Kau Kunci Cintaku di Stesen Minyak...Walaweyh
Tuesday, April 17, 2012Assalamualaikum semua.
Macam hari-hari yang aku lalui sebelum ni, kerjaya sebagai trainee amat-amat memenatkan. Penat sampai tak tahu dah malam ke siang ataupun dah siang ke petang ataupun juga dah tengah hari ke malam. Itu tang sibuk. Bila tunggu projek masuk memang krek. krek. krek. Free habis wa cakap sama lu. Memang aku tukang habiskan bil letrik office jelah.
Since tengah tunggu arkitek aku design satu space bangunan BIM kat BTR, kerja aku online dan merayap ke laman sesawang yang ntah apa-apa dah macam tak ada hala tuju aku tengok. Boss cakap aku kena prepare untuk buat 3D view once Azim dah siap mendesign. Aku panggil dia Azim je even dia arkitek aku. Hahah. Ya prepare on9..Online. Online. Sebab aku dah termuntah online so aku buat benda yang aku rasa dan korang akan rasa W.E.I.R.D. Aku tulis cerpen lol. Bakat aku turun dari mana weyh? Bakat aku terhasil akibat kebosanan sampai nak termuntah online kah?
Tapi aku tak tau lah ayat aku betul ke tak sebab aku bukan budak sastera. Saya budak architecture. Tang tajuk entri yang aku tu, tulah tajuk untuk cerpen aku yang ....ahaha ntah. Ni aku nak share. Kalau boleh kasilah komen macam kau ni merosakkan bahasa ke, kau ni tak ada bakat ke, buat malu ke. Aku tak kisah. Asalkan korang komen. Boleh tak?? Ala mesti boleh kan dah kerja korang dok online je. Komen K la pun tak pe. I'll appreaciate it..
Kau Kunci Cintaku di Stesen Minyak
by Syafiqah Azmi
24 Jun 2007. Filza memandu dengan teruja. Berita yang baru
dia dengar sebentar tadi benar-benar membuatkannya gembira. Permohonan untuk
masuk ke Harvard telah lulus dan dia akan pergi terbang ke Amerika bulan depan.
Weeee~ Tak sabar betul nak balik rumah bagitahu mama dengan papa. Dia bercadang
untuk memberitahu berita itu ketika makan malam. Kereta Lamborghini putih milik
abangnya meluncur laju. Makin lama makin laju. Selaju hatinya yang tidak
sabar-sabar menyampaikan berita itu.
Tiba-tiba ada seorang Bangla melintas dihadapannya. Dia
mengelak supaya tidak berlanggar dengan orang itu, dipusingnya stereng ke kiri
arah sebuah stesen minyak. Akibat terlalu laju dia gagal mengawal kereta itu
lalu merempuh pejabat yang ada di stesen itu. Bunyi dentuman itu agak kuat.
Seorang lelaki kelihatan terkebil-kebil sambil memegang secawan kopi cap kapal
api. BETUL-BETUL KAW. Tapi apa yang baru dilihatnya sebentar tadi lagi kaww.
Filza mengangkat mukanya perlahan-lahan dan jantungnya
berdegup kencang. Dilihatnya asap berkepul-kepul dari arah depan kereta. Dia
melihat sekeliling mujur orang tak ramai mengisi minyak waktu itu lalu dia
meraba-raba dirinya kalau dia tercedera. Okeh selamat.
“Alamak mati aku. Apa yang aku dah buat ni?? Papa is going
to kill me seriously!” Filza perlahan-lahan meluru ke bahagian hadapan kereta
itu. Hancur. Hancur sebab rempuhan manja yang baru dia buat sebentar tadi.
Hampir separuh bahagian kanan petrol station itu hancur dan ia adalah sebuah
pejabat. Abang mesti bunuh aku fikirnya.
“Weyh. Kau kan yang langgar pejabat ni. Kau ni gila ke hah?
Nasib baik aku tak ada kat dalam kalau tak aku dah lama mati kau tau. Kau ni
ada lesen ke tak ni? “ lelaki itu meluahkan apa yang terbuku dihatinya.
Dia ni sebenarnya hanya office boy buat part time di situ.
Selalunya office itu akan ada pengurus tetapi pada hari itu dia mengambil EL
jadi tinggal lah budak lelaki ini sahaja. Nasib lelaki ini baik kerana dia
pergi membuat kopi dan tidak ada di dalam office itu pada waktu itu. Dipandangnya Filza. Filza buat tak tahu.
Dilihatnya Filza sedang menelefon seseorang. Akibat rasa diabaikan dia merampas
telefon Filza. Filza memandang lelaki itu dari bawah ke atas. Nampak gaya umur
20-an. Muka kacak. Ada tahi lalat kecil di bawah matanya.
“Ya, apa yang encik nak? Saya tengah sibuk ni.” Filza
mengambil telefonnya kembali.
“Aku nak apa kau cakap? Kau tengok apa yang kau dah buat.
KAU DAH REMPUH PEJABAT AKU! Kau tunggu sini aku nak report polis. Kau tengoklah
tunggulah sampai bos aku sampai. Habislah kau!” Nafas lelaki itu turun naik.
‘Encik, benda kecil boleh settel. Cakap je berapa nanti saya
bayarlah. Tapi tolonglah jangan report polis. Please. Saya betul-betul minta
maaf atas ketelanjuran saya.” rayu Filza dalam keadaan bongkak.
“Sedap pulak mulut kau cakap. You know what I never heard
people crash with the petrol station before. I repeat PETROL STATION. Kau ni
buta ke hah bangunan ni punya lah besar dari jarak sepuluh meter pun boleh
Nampak and now you’re trying to begging me huh?? Aku peduli pulak.”
Bukan main mamat ni cakap orang putih dengan aku. Dia ni nak
naikkan darah aku ke? Kau silap lah bro.
“ Sorry sir, I am talking to you nicely buy why you are so
rude?” nada Filza kelihatan lembut dan kemudian naik mendadak “ I don’t even
care if I’m the first one who make the record and I’m not begging you at all!
If I say sorry I really mean it!
********************
Filza memandang ke bawah. Tak sanggup dia melihat wajah
papanya. Tragedi pagi tadi benar-benar memalukannya. Siap kau budak minyak. Aku
akan revenge, kau rilek je. Waktu aku pergi toilet boleh kau reka kau kata aku
tiba-tiba rempuh sebab halaju tinggi. Ada mamat bangla mana yang lintas kalau
tak tak adalah aku rempuh office kau. Kau tunggu je. Bila aku cakap kau kata
mana ada orang melintas selain aku. Siap kau.
“Filza, macam mana Filza boleh rempuh office tu. Tak pernah
tau orang kemalangan sampai rempuh stesen minyak. Untung Filza tak langgar yang
tempat isi minyak. Kalau tak meletup tau. Nasib baik stesen minyak tu milik
uncle. Kalau orang lain dah diheretnya kamu ke balai.” Dato’ Musa mula
bersyarah dan menyambung. “ Lagi satu, kejap lagi abang kamu balik. Macam mana
nak cakap dekat Daniel tentang peristiwa malang yang menimpa kereta
kesayangannya tu? Filza, kereta tu baru
keluar dua minggu lepas. Dah lah kamu tak cakap yang kamu nak pinjam kereta
dia,” ujarnya panjang lebar.
“Dah la bang. Bukan masalah besar pun. Kereta si Daniel tu
nanti hantar jelah ke bengkel. Semua benda dah selesai pun kan. Ni takdir. Kita
nak buat macam mana.” Datin Mariam membela satu-satunya anak gadisnya.
“Baguslah. Bela sangat anak awak tu.” kata Dato’ Musa.
“Entah pa, betul cakap mama tu. Rileks lah. Alah soal abang
Daniel tu senang je. Filza boleh settle.” Filza tersenyum lega.
********************
“Abang, jom lah pergi makan.” rayu Filza. Daniel memekakkan
telinganya yang tidak pekak.
“Marah abang dua minggu lepas tak habis lagi ke? tanya Filza
tak bersalah.
Sejak peristiwa tu Daniel tak banyak bercakap dengan
adiknya. Marahnya masih lagi belum reda. Walaupun sudah dibaiki, auranya tak
sama seperti dulu. Serinya sudah hilang. Dah lah pada waktu Filza hancurkan
kereta dia malam tu dia date dengan satu pelajar perempuan di kolejnya. Dah
lama dia mengajak perempuan tu keluar tetapi perempuan itu menolak. Bila
perempuan tu dah setuju nak keluar date, kereta pula masuk wad. Itu yang buat
dia bertambah bengang.
“Abang Daniel, Filza minta maaf. Filza bukan sengaja. Benda
ni unexpected. Filza lagi rasa bersalah kalau abang tak nak bercakap dengan
Filza. Abang…” Filza memandang tepat ke arah mata Daniel. Dia menyambung, “
Kejap Filza ada sesuatu untuk abang” dia mencari coklat Ferrero Rocher yang diminati Daniel di
dalam bagnya. Itu je caranya. Tetiba dia terjumpa surat tawaran belajar di
Harvard. Peristiwa yang berlaku dua
minggu lepas telah membuat dia terlupa
dengan surat tawarannya itu
.
“Alamak! Aku dah lah tak bagi jawapan lagi! Aku kena pergi
bagitahu jawapan aku ni. Dia terus lari mendapatkan Pak Abu. Peristiwa dua
minggu lepas membuatkan Filza sudah lagi tidak memandu kereta. Fobia katanya. Daniel pelik dengan tingkah laku Filza dan
dia sama sekali langsung tak faham apa yang dah jadi.
********************
Filza membuka langkah seribu sebaik sahaja sampai di tempat
itu. Lima minit lagi. Kalau tak semuanya
akan berakhir. Dia cuba sedaya upaya berlari laju. Macam mana hal
sepenting ni dia boleh lupa. Dia sendiri tak faham.
“Encik.” Filza tercungap-cungap
“Tawaran tu masih sah kan?” Matanya memandang tepat muka
lelaki itu.
Lelaki itu tersenyum.
********************
Filza turun ke bawah dengan langkah yang perlahan. Kakinya
menuju ke dapur. Eh mana Mak Mah ni? Takkan cuti kot. Entah-entah anak dia
sakit lagi. Kesian Mak Mah. Tangannya membuka peti sejuk. Gotcha! Blueberry
Cream Cheese Cake. Tapi milik siapakah ini? Abang? Alah amik jelah. Dia menuju
ke ruangan televisyen. Allah sedapnya kek ni. I really wonder who create this
an awesome cake. Suapan demi suapan
masuk ke dalam mulutnya. Dilihatnya Daniel sedang khusyuk melayan
perasaan. Kusyen melayang ke mukanya.
“Argh apa ni Filza!” bentaknya geram. Adakah patut baling ni
masa orang tengah feeling-feeling ni.
“Titanic laagii. Jack. Jack help me!” Filza mengejek lalu
menyambung “ Sudah sudah lah tu bang, movie ni dah berpuluh-puluh kali tengok.
Filza yang baru dua kali tengok pun dah muak.” cebisan kek masih lagi disuapkan
ke dalam mulutnya. Sikit sahaja lagi nak habis.
“Mana Filza amik kek ni?”
“Kat fridge.”
“Apa?”
“Kenapa?”
“It’s mine!”
“Sorry,” Filza menyuapkan cebisan kek yang terakhir ke
mulutnya. “Alah habis dah.” Filza duduk di sebelah Daniel yang dalam keadaan
tidak berpuas hati dengan kek yang sepatutnya dinikmati setelah movie ini
selesai. Hampeh kek aku, dia yang makan.
“Marah ke.”
“Tak.”
“Merajuk la tu.”
“Nope. Abang beli tu meredah hujan bagai memang untuk Filza
habiskan pun.” perli Daniel.
“ Sayangg abang...” diletakkan piring itu ke atas meja.
Daniel merenung kempunan kemudian matanya beralih ke tv semula.
“Oh ya lupa nak cakap. Papa dengan mama bawak Mak Mah pergi
klinik. Mak Mah sakit.”
“Ye ke bang?”
“Ha’ah. So dah ready ke nak imigrasi?” mood Daniel semakin
membaik sejak Filza memberitahu mereka sekeluarga yang permohonannya ke Harvard
telah diterima.
Yang paling teruja sekali papa dan mamanya. Daniel langsung tak
gembira dengan berita itu. Dia sangat rapat dengan Filza. Kalau Filza pergi dia
nak buli sapa? Siapa temannya pergi karaoke? Siapa temannya main paintball? Dia
bangga tapi dia kena terima kenyataan yang adiknya akan pergi meninggalkan dia
minggu depan.
“Tak payah nak migrasi-migrasi sangat abang. Filza kat sana
tiga tahun je.”
“Filza dah bagitahu si Faidhi ke Filza nak gerak US ni?
Soalan Daniel betul-betul menspoilkan mood Filza.
Faidhi merupakan kawan baik mereka sejak kecil lagi yang
merupakan anak peguam keluarga mereka.
Mereka sangat rapat tapi mulai renggang semenjak
Faidhi meluahkan perasaannya kepada Filza.
“Stop mention that name abang. Perluke? Alah kalau Filza tak
bagitahu Filza berani bet lah yang dia dah tahu. Tahulah mama dengan papa tu. “
Titanic hamper tenggelam.
“Hah tu dah maid ah. Climax ni!” jerit Daniel sementara
Filza terkejut. Pandangan Daniel tidak beralih, melekat di tv. Tiba-tiba
terpadam. Haiya. Apa problem ni meyh.
Filza menyorokkan remote control di celah-celah sofa. Bukan
main sentimental pula abang aku ni.
“Alah tengah climax ni Filza.” nada Daniel kesal.
“No. We are discussing right now abang.“
“Pasal apa tadi? Hah
si Faidhi tu. Hish Filza tak patut tau buat cam tu. Abang faham perasaan dia
yang kena reject tu, sakit tau tak. Trust me, we, boys boleh menerima penolakan
dengan baik. Dia sedih kot Filza buat macam tu. Dia selalu mengadu kat abang.”
alamak tang akhir tu aku tak sepatutnya cakap. Filza buat muka.
“Nanti kat Harvard mesti ramai awek yang cun-cun kan.” Filza
cuba menukar tajuk perbualan dan sangat pasti ia akan berkesan.
“Filza nanti dah sampai sana carikan awek untuk abang tau.
Nanti abang photostate borang banyak-banyak suruh dia orang isi.” ayat budget
Daniel dah keluar.
“Tak dengar. Tak dengar.” Filza menutup kedua-dua
telinganya.
“Filza nanti kat sana jaga diri tau. Abang takut lah. Abang
ni kan bodyguard Filza selama ni. Kalau Filza pergi siapa nak jaga Filza.” Hah
dah mula dah. Ayat tacing Daniel sudah mari.
“Abang, ini dah kali yang kesepuluh tau abang cakap macam
ni. ” Filza kebosanan.
“Bukan apa abang sayang Filza tau tak.” suaranya kedengaran
ikhlas.
“Sweet lah awak ni. Macam kek yang saya makan tadi.” Filza
buat suara separuh manja.
Muka Daniel kembali tidak berpuas hati apabila berbicara
mengenai kek. Kempunan tak habis lagi tau tak. Orang cakap betul-betul dia main-main
pula.
“Dah, pukul sebelas dah ni hah. Budak-budak tak boleh tidur
lambat. Dah pergi tidur. Pergi tidur” nada Daniel menghalau.
Alah macam lah dia tu besar sangat. Beza dua tahun je.
Perasan bukan main.
“Eh.’ kali ni kusyen pula melayang tepat ke muka Filza.
“Tulah muka dah macam tikus mondok. Kalau dah mengantuk
pergilah naik atas.” tangannya meraba-raba di celah-celah sofa mencari remote
control yang disorokkan oleh Filza. Hah jumpa.
“ Ceh. Nak sambung tengok lah tu. Filza tak faham betul.
Habis tengok tu terus naik atas tidur.” pesan Filza lalu berdiri. Kakinya
membuka langkah tetapi terhenti. Dia merasakan tepi bajunya ditarik.
“Eh. Eh. Pinggan tu jangan lupa. Dah siap makan
pandai-pandai cuci balik.” Kata Daniel selamba.
“Yelah,” Filza mengambil dengan reda. Malas dah nak gaduh.
Mengantuk!
********************
“Gila best la nasi briyani tadi kan bang. Baik punya.” Filza
berpuas hati.
“Mahal. Memang sedap ya dik. Tapi kan tak ada
manis-manislah. Semua rasa rempah. Nak-nak dia punya air. Rasa herba je. Tekak
abang tak dapat nak terima. Tu hah. Jom pekena ABC. Memang syok” Filza
memandang abangnya. Nak kata gemuk tak. Perut tangki air SYABAS apa.
“Filza, Filza tak sedih ke tinggalkan abang sensorang kat
Mesia ni?” Daniel memulakan bicara.
“Buat apa nak kesian. Ok je abang.” jawab Filza tanpa
perasaan.
“Lepas ni abang dah tak ada kawan dah. Sapa nak bagi tips
pikat awek lepas ni kat abang?” kata Daniel tertekan kerana tiada teman wanita.
Nak kata tak hensem. Hensem. Nak kata macho. Dia macho pulak.
“ Abang buka internet. Berjuta jawapan en. Google boleh kasi
kat abang.” jawabnya ringkas.
“Itu lain. Sapa nak temankan abang main paintball lepas ni?
Jogging?.” Filza rasa bersalah. Memang
benar apa yang dikata oleh abangnya itu. Orang yang paling dirinduinya mesti
Daniel masa di Harvard nanti.
“Apa kata kalau kita buat pertaruhan.” cadang Daniel. “
Nampak tak tong sampah hujung tu? Tin yang Filza pegang tu, Filza baling kat
tong sampah. Kalau masuk abang lepaskan Filza pergi. Kalau tak masuk Filza
tinggal belajar kat kolej abang je and bye bye Harvard” terang Daniel panjang
lebar.
“Ala setakat jarak yang dekat macam tu, senang je. Filza ni
dulu kapten bola jaring tau masa kat sekolah. Tengok baik-baik”. Filza sedia
melemparkan tin itu. Kemudian dia meletakkan semula. “ Tak nak lah pakai tin,
kita tukar dengan aluminium abang tu. Besar sikit”
“Bukan main yakin nampak. Kita tengok je macam mana. “
Daniel yakin dua ratus peratus yang Filza akan melupakan hasratnya untuk
belajar ke Harvard.
Aku mesti masukkan. Berat pula aluminium ni. Menyesal pulak
aku. Mukanya dibuat-buat yang aluminium itu ringan padahal di dalam hati
beratnya bendalah ni! Dia mengangkat dan membalingnya tepat mengenai sasaran.
Sasaran kepala seorang lelaki.
“Aduh! Woi, sapa baling benda ni!” lelaki itu berdiri.
Matanya liar mencari orang yang bertanggungjawab atas balingan cantik itu.
“Aduh. Oh tidak.” Filza cuba menyorokkan mukanya. Daniel
ketawa tertahan-tahan . Lelaki itu datang ke meja mereka.
“Budak kau dah gila ke hah. Kalau kena muka aku tadi dah
berdarah kau tahu!” lelaki itu kelihatan bengang.
Filza mencuba memandang muka lelaki itu. “Heh?”
“Wah. Kau memang bawa malang kan budak.” kata lelaki itu
kasar.
Mukanya macam Filza pernah kenal. Macam pernah Nampak. Sah.
Sah.
“Apa ni bro kata adik gua bawa malang. Kau nak cari pasal
ke?” Daniel bersuara setelah lama ketawa.
“Wah baguslah. Aku lagi malang jumpa kau. Kau tahu tak
memang padan dengan muka kau. Paid off. Dendam aku terbalas kau tau tak” darah
Filza naik mendadak.
“Balas dendam? Kau kata kau nak balas dendam? Weh sepatutnya
aku yang patut balas dendam dengan kau. Dah lah hari tu kau langgar aku punya
office. Nasib aku baik aku tak mati kat situ. Sekarang cubaan bunuh lain pula
yang kau rancang. Kau memang rancang nak bunuh aku ke apa. Apa yang aku dah
buat kat kau hah?” marahnya sudah sampai ke tahap maksima.
“Wah. Kau cakap ikut sedap mulut kau je kan. Aku nak bunuh
kau? Kalau aku memang nak bunuh kau hari
tu aku dah langgar dengan kau dengan kopi-kopi kau sekali lah.” giliran darah
Filza pula naik. Daniel semakin hairan dengan pergaduhan yang terjadi dihadapan
matanya.
“Woo. Dua pihak sila tenang. Sila tenang. Orang tengok
malu.” Daniel cuba memulihkan keadaan.
“Kau siapa hah? Tak payah nak tenang-tenang sangat lah. Kau
tak ada kaitan baik kau belah. Oh. Kau ni mesti boyfriend dia kan. Aku
nasihatkan baik kau putus je dengan dia tak pasal-pasal kau nanti yang dia
bunuh.” lelaki itu memberi peringatan.
Satu henyakan tepat mengenai perut lelaki itu.
“Cakap sebelum fikir. Aku ni abang dia. Berani kau cakap
adik aku macam tu. Nah ambil ni. Yang ni
sebab kau kurang ajar dengan aku.” Satu lagi tumbukan mengenai muka
lelaki itu.
********************
Musim luruh di Harvard sangat menenangkan jiwa Filza. Sudah
tiga tahun dia berada di perantauan. Cepat sangat rasanya masa berlalu. Tahun
ini merupakan tahun terakhirnya disini. Kursus undang-undang yang diambilnya
kadang-kadang membuatnya tidak mempunyai masa terluang untuk bergembira seperti
rakan-rakannya yang lain. Filza tidak mempunyai rakan-rakan rapat dari Malaysia
kerana tidak ada seorang pun satu kepala dengan dia. Ada kawan tapi yang rapat
dan akrab itu tiada.
Filza langsung tidak rindu pada Daniel kerana setiap bulan
Daniel akan datang ke Harvard untuk menjenguknya. Risaulah rindulah katanya.
Rajin sangat nak melawat. Padahal nak jumpa dengan Min. Min merupakan anak
uncle Johan. Di rumah merekalah Filza tinggal. Bak kata abangnya sambil
menyelam minum air. Ceh. Bila dah berjumpa memang banyak lah cerita abangnya
itu. Hidup di di US sangat memberikannya kenangan manis. Sememangnya
tinggal di negara orang menjadikan Filza
lebih matang dan berdikari.
Petang nanti Filza
akan berjumpa dengan orang yang akan menjadi teamnya untuk tugasan final
projek. Berdua. Dengar kata orang Malaysia. Filza lega. Mohd Fazrul Nizam.
Budak Forensik. Lokasi perjumpaan, bawah pokok maple tepi tasik. Filza sangat
bersyukur kerana berkumpulan dari orang negara sendiri kerana lebih senang
untuk berkongsi pendapat.
********************
Filza melihat susuk tubuh seorang lelaki di bawah pokok itu.
Dia terlambat tiga puluh minit gara-gara ditahan kerana kad pelajarnya
tertinggal di rumah. Habis duit makan tengah harinya kerana membayar denda.
Aduh. Perlahan-lahan dia melangkah mendapatkan lelaki itu. Macam mana ni gua
lambat beb.
“Maaf saya lambat sebab tadi saya kena tahan dengan pegawai
lepas tu..” dia berhenti sebaik sahaja lelaki itu menoleh.”Kau!” dia
menyambung.
“ Patutlah malang je nasib aku minggu ni lepas dapat tahu
yang aku yang aku kena satu kumpulan dengan kau. Sampai kat sini kau ikut aku
semata-mata nak bunuh aku kan. Semua ni kau dah rancang kan. Kau memang tak
boleh tengok aku senang ke hah? “ kata lelaki itu beremosi.
“Kau dengar baik-baik. Aku takkan ikut kau. Kau siapa! Bila
pula aku nak bunuh kau! Semua tu hanya kebetulan kau tau tak. Kau ingat aku
suka lah rempuh kau punya office. Kau ingat aku sengaja ke nak baling aluminium
tu kat kau. Dan kau ingat aku nak sangat ke kumpulan dengan kau.” darah Filza
mula naik.
“Aku nak jumpa Miss Finn minta dia tukar kumpulan. Kalau tak
memang tak grad aku kalau kumpulan dengan kau. When I look at you. I hate it. I
hate you. Tolong lepas ni jangan muncul depan aku lagi” Fazrul memberi
peringatan. Dia berlalu meninggalkan
Filza terkebil-kebil.
********************
“Aku nak kau tulis part ni. Aku nak kau guna ayat law kau
tu.” perintah Fazrul
Mereka tetap di dalam kumpulan yang sama kerana Miss Finn
sudah muktamad dengan keputusannya.
“Suka kau je kan. Bab ni sekurang-kurangnya dua puluh muka
surat kau tahu. Bila pula aku nak siapkan. Benda ni kena bentang esok pula. “
rungut Filza.
“Malam kan ada. Apa gunanya Allah cipta 24 jam? Kau ni asal
bengap sangat” kata Fazrul perlahan.
“Kenapa kau ni hah? Apa masalah kau sebenarnya?”Filza tidak
berpuas hati.
“Kau tahu kan, aku benci tengok muka kau. Makin lama aku
tengok hati aku lagi sakit. Dah aku nak bla” Fazrul berlalu pergi.
Filza sebenarnya tak faham dengan perangainya. Ok memang dia
yang langgar office mamat tu atau baling aluminium tepat pada kepala lelaki tu
tapi dia sudah pun meminta maaf. Sepanjang bersama dengan Fazrul, tak pernah
sekali pun Fazrul senyum. Lelaki itu sering memandangnya dengan rasa benci dan
meluat. Filza sudah mati kutu. Cara apa lagi yang perlu dibuat supaya Fazrul
memaafkannya. Sudah puas dia mengalah dengan Fazrul. Kesalahannya bukanlah
teruk sangat pun fikirnya.
********************
Jantung Fazrul berdegup kencang. Setiap kali dia memandang
muka Filza hatinya berdebar-debar.
“Kau dah siapkan belum apa yang aku suruh semalam?” katanya
lantang untuk menutup rasa gugup.
“Aku dah buat dah.” kata Filza perlahan. Matanya kelihatan
sembab dan Fazrul dapat mengagak yang perempuan itu tidak tidur malam tadi
menyiapkan kerja itu. Tiba-tiba Fazrul rasa bersalah.
“Nasib baik kau siapkan kalau tak..Dah lah aku nak bla. Ko
jangan lupa pula petang ni. Kau lambat datang pembentangan siaplah kau.”
lagaknya seperti pemerintah kejam.
Filza buat tak tahu. Dia sudah serik diperlakukan sebegitu.
Fazrul meninggalkan Filza dan pergi ke makmal. Dalam perjalanan ke makmal dia
singgah ke tandas. Dia membasuh mukanya dan memandang cermin.
“Apa dah jadi dengan aku ni? Aku ni dah gila ke? Tak. Tak.
Aku tak akan jatuh cinta dengan perempuan tu. Kau tak ingat ke apa yang
perempuan tu dah buat dekat kau, Fazrul. Ya. Aku kena jumpa pakar psikatri ni.
Aku ni dah gila rasanya.” dia berkata kepada dirinya sendiri. Fazrul cuba untuk
menafikan perasaannya.
Dia membuka beg. Matanya mencari-cari barang yang hilang.
Diarinya hilang. Dia mesti mencari diari itu. Diari itu tak boleh jatuh ke
tangan Filza kalau tak semuanya hancur. Tentang perasaannya terhadap Filza.
Semuanya dicoretkan di situ malam tadi.
to be continue...
Aku cuma akan post sambungannya kat next entry if ramai yang nak tahu endingnya.Caranya mudah. Hanya komen sahaja. Tak kisahlah korang bestfriend aku ke, jiran ke, just komen. okey. I'm looking forward to it ..=))
p/s: pehal panjang semacam je entri aku kali ni lol
1 comments
boleh diperbaiki..tapi sambungannya cepatlah post
ReplyDeletekomen je. Tak kena bayar pun. OHOHO