Trip to South Korea 2018 : DAY 3 PART 1 (Iris Drama Location, Noksan Road & Seopjikoji)

Wednesday, June 20, 2018

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah. Dah menang kita lepas puasa selama sebulan. Hari Raya ke-6. 
Masuk office end up aku sorang ja yang kerja hari ni. Tetiba rasa sebak sebab aku rasa aku gigih dan workhalic namati. Pada masa yang sama rasa menyesal kenapa tak ambik cuti seminggu je terus.
Ni bukan gambar aku tapi kau jangan kerek sangat sebab aku pun pandai buat khat..
Day 3. Hari terakhir di Jeju. Banyak gila tempat nak cover. We managed to visit all the places in the itinerary. Semuanya ada sembilan tempat. Macam konfiden gila aku letak banyak tempat sampai satu masa kan. Dasar tamak. 

Anyway, disebabkan banyak tempat yang kita orang pergi, aku akan seperate kepada 2 posts sebabnya nanti aku yang nak termuntah type macam thesis last entry and aku sure korang pun mesti akan cakap Damn when is this post going to end.?!
so yeah like win win situation kan kan.

Yang blur tetiba masuk hari ketiga boleh klik link kat bawah ni


Tema trip kali ini ialah JAYEON TRIP which mean nature in Hangul. Hari ni semua tempat lawa teroks. Aku rasa macam nak tinggal sini je. Entri kali ni juga aku akan share dekat korang kenapa Jeju perlu jadi tempat honeymoon korang. Err. Ahahahah. Tiberr. Saja nak naik traffik biasalah.
 Jeju ada flight direct apa. Senang.

Pagi Jumaat 6 April 2018, awal gila aku dengan Yin check out. Dalam pukul 7 pagi rasanya nak mengejarkan destinasi yang berderet banyaknya. Memang angin kencang. Aku rasa tulang belikat pun kena sentap dengan kedinginan angin pagi tu. 

Guys yang paling penting, satu umat manusia pun tak ada masa tu dan aku syak kita orang datang kat bandar yang tak ada penghuni. Tapi sebenarnya aku rasa kita orang je yang tak sedar diri pagi tu sejuk sejuk nak keluar bangunan dah kenapa kan. Memang sejuk aku rasa 4 degree jugaklah. Kau bayangkan sejuk then berangin. Bukan sikit tau banyak. Pagi tu dah lah aku pakai kain gelembung gelembung menyesal teruk ya tuhan. At the same time aku dapat tahu yang malam tadi kat Seoul ada salji turun so no wonder lah sejuknya tak boleh bawak bincang.
Kalau tengok betul-betul kita orang gerak dari south west ke south east. Destinasi kita orang yang pertama ialah Pyeoson Lighthouse. Ada apa ni kat sini?


Yes. Iris drama location. Kau bayangkan punya lah 20 episode penuh dengan adegan tembak bunuh bom semua and of course hero dia perform teruk but then end up masa episode last, lagi 4 minit nak habis, semua macam happy sebabnya dia nak propose awek dia. Masa tu dia kena shoot betul betul kat kepala. Yes then habis. Kau rasa? 



Tapi cerita dia memang best cuma ending dia memang boleh bawak gaduh. 
Lee Byung Hun kot heronya. G.I. Joe.

Lokasi ni susah gila nak cari. Disebabkan kita orang naik kereta jalan masuk ke lorong ni macam sempit. Kau cam tak sure sama ada eh betul ke ni betul ke. Orang nak tanya pun tak ada. Tapi nasib baik tak ada. Kalau ada nak tanya apa kat dia. Dok anneyong anneyeong jalah.



Nampak cam tenang je kan. Tapi hakikatnya angin bagaikan menolak nolak kau. Gambar ni je yang  nampak macam gambar. Hat lain tak tau nak cakap. Mungkin summer is the best time to enjoy all the places la kot in Jeju. Maksud aku in term of beach side. Hitam tu batu larva.




Masa ni tangan aku beku kaku tak boleh bergerak macam pegang ais 1 jam.
Selain dari drama Iris, kat sini jugak ada shoot scene Heartstring. Yonghwa CN Blue dengan Park Shin Hae.


 Cantik pulak aku tengok gambar ni.

View from the lighthouse.

Gambar ni masa nak senja. Masa summer aku ambil dari blog allaboutjeju.com
Cantik kan.

Lepas berhempas pulas mengambil gambar kita orang cepat cepat masuk dalam kereta then terus hidupkan heater. Destinasi yang seterusnya ialah melihat ladang bunga canola. Masa tu pukul 8.30 kita orang dah sampai sana.

Gasiri Wind Power Plant (가시리 풍력발전소)
Noksan-ro Canola Flower Road
San 51-1 Gasi-ri, Pyoseon-myeon, Seogwipo, Jeju-do, South Korea

www.visitjeju.net
Masa tu waktu malam aku terserempak gambar ni kat google. Cantiiiiiiik sangat. Start dari situ aku terus beazam nak pergi Jeju masa musim bunga. 



Terletak sepanjang jalan Noksan-ro, ini adalah jalan yang paling cantik aku tengok sepanjang hidup aku. The road stretches about 10km and once you're about to reach the wind power farm, thousands of tiny little petals of canola and a dreamy cherry blossom lining along the road. But but but unfortunately, due to bad weather, the cherry blossom fell earlier than we expected dan of course lah tak nampak cherry blossom rimbun rimbun ni. Petals banyak bersepah kat atas jalan. Kecewa sampai tak snap langsung gambar tepi jalan. Mungkin tak ada rezeki nak enjoy cherry blossom di Jeju.

Tapi tak apa. Canola masih ada!
Feeling feeling tapi hakikatnya sejuk ya Rabb.

Masa kita orang sampai, tak banyak tourist yang ada. Mungkin faktor cuaca yang sejuk. Tapi ada juga terserempak dengan family dari Malaysia.

Eh la kamera fokus dekat bunga pulak!

The canola field is enormous. As you guys can see from my photos, it's an endless field of canola blooming on waist-high stalks, dengan langit yang biru sikit sikit sebagai backdrop dan beberapa wind turbines. It's so tranquil and magical - more than the photos can convey.

I was fight with the wind. Can you see that?

Bila nak ke pukul 10 pagi baru macam ada cahaya cahaya matahari sikit. Tourist pun dah start datang that's why ada orang tolong ambil kan gambar aww.

 Apa yang aku suka dekat sini, depa tak pagar kawasan ni so u can walk into the bushes! It was lovely walking in there however jangan main redah ja. Gentle sikit and refrain from plucking the flowers. Kalau petik sikit sebab nak bawak balik Mesia tak apa. Ehehe. And one more thing the entrance fee is free of charge!

As it's a hidden spot on the island, there's no public toilet or any restaurant in the vicinity. Tapi ada je food truck jual bende bende cam sausages dengan ice cream.

Kalau nak scene macam di Kashmir ni, waktu yang sesuai untuk datang ialah masa spring. Macam cherry blossom depa akan kembang 2 minggu ja. Disebabkan Jeju terletak di selatan Korea so musim bunganya awal compared to Seoul. Minggu keempat bulan tiga dengan minggu pertama April masa yang sesuai kalau nak tengok cherry blossom. Kalau canola start dari hujung Februari sampai hujung Mei.

Korang perasan tak kita orang tak makan apa-apa langsung dari pagi? Memang pun! ahahahah
Dah lah sejuk lepas tu perut berkeroncong. Lepan ni baru nak makan. Depa kata ada sotong bakar sedap kat SEOPJIKOJI. YES NEXT STOP IS SEOPJIKOJI.

Tempat ni famous so type je kat Kakao Map. Along the way to this place, u'll drive past a beach. MasyaAllah lawa series. Banyak bas kat sini sebabnya memang favourite tourist spot. Masa kita orang sampai sini nak masuk pukul 12.00 tengah hari. Memang lapar teruk. Lepas bayar parking 1000 won, terus pergi satu stall jual sotong grill sebab terpengaruh ada orang cakap sedap.


11000 won =  RM  40

JAW DROPPED TAK?!
Ahaha. Aku pun tak percaya harga dia mahal sedemikian rupa. Sotong ni memang dia tak letak apa apa langsung even garam. Err yes no garam. Lapar punya pasal bedal jelah.



Kereta banyak semua warna putih. Nasib jumpa parking tau.
Apa lagi jom start mendaki. Mungkin nampak terik tapi bayu laut memang terbaik. 
So sejuk lah.

Ni rumah orang kaya ni. Tapi rumput dia seriyes lawa. Boleh taman kat Malaysia tak tu?


On the way nak ke atas, kita orang jumpa rumah Hansel Gretel. Sebenarnya ni rumah dalam cerita ALL IN. Siapa tengok? Sebab aku tak tengok. Ahaha.

Can you spot the magnificient Seongsan Illchubong on the background?
Lawanya backdrop! Lepas ni nak pi Seongsan ni lah. Sabar jap nanti sampai.

Lighthouse. Tapi malas nak naik atas.

Picturesque!

Ni lagi picturesque sebab ada figura. Ahaha

Eh dah tukar seluar? 
Memang la tukar dah angin kencang sangat. Aku pulak yang stress kain tak boleh duduk diam.

I wish I have this kind of view every morning, evening, afternoon errr all the time!

Amah - zing kan? 
Panas terik ahhhhh tak usah pedulikan itu semua. Yang penting view cantik subhanAllah.

 I felt like jumping off the cliff into that clear water.
Eh over.

In short, Seopjikoji is a basically a hilly cape on the East of Jejudo. Blue sea, clear sky, great weather, free entrance.. well I really couldn't ask for more. Kecuali satu. Sotong kering tu. Dah la RM 40, kering, tawar and not recommend kepada rasa yang nak beli. Masa sampai atas tengah enjoy sea breeze tiberrr teringat sotong. Memang spoil habis. Menyesal beli. Kalau beli kat pasar malam boleh dapat 4 kot. Satu rumah boleh enjoy makan. 

Maka tamatlah entri part 1 untuk hari ketiga. 
Stay tuned part 2 yaaaa 

Selamat hari raya kawan kawan. Tema kita warna biru.
 Awak? Hee

You Might Also Like

12 comments

  1. Sotong mahal nokharom.

    ReplyDelete
  2. tak banyak la habis duit kat Jeju ni semua free. boleh masuk dalam list ni hewhew

    ReplyDelete
  3. cantiknya uuu. yang rapseed dengan sakura kat tepu jalan tu. <3
    tapi tu lah sayang tak dapat nak nampak view tu. tapi i sure u will come back.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YOU CAN READ MY MIND NOW? ahaha. u n e e d t o c o m e h e r e!

      Delete
  4. cantiknyer.. ni bulan apa, musim pe ye

    ReplyDelete
  5. Hi! It's really nice to read your blog about your trip to Jeju. I'm planning to go to Jeju next year on spring. I was wondering, how did you get around Jeju? Did you rent a car or ride a bus? I want to go to Noksan-ro so badly! But i don't know what transport i should take :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Tessa. Thank you for reading my blog. My blog in Malay language my bad. I recommend you to rent a car. It's very easy. You can rent the car at Lotte Rent A Car.. =)

      Delete

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO