Cinta! Bilakah Lelaki Harus Jujur??

Monday, April 23, 2012

Assalamualaikum semua.

Aku nak tanya. Kalau korang tengah duduk sorang-sorang kat office, then badan kau meremang. Kau fikir apa? Hantu? ataupun Toyol?..ahaha...simpan lah jawapan korang tu aku tak nak dengar.


Berbalik pada cinta..erk..^.^" Bila ni sebenarnya lelaki kena besikap jujur?? Lelaki ni selalu keliru dengan istilah kejujuran dan menganggap benda ni ayam-ayam je (bahasa aku) senang cerita, remeh-temeh. Stop lah hidup dalam kepura-puraan. Statement aku ni pedas sangat ke? Tak kannn..

Compared to girls, lelaki ni boleh dikatakan kurang jujur. In fact, mungkin betul. Ok lah aku kasi contoh yang orang selalu buat. Si gegel ajak boiboy (macam geli je aku nak sebut boiboy..uweks) dia pergi shopping, because of dia tak sanggup nak angkat barang yang diborong oleh gegel, dia kata dia pergi tolong mak dia kemas rumah lah, kemas stor lah, berkebun lah padahal tengah main dota kat bilik dia.

Contoh lain, dan aku rasa benda ni fakta. Fakta ni cakap normally lelaki akan jadi sangat jujur pada first love. Then untuk cinta kedua dan ketiga dan seterusnya dia orang akan mula bosan. Ada pulak yang pasang sampai tiga kononnya nak tengok mana yang terbaik. Ceh. Kasihan sungguh dekat gadis yang mempertaruhkan cintanya buat si arjuna hidung belang. Pergh, macam ayat novel tak??

Sebenarnya jujur ni bukan setakat soal relationship je but more than that. Korang juga kenalah jujur kalau teman wanita korang tanya soalan.

    "Awak, macam mana dengan solekan saya ni? Cantik tak? Saya belajar dari Youtube tau"
"Ha ha (ketawa di buat-buat) ..cantik je"

Sebab nak jaga hati kan. Padahal macam muka opera cina sesat mana entah. Sebenarnya lelaki yang baik aku ulang BAIK akan tegur penampilan temannya dengan bijak. Maybe keinginan korang nak dia nampak menarik akan tercapai IF teguran atau komen korang membina.

Tak kira lah sedalam lautan Hindi mana pun cinta korang, kalau silap langkah yang mulanya ceria, aman bahagia aman sentosa tak mustahil akan musnah hanya kerana kejujuran.

Tapi kan, macam mana pula kalau girlfriend korang dapat tahu yang korang bersikap tak jujur????? Kantoi?  Hah. Macam mana? Alah. Just take your time. If you're really love her, admit your mistake dan cakap yang korang tak akan curang lagi. Kalau boleh ikrar dengan sekali lafaz. Boleh? ...ahaha. At least ikrar korang tu bukti supaya korang jujur masa akan datang.


Tapi kalau aku kan, lelaki tu ikrar sampai dua scroll sekalipun, aku akan fikir empat enam kali nak maafkan ke tak. Hmm mungkin tak.


You Might Also Like

8 comments

  1. terasa pulak pasal DotA tuh..hehew..tapi tak semua lelaki macam tu kan =)

    ReplyDelete
  2. ahaha..mungkin bukan semua lelaki macam tu ya..tapi KEBANYAKANNYA kan..:D

    ReplyDelete
  3. ehem ehem , terasa pulak @mk syahir ni :D

    #hye owner blog :) jemput singgah blog saya . ada makan makan sikit :)

    ReplyDelete
  4. haha...dah nama lelaki kan..cukup hebat dgn drama..:)

    ReplyDelete
  5. #ikaa - sapa yang makan cili dia lah yang rasa pedas-pedas..=)
    #amirah..hmm lelaki..drama king kot!

    ReplyDelete
  6. I enjoy what you guys are usually up too. This type of clever work and
    coverage! Keep up the awesome works guys I've added you guys to blogroll.


    My weblog :: JordonTDasch

    ReplyDelete
  7. ada knal org gini. blh plak dia jjur yg dia msej ramai ppuan. move on aku after that -,-"

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak lah kan ceritanya. ahaha. bagus2x move on

      Delete

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO