Trip To South Korea 2018 : Day 4 (Hongik University, Hongdae Free Market & Arriate Cafe)

Sunday, September 09, 2018

Assalamualaikum semua

Selamat bercuti rakyat Malaysia!
Memang best boleh lajak cuti sampai Isnin depan. Ambil cuti 3 hari je. Kau pergi mana je weyh? 
Aku? Ada je ni, mereput kat rumah.

Jom kita sambung hari keempat. 
Setelah dua hari bergelumang dengan udara sejuk di Jeju, hari keempat kita orang jejak Seoul semula. Sapa macam tak ingat boleh bukak link kat bawah ni.


aawww tau tak maksudnya apa ni?

You are so lovely. 
Yes. You are.

Early in the morning. 6 am.

Pagi tu kena bangun awal sebab nak pulangkan kereta. Kalau lambat dia ada denda dia tau. Flight kita orang pukul 12.30 pm so terpaksalah menapak kat airport Jeju sampai waktu boarding. Lepas checkout hotel keluar je, angin menderu-deru. Bukak pintu kereta kalau tak jaga terus terbukak luas, takut pintu patah je sebab angin kuat tak boleh bawa bincang. Lepas letak barang kat kereta terus pergi 7eleven malam tadi yang depan hotel tu nak beli benda yang boleh buat isi perut sikit.

Tada. Err walaupun macam lame gila, semua orang Malaysia sibuk nak promote bendalah ni, still, I want to show with you guys this kind of milk just perfect for your morning!

Banana Uyu
1300 won (RM 4.70)

Masa kita orang mula mula pickup kereta, tak isi minyak langsung sebabnya masa dapat-dapat minyak dah full. Apa yang kau perlu buat, kau pergi mana-mana stesen minyak dan isi full. Hah sudah nak cakap camne kat kaunter? 

 “가득” (kadeuk)

Keduk?
Banyaklah kau. cakap cam aku eja tu. Kadeuk. Maksudnya penuh. Nanti ada ajushhi yang isikan minyak so you guys don't worry. Bayar pun boleh on the spot kat ajusshi tu. No problem okay. Kalau nak acah-acah sikit boleh cakap macam ni, ajusshiiii, kadeuk ju-se-yoo. Hah gitu.

Minyak 
30000 won (RM110.60) 

Masa nak pulangkan, dia orang akan check kereta, tengok ada saman ke tak kalau clean yes you may go. Pakai shuttle bas dia terus ke airport. Nice kan? Sampai airport terus pergi mana-mana komputer sebab nak tempah hotel masa lusa nanti. Gila kelam kabut weyh. Yang sebelum ni terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Check in lagej yang free 15 kg dan terus fly. Tapi guys aku nak share satu pengalaman yang aku takkan lupa sampai bila bila.

Pengalaman aku naik Jeju Air kali ni lain daripada aku naik flight yang lain. Dia macam fire fly. Seat 3 sebelah kanan dan 3 sebelah kiri. Aku duduk sebelah kanan dan belah tepi jalan tengah. Tapi gila bapak lah. Aku seperate dengan Yin dan aku duduk sebelah satu makcik ni. Pastu selang jalan tengah tu ada sorang lelaki. Hensem lah. 

Tapi itu tak penting. Yang penting sekarang kau tau angin laju nokharom. Mungkin sebab spring, dan angin memang laju. Flight tu macam terumbang ambing kau tau. Memang aku takut. Makcik and guy sebelah aku siap berborak lah, yang lain dok selfie lah. Depa cam tak dak apa. Aku memang berdoa je kat atas tu. Ada several time flight tu boleh turun level mengejut kau tau, perut aku macam jatuh ke bawah. Paham tak perasaan tu? Kau faham tak? Aku rasa macam naik roller coaster wey! Makcik sebelah aku tu boleh gelakkkan aku sebab aku errrr ter grab tangan dia. Ahaha.
K done sesi luah perasaan.


Sampai airport terus makan Lotteria. Lupa segala nightmare atas flight lepas nampak muka Ong dekat tray burger. Oh ye, aku dengan Yin beli burger udang. Kat Korea, Mc Donald dan KFC adalah sangat tidak famous. They are prioritize their own product. Err kalau camtu kita kena support kedai fast food Ramly la kan?

Yin
Shrimp Burget Set  = 5600 won (RM 20.63)

Syaf
Shrimp Mozarella Burger Set = 6700 won ( RM24.70)

Terus direct ke Hongik University!

Ni lah Hongik University. 

Guys this place is one of my favourite place in Seoul! Macam sebelum ni aku pi universiti jugak kan tapi tak best sangat sebab banyak perempuan. Ahahah. Yang ni campur. Gila kau akan bertembung ramai gila fashionista kat sini. Also known as Hongdae, the shopping street has got a lot to offer no matter you want to shop or eat. Since this area is near the university, clothes are pretty affordable here I guess. Around 10000 won. Murah la kan. Kalau naik train jangan cari Hongdae memang kau takkan jumpa. So cari Hongik University.


Sebab hari tu hari Sabtu, kebetulan ada Hongdae Free Market
Banyak student Hongik buat side income.  Depa banyak jual bende bende macam art.



Kat sini banyak gila flower shop kat tepi-tepi jalan. Mungkin sebab student banyak yang tak forever alone dan depa suka bagi bagi bunga kat pasangan. Hmm.

Ni bukan bunga artificial tau.

Baby breath warna kuning!

 Kecik tu pun dah nak RM 20 seriousla.

Kedai yang running man pernah datang.


Chuu Korea. Sebelah lorong tempat kita orang stay je ni. Dekat. 
Tak silap aku aku cam ada terlompat kat sini end up kaki aku cam terseliuh sikit. Hmm.


Must visit in Hongdae - Stylenanda!
Depan Chuu tadi.


Makeup 3ce semua mahal mahal. Lipstick je pun dah RM 120. Inikan pula foundation ke apa.



Asal aku tetiba teringat Goblin? 
Scene yang Shin kata Wang Yeo dengan Kim Sun cam telur goreng?

Yazz.. kan sama outfit yang Kim Sun pakai tu.

Nak baikkan depa dua end up kau cakap benda mengarut.
Ahaha.


Wey. Kat sini banyak gila kedai baju. DAN  DAN BAJU DIA SEMUA LAWA!!!! 
Err aku terbeli dua outerwear yang bila aku dah convert aku rasa macam menyesal sikit. Hmmm. Tapi tak apa dah terbeli. Ehehe. Dua baju tu aku pakai esoknya dan esoknya lagi. Sat sat aku upload gambar.

Cardigan ni lepas sale harga dia 20000 won bersamaan RM 73.

Blazer pink! 

Aku suka gila sebab rare kat Malaysia adalah sangat susah dapatkan blazer warna yang tak formal ni. 52000 won bersamaan RM 196. Lepas sedar nak Maghrib kita orang pun check in kat  Bunk Guesthouse Hostel. Owner, Mr Brian friendly sangat sangat.


Courtyard. Kalau buat BBQ ni mesti best.

 Dah mandi semua. Decide nak cari makan malam pula. Terus nak ke Bong Guesthouse 10 minit jalan kaki. Dia orang serves halal dinner. Dalam pukul 7 pm kita orang pun keluar.


Kau nampak tak berapa lapis aku pakai sebab malam tu sejuk gila. Yin siap beli gloves untuk pakai kat tangan. Hah kat tangan lah takkan gloves letak kat kaki pulak. Aahahha. Tapi jangan nak gelak sangat sebab kedai tu dah habis. Depa nak tutup dah pun. Last last pergi la masuk Lotteria balik makan la burger yang aku makan tengah hari tadi. Nak ke Myeondong macam leceh pulak.

Hongdae is extreamly lively at night, with people walking around and the performers dancing along the streets as if it's an open stage. Totally love the vibe of Hongdae.


Kalau macam ada luck, korang boleh jumpa artis sebabnya depa suka buat live show kat sini tak pun busking. Macam malam tu, ada artis weyh. Depa tengah shooting tapi, ramai gila orang kerumun dan kau tau jelah yang orang Korea ni tinggi tinggi. Aku melompat-lompat pun tak tau siapa yang ada malam tu. #FACEPALM.

Masa tu pukul 10pm. Kalau kat Malaysia dalam pukul 11 malam. Tapi masih lagi ramai sebab malam minggu. Kita orang gigih ke Arriate Cafe. Kafe ni sentiasa ada dalam bucket list aku. Sebab apa?


They sell simple drinks and cakes but this place really for those who loves flowers and aesthetics. Totally instagram worthy!


Their owner has a flower shop nearby so no wonder they got so many flowers. They have another branch in Gangnam which is bigger than this one.


Iced Latte 
5500 won (RM 20.30)



Malam tu kedainya tak ramai sangat orang hangout. Sebab dah malam sangat kan, mesti depa pi clubbing mabuk mabuk. Lepas tu terus balik bilik dan luruskan kaki. Petang tadi aku ada rakam satu minah ni nak main skateboard untuk aku masukkan dalam video. Aku dah ready dah kat position untuk rakam. End up dia boleh jatuh gedebuk kau tau. Lawaklah orang Korea ni hihi. Sapa yang nak tengok video tu ada kat Ig story aku. Pila tengok.

So, this is a sum up one of my last night in Hongdae, we are going to check out tomorrow morning to new district. I hope can share with you guys before this months end. Woo. 
Till then.

You Might Also Like

16 comments

  1. kedekkkut ke. hahaha. berjanggut tunggu entry baru gila

    ReplyDelete
  2. Arriate Cafe. So prettyy. Do you mind to share the location?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes indeed. I dont really know how to explain my bad. But it's near to the hongik university station exit! Otherwise u can download kakao map. Ot's really helpful =)

      Delete
  3. Arriate Cafe. So prettyy. Do you mind to share the location?

    ReplyDelete
  4. Best nyaaaaaa. Nak pergi Korea juga! -DIDI-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengada. Pi la! Sekarang sekarang. Cepat pi pack.

      Delete
  5. i love the binggarae also. We can get 12rm here in malaysia. so expensive!. >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. I bought two bundle last time back to Malaysia 😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

      Delete
  6. u beli blazer pink tu u nak pakai kat mana je kat Malaysia ni. Panas uolss.

    ReplyDelete
  7. camne ka boleh terpegaang tangan auntie to woi. kalau lelaki hensem tak apalah lah. boleh jumpa jodoh!

    -armytegar-

    ReplyDelete
  8. wah.. so lovely.. nk gi korea juga 1 fine day. in shaa Allah ��

    ReplyDelete

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO