya nak berfikir, punya pilih gambar, dan akhirnya siap juga. Peluh sakan jugalah aku siapkan entri Day 2 ni. Ok aku tipu part peluh peluh tu. Aku rasa entri kali ni panjang kemahen. Tak pasti sama ada entri kepanjangan ke or gambar je yang menimbun-nimbun.

To those yang macam blur datang sini buat kali pertama boleh baca entri ni dulu.


Tema semalam EDUPOP Tour kan. Hari ni tema dia lain macam sikit. Tema dia SEEKING NATURE like you're seeking your jodoh. Hah gitu. Layen maciam kan.

Hari first which was semalam, aku telah selamat sampai di Pulau Jeju dan for next day aku bangun dengan jayanya. Pulau Jeju ni terletak di hujung Korea, macam Singapore lah. Pulau ni juga dikenali sebagai Pulau Para Dewa (Island of God). Lokasi pertama yang dapat 3 pengiktirafan dari UNESCO ni sentiasa ada dalam list aku dan apa yang aku dapat rumuskan, Jeju sangat cantik. Sangat cantik guys. Gigih pulak kan pakai ayat skema. Yes cantik gilaaaaaaaa.

  Hari pertama di Jeju plan nak bangun awal. Pukul 5 pagi.
Plan kengkonon nak tengok sunrise dekat Yongduam Rock. Tapi harapan tinggal harapan. End up keluar pukul 7 lebih.

Ni lah tempat penginapan pertama di Jeju. 

Lokasi YONGDUAM ROCK ni jalan kaki 5 minit je dari tempat kita orang stay. Memang aku saja cari tempat yang dekat dengan tourist attraction supaya dapat jimat masa sikit.



Ni lah dia. Err tempat apa ni?

YONGDUAM ROCK 
(GPS : 7283918)

Yong = Naga
Du = Kepala
Am = Karang

Nampak tak cam naga? Boleh la kan. 

Bentuk kepala ni jadi dari hakisan yang terhasil dari angin kencang dan hempasan ombak yang kuat sejak 2 juta tahun dulu. Sampailah jadi bentuk kepala naga. Kebanyakan tempat kat Jeju ni ada kepercayaannya or kind of legenda la. Macam kat sini dia orang percaya ada seekor naga nak curi batu jade hijau yang berharga dari Gunung Hallasan. End up kena panah dengan dewa penjaga gunung dan jatuh kat sini. Separuh badan dia tenggelam dan yang tinggal kepala dia mengeras membeku menghadap lagit. 
K done kelas sejarah.

Tempat ni dekat dengan airport so setiap masa kau akan nampak flight lalu atas kepala. Masuk percuma so korang boleh pergi siang ke malam. Disebabkan mai pagi namati so kita orang je umat yang ada kat situ. Lepas 10 minit macam tu mai la warga yang lain.


Tempat ni sejuk gila walaupun nampak macam panas kan. Kebas tangan yang teruk terus decided pergi pick up kereta. Kita orang tahan teksi dan terus ke airport Jeju semula. 

Teksi = 4800 won (RM 17)

Yin dah book kereta through website LOTTE RENT-A-CAR
So tinggal bayar dan pick up kereta.

Kalau nak lebih detail boleh refer blog ni sebabnya aku pun ikut guide dari sini.


Aku akan cerita macam mana nak ambil kereta untuk yang book pakai lotte ni. First step pergi ke airport tapi lokasi dia bukan kat airport. Kalau korang dari arrival hall, keluar exit 5, seberang jalan then belok kanan sampai la korang jumpa satu bangunan untuk kereta sewa. Belum lagi ni. Tanya reception korang mana bas yang bawa korang ke company sewa kereta tu. Macam Lotte Rent-A-Car bas dia punya designed as Tayo a Little Bus punya cartoon . Naik bas ni free tau. Nama pun shuttle bus. The shuttle bus runs every 8 minutes.



Lepas bayar, isi apa yang patut dekat kaunter boleh ambil kereta.

KIA MORNING FOR 2 DAYS 
 89,600 won (RM329.70)


Lepas penerangan mende mende, terus shoot pi tempat menginap malam tadi then check out terus. Macam aku cakap sebelum ni, sebabkan driver seat dia belah kiri so macam kekok sikit la. Download Kakao Map supaya tak sesat.

First location, PREMIUM CAFE. Dekat je dengan Kafe G Dragon. Cadang nak rasa susu strawberry yang tengah viral gila kat Korea. Lepas parking kereta jalan kaki sikit nak sampai kafe ni.





Sebenarnya cafe ni langsung tak ada dalam list aku. Sebabkan orang kata susu kat sini famous, aku pun masukkan dalam list. Masa aku stalk kafe ni, bila petang konfem dah tak jumpa dah susu ni. Aku antara orang yang awal beli dengan harga satu botol 10,000 won. Bapak mahal. 37 ringgit satu.



Sorang pun tak ada dalam kafe sebab masing-masing amik feel layan coffee sambil sun bathing
(walaupun tak dak sun) menghadap pantai sambil dengar bunyi ombak. 
Feeellls sangat. Boleh rujuk gambar perempuan kat atas.

Sebelum

Selepas

Aku pernah dengar depa kata susu korea ni tak sesedap Malaysia. Nak nak yang original. Rasa susu dia tak berapa nak kick. That's why kalau nak minum susu better ada flavour lain. Susu ni sedap lah. Tak berapa nak manis. Ada rasa masam-masam strawberry tu. Yang penting kenyang. ERR sangat.

Acah acah tunggu jodoh jatuh dari langit.

Bila kau rasa yang kau tunggu jodoh yang takkan mai, baik kau layan bunga canola ni. Bunga canola ni hanya akan ada masa Spring saja tau.

Boleh feel feel.

Ada orang kata bunga ni kalau makan terus kau jadi flawless. Err. 
Percaya ke. Ahaha.

Tada. 

Sebelah je dengan cafe tadi. MONSANT de AEWOL. Taip je dekat Kakao Map tu terus sampai sini.

 Cafe tadi. Agak-agak kau nampak tak akak yang feefeling teruk tadi?

Acah-acah pro tangkap dari sebalik bunga bungaan. Ahaha.


By the way, it is owned by GD DULU but now, he has withdrawn his investment in Monsant and currently setting up another cafe at Jeju. But who cares right, as long as dulu cafe ni dia punya then aku still nak pergi dan sebab design cafe ni masuk archidaily kot. Tu diaaaaa tak ada titik noktah. Baca satu nafas k.

By the way, in term of facade, I extremely like it a lot. Design simple bentuk kotak, tapi main main dengan material. Campur basalt stone sikit, crush concrete sikit then banyak sangat reflected glass <3. In term of position bangunan, memang tip top, angin view semua. Ada lah buat buat site analysis sikit. Err aku dah masuk archi term banyak kannn.


Disebabkan lokasi yang menghadap laut, view lawa gila, lagi lagi view tu terpantul ke cermin.

Pantul macam ni. Lawa kan kan.

 Aku tak tahu berapa ramai orang yang dok tengok aku dari dalam. Tak paham?
Kan kalau kau duduk dalam, cermin besar tu macam dinding. 
Luar tak nampak dalam dan dalam nampak luar. Ala macam kau punya cermin kereta gelap then ada minah ni dok tiup tiup tudung kat cermin kereta kau. Ahahaha. Cam tulah.
 Yang penting pose gambar aku sama kan dengan ni. Err.



This is what I'm trying to say earlier. 
Gila clear kan boleh nampak ragam manusia.

Tapi apa yang aku perasan, theme cafe ni lebih kepada industrial sikit. The interior looks chic, edgy and that really translates G-Dragon. It almost feels as if you're invited to gd's abode.

 Welcome to my abode.. Heh.


Dah sampai takkan tak beli apa-apa kan. Terbeli caramel macchiato 6500 won ( RM23.80). 
Udara yang sejuk mencengkam tulang, minum memang feel habis.


 Tak silap dalam pukul 12 ni. Tapi matahari menyorok malu malu unta.


Boleh lepak luar kalau kalau annoying dengan gelagat manusia yang posing depan kau. Nak minum pun tak senang kan. 

 Kaktus Jeju. Uish.



One of the Jeju housing style.


Cabin pattern.

Ntahlah aku rasa datang Korea banyak gila aku boleh belajar design. Boleh lah kan sambil selam minum ayer.

Next stop, 

SINCHANGRI- WINMILL COASTAL ROAD


While we're on the road, we met some awesome roads where our exclamation came out naturally. This the view from the main road. Er acah je kan nak terkejut. Actually aku dah plan nak pergi tempat ni pun. Kawasan ni memang cantik. Laut biru, turbines tu pusing pusing. Kalau naik basikal mesti lagi feel kan. Sebenarnya kawasan ni bukan windmill pun. Obviously dia wind turbine. Kalau korang nak tahu Jeju ni famous tiga benda. Angin, perempuan dan batu. Hah. 
Paham tak maksudnya tu.

Angin memang kencang teruks.

Batu larva gunung berapi.

Gambar ni nampak kaku kan. 

Kau tahu betapa strugglenya aku bergambar kat sini bagi nampak stabil. Gambar lain teruk dek angin yang kencang plus sejuk. Lepas feeling feeling, perut terus jadi lapar. Then gerak ke tengah pulau. Tadi baru ronda ronda tepi pulau je tau.  
(Serious otak aku dah cramp sebab panjang sangat entri ni)

O'SULLOC TEA MUSEUM
INNISFREE JEJU HOUSE
(GPS : 79453112)

Bangunan O'Sulloc.

O'Sulloc ni muzium teh yang pertama kat Korea. Tapi aku mana kisahkan . Even dia produce teh hijau teh yang paling aku suka sekalian alam tapi perkataan muzium tu aku tak boleh go. I really hate museum. Depa kata green tea latte dia sedap tapi aku lapar sangat. Kita orang terus ke arah Innisfree Organic Cafe makan sandwich udang.



Display makanan kat kaunter bapak menyelerakan.

Boleh makan udang je tau. Yang lain ayam.
Menu ni disuggestkan oleh Kina, yang dah tinggal lama kat Jeju. Dia juga owner Jejumuslimtravel.


Tada. Cis kena tipu dengan display. Display udang besar!
Dia ada bun, sos avocado, udang. Roti dia lembut, sos d sedap, ada rangup rangup chips. Pastu d serve dengan fries.

To those yang tak tau, Innisfree ni all their products are made from natural ingredient. Sangat eco friendly, dan of course makanan kat sini sihat.


Prawn Sandwich : 8000 won (RM 29)
Lemonade : 6000 won (RM 22)
Hallabong Smoothie : 6000 won (RM22)

Pftt baru aku perasan. Baik aku pi beli dua sandwich ni dari aku beli ayer kaler biru ni. 
Tambah dua ribu ja dah dapat satu lagi roti. Mahai.

Buy you know what, glance at out the window of the cafe and your gaze will met with a sea of  green, spanning as far as eye can see. Canteeq.


Masa ni langit sendu sangat. Lepas dah lari lari keliling tempat ni, kita orang terus ke 
tempat yang aku tunggu tunggu sangat hari tu.

SANGBASAN MOUNTAIN
(GPS : 79452940)
Entrance fees : 1000 won

Gunung Sanbangsan ni pernah meletup 700 000 tahun dulu. Tapi kita orang tak plan langsung nak naik atas dan masuk memandang hujan dah renyai renyai turun membasahi bumi. Memang gigih pusing cari port yang boleh amik gambar dengan bunga canola berlatar belakangkan gunung untuk dijadikan wallpaper PC. Ahahah. 2 3 kali juga la keliling gunung masuk tiap tiap lorong untuk mencari view yang cantik.




Takut masuk dalam ladang bunga canola dikhuatiri ladang penduduk tempatan. Tak pasal kena kejar dengan anjing depa.

Apa yang cantik sikit hari tu dia punya effect kabus tu. Hmm. Berpuluh puluh minit juga lah stay dalam kereta sebab hujan. Hujan dah berhenti terus keluar kereta lari lari macam dalam scene Shah Rukh Khan dengan Kajol. Ahaha

Yongmeori Coast
(GPS : 79452940)
Entrance fees : 2000 won

Yang ni aku paling sediiiih sangat. Tempat ni lawa tapi tutup..:(
Tempat ni tebing tepi laut. Jadi sebabkan adanya hakisan angin beribu riban tahun dulu. Due to bad weather, depa tutup. Berangin banyak takut nanti pelancong bahaya. Ni aku amik dari belog orang. 


Cantik kan? SubhanAllah
Macam Grand Canyon. 
Korean version.

takingflights.com

At the same time, banyak makcik makcik yang baru balik dari laut jual hasil tangkapan mereka.

Yang kita orang nampak kuda je. Kuda makan rumput. Hati yang lara, kuda pun tak dapat pulihkan kelaraan ini. Terus check in dekat hotel. Masa ni dah pukul 5.30. tapi angin kat luar macam puting beliung. Habis barang barang aku bawa keluar dari kereta berterbang-terbangan.



Dah lah sejuk, perut pun cepat lapar. Malam tu kita orang bantai makan mee sedap yang Yin bawak. Pada masa yang sama khatam movie Jurassic World dengan Victor Frankenstein kat channel OCN. Itu je yang paham. Yang lain kena pakai subtitle. Ahaha

Hari ketiga kita orang buat apa pulak? Jeng jeng korang sabar jelah bila aku nak update sebab sekarang tangan aku tengah bengkak otak aku pun bengkak sebab entri ni macam buat folio sejarah dah dia punya panjang.

Jumpa dekat Trip to South Korea 2018: DAY 3 yang lebih best. ( ni sampai tahun depan agaknya nak sampai ke hari yang kesepuluh.) Nak tanya tanya la ye.

You Might Also Like

11 comments

  1. Nk tunggu sampai last day. Dah boleh tggu 4 thn lg kut.😂😂😂

    ReplyDelete
  2. Awwwwww gddddd <3<3
    syangnya kafe tu bukan lagi dia punya.

    ReplyDelete
  3. Tumpang tanya, nak book kereta sewa pakai kad debit boleh tak>

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes yes boleh. just activekan international transaction

      Delete
  4. makcik tu mereka jual apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala depa ni mnyelam. so apa yg depa dapat depa juai fresh. macam timun laut, abalone. heee

      Delete
  5. 😂😂😂 oi pi korea tak ajakkkkkk

    ReplyDelete
  6. What is a Sports Betting App? - Sporting 100
    A Sports Betting App App — 제왕카지노 가입쿠폰 We 토토사이트 are always 코인카지노 먹튀 looking for the latest markets 샌즈 카지노 쿠폰 to help you 메리트카지노 먹튀 place your bets at the most attractive and enjoyable odds around the

    ReplyDelete

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO