SERIOUS DILEMA! Bila Famili Paksa Serah Cinta..

Sunday, April 29, 2012

Assalamualaikum semua.

Hari tu aku kena temankan mak aku beli langsir. Raya lambat lagi kot mak aku dah meriah gila nak cari langsir bagai. Mak aku bebel..Hah yelah lambat lagi, pejam celik dah puasa, pejam celik dah raya, pejam celik along dah kawen. Eh eh yang last tu I like! Bila la aku nak kahwin.. =.=”   Aku gatal? Alah aku berani bet yang korang semua mesti lagi gatai nak kahwin kan. Maklum sajalah umur dah meningkat ke alam belia ni. At least aku tak ada calon. Haha. Sunah nabi Muhammad kot kahwin kahwin ni.


Hah. Merujuk entry di atas. Family paksa serah cinta. Sapa? Mak aku suruh aku kahwin dengan pilihan dia? Tak. Bukan aku yang dalam keadaan yang dilema. Tapi yang mengalami situasi ni. Aku just nak kasi pendapat. Tak salah kan.
Sesungguhnya cinta hadir tanpa diundang dan of course everybody deserves to choose their soulmate. However tak semua macam tu sebab zaman sekarang ni ada gak parents yang lebih suka tentukan dengan siapa anak mereka harus serah cinta dia orang. Alasan yang selalu kita dengar
HABIBAH, papa tau apa yang terbaik untuk kamu. Hafiy adalah orang yang paling tepat buat kamu dan papa yakin yang kalian sangat serasi CONTOHNYA
*nama di atas tak ada kaitan sama yang masih hidup atau meninggal dunia. harap maklum

IF sesetengah daripada korang faced benda-benda macam ni, ada sesetengah boleh tolak dengan baik tetapi macam mana kalau terperangkap? Korang tak sampai hati nak tolak since parents korang telah banyak berkorban sejak korang di lahirkan di dunia yang fana ini.
Tapi aku ada tips untuk elak. Haha. Bukan jahat tapi tak kan korang nak kahwin dengan orang yang korang tak kenal betul tak? Memang lah dalam cerita novel macam sweet bercinta lepas kahwin tapi itu cuma fantasi je sebenarnya. JANGAN KAU NAK BALING BOTOL KAT AKU PULAK. Yelah dia nampak sweet sebab lelakinya hensem dan kaya. Bagi perempuan pula, cantik dan anggun ( fancy siot ayat aku LOL). Betul? Okeh simpan botol kau balik Alia.

FIRST OF ALL..
BUAT-BUAT SIBUK
Korang buat-buat sibuk walaupun kau memang tak sibuk. Buat-buatlah pergi Muzium negara ke kata ada kerja ataupun pergi Zoo Negara sebab nak buat kajian. Percaya cakap aku kesibukkkan korang ni *kononnya parents korang akan tak berani nak aturkan sebab in case kalau dah set date nak jumpa then korang macam kecewa sebab rasa tak sesuai dan dia orang akan rasa serba salah sebab korang dah buang masa kat situ. Tapi jangan nak sibuk terlebih sampai tak ada masa untuk family. Melebey pulak kau Jah.

THEN..
BUAT-BUAT DEMAND*MEMANG KORANG NI SELALU DEMAND PUN KAN ..AHAHA
Maybe kelihatan cerewet tetapi tak salahkan. Agree? Good. Bagitahu lah kat parents korang apa ciri-ciri yang korang nak. Bagitahu dia orang ciri-ciri terbaik yang wajib ada untuk pasangan korang. Macam beriman, taat perintah agama, hensem, baik hati, sweet and sour, cute, romantik, penyayang, penyabar, kaya. Betul tak apa yang aku cakap ni. Dan bila anak depa dah habaq lagu tu dan of course mereka-mereka ini akan berusaha 100% sebab anak kesayangan punya pasal kan. Dan aku berani jamin mesti susah nak dapat sebab sapa sempurna cakap dengan aku weyh? Lama-lama nanti mesti dia orang putus asa dan serahkan hal jodoh ni kat tangan korang. Kalau aku lah kan, aku cakap aku nak lelaki yang ada lima cawangan restoran barat tapi dia tak ada diploma degree or whatever. Setakat sijil SPM je. Confirm susah nak cari.

LASTLY..
BUAT-BUAT KENALKAN KAWAN KORANG
Make sure yang parents korang kenal dengan kawan-kawan korang tak kisahlah lelaki ataupun perempuan. Lagi ramai lagi bagus. KAU TANYA APA FUNCTIONNYA?? Banyak pulak. Ok sebenarnya ia secara tak langsung korang bagitahu yang korang ni sebenarnya ada ramai calon untuk dijadikan pasangan. Jangan jadikan korang ni macam forever alone in life. So dia orang mesti fikir
OH ANAK AKU NI TAU NAK CARIKAN AKU MENANTU YANG PANDAI BUAT NASI AYAM HAINAN SPECIAL. SENANG AKU NAK SURUH DIA MASAK BILA TEKAK NI TERHINGIN..
Tapi jangan pulak korang bawak taiko jual VCD cetak rompak. Confirm kena reject lah alamatnya.

Tapi kan apa kata korang terima je calon yang parent korang pilih. Mana tau betul macam dalam cerita novel. Kalau betul contact aku. Confirm aku suruh mak ayah aku carikan time tu jugak. OKEH AKU BUAT-BUAT DESPERATE. 


You Might Also Like

7 comments

  1. terfikir juga nak kahwin awl .. tp ta tahu parent terima ke ta . hehe

    ReplyDelete
  2. tang tu cek tak berani nak komen nohh...ahaha
    hang pi tanya parents hang dulu..kalau dapat green lite..apa tunggu lagi..sebab redha Allah tu terletak pada redhanya mak bapak ingat okayy...in case jadilah..hang jangan lupa jemput..=)

    ReplyDelete
  3. betul..since ada related in our future life kita berhak tentukan kebahagiaan kita..tapi mostly pilihan keluarga yang buat ramai bahagia..macam zaman dulu..jaranglah ada kes cerai-berai betul tak..

    ReplyDelete
  4. terbaik.. pas nih kau ley jd motivator rumah tngga r syaf.. huhu

    ReplyDelete
  5. erkkk...rumah tangga?..nampak cam huge je..wakakaa

    ReplyDelete
  6. syaf.. betol ke kau yang update blog ni? bhahahaha

    ReplyDelete

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO