Kau Kunci Cintaku di Stesen Minyak. PART 2

Wednesday, April 18, 2012


Assalamualaikum semua.


Aku bengang betul lah orang yang suka buat kesimpulan awal. Heee~~ Dah lah tak nak komen pastu nak voluteer sambungkan pulak cerita ni haii.. Hahah. Hey aku sebenarnya tulis cerpen. Tetiba intro nak mengamuk pulak. Lempang kang haha..kepada yang blurr jangan teruskan blurr untuk membaca entri ini. Anda kena pergi sini dulu..Kau Kunci Cintaku di Stesen Minyak...Walaweyh. Confirm tak blurr..



Kau Kunci Cintaku di Stesen Minyak (Part 2)
by Syafiqah Azmi

Hujan lebat masih lagi menghempas daun tingkap, menyebabkan keadaan diluar kelihatan gelap gelita sedangkan suasana di dalam terang benderang dan ceria. Di suatu sudut, Filza sedang leka merenung buku dan dia pasti itu adalah sebuah diari. Hari itu merupakan hari sambutan krismas di kampusnya. Semua pelajar merasai bahang krismas tetapi tidak bagi Filza. Hadir hanya memenuhkan kedatangan. Buku itu direnungnya tajam. Diari itu dijumpai selepas habis perbincangan dengan Fazrul. Dan itu sudah semestinya milik Fazrul. Niat di hati rasa bersalah kerana membaca peribadi orang tetapi hatinya tetap meronta. Mungkin di dalam diari itu, dia mungkin tahu mengapa Fazrul amat membencinya.

Perlahan-lahan dia menyelak diari itu. Dia terus mencari tarikh dia melanggar office itu.Dia membaca dengan penuh teliti. Ketika membaca, tidak disangka-sangka air matanya mengalir.

“Ya Allah. Apa yang telah aku lakukan” Aair matanya semakin deras.

Pada hari Filza merempuh officenya itu, Fazrul telah dibuang kerja kerana bimbang kalau Fazrul membuat polis report. Filza tidak tahu menahu langsung tentang pemecatan itu. Patutlah keesokkan hari insiden tu, Filza pergi ke petrol station dia dah tak ada.Dia diberhentikan tanpa gaji padahal wang gaji itu untuk membiayai yuran pengajiannya kerana bilnya sudah tertunggak. Filza tidak menyangka unclenya bertindak kejam. Macam tak percaya. Fazrul bukan berasal dari keluarga kaya dan dia tidak  mampu. Akibat tidak dapat membayar yuran pengajiannya, Fazrul dibuang kolej. Berita tentang pembuangan kolej itu telah membuat ibu Fazrul terkena serangan jantung lalu meninggal dunia. Dia dapat masuk Harvard berkat dari keputusannya yang cemerlang hasil ihsan JPA. Itu sudah cukup jelas mengapa setiap kali berjumpa dengan lelaki itu, lelaki itu sering mengatakan yang dia sangat membenci dirinya.

Filza hanya membaca muka surat yang bertarikh 24/6/2011 dan beberapa hari selepas itu. Dia tidak mahu lagi membaca cemuhan Fazrul terhadap dirinya. Nasib Fazrul baik sebab Filza tak membaca apa yang dia tulis semalam.

********************

Esok dia akan pulang ke Malaysia. Filza sibuk mengemas barangnya.Tiba-tiba dia berhenti sejenak. Kejadian minggu lepas, membaca diari Fazrul tanpa izin telah meninggalkan kesan terhadap Filza. Biasanya Filza akan menghabiskan masanya dengan membaca tetapi kini hanya termenung.  Ada suatu pagi dia terserempak dengan Fazrul, Fazrul menuduh Filza mengambil diarinya. Filza menafikannya. Dia memulangkan diari itu di bawah timbunan buku Fazrul dan Fazrul akan menganggap yang dia tertinggal diarinya dibawah timbunan buku itu. Loceng rumah berbunyi. Filza berjalan ke arah pintu dan terkejut.

‘Oh tidak apa yang abang buat kat sini?” Daniel terus masuk ke rumahnya.

“Ada banyak lagi ke barang nak kemas?” Daniel berkata seolah-olah mahu membantu sementara matanya liar mencari seseorang.

“Tak, abang dah makan?” Daniel menggeleng.

“Jasmin mana?” soalnya yang belum sempat menarik nafas penat.

“Abang, Jasmin and her family ada vacation. Dia orang pergi Hungary. Rasanya balik hari ni.” Daniel tersenyum lebar.

Ketika makan tengah hari, Filza memasak spaghetti. Pandai juga adik aku ni masak. Bagus Bagus. Filza memusing-musingkan garfunya.

“Kenapa tak makan?” tanya Daniel sambil meneguk jus orennya.

Filza menceritakan segalanya. Daniel hanya menjadi pendengar yang setia.

********************

“Kau tak cemburu ke kawan-kawan kita semua dah nak kahwin. Kau bila lagi?”
Filza menggaru kepalanya yang tak gatal. Mata tertumpu ke screen laptopnya.

“Kau ni. Kita ni muda lagi kau tahu.Hidup masih panjang”  matanya beralih ke muka Lin.  “Kau nak tahu tak. Aku punya prinsip, dalam hidup aku tak ada istilah teman lelaki sampai aku kahwin. Kau faham?” matanya ke skrin laptop semula. 

Lin mencebik. Bukan apa, Filza ni cantik cuma terlalu memilih. Dah berapa puluh dah yang datang rumah sewa mereka kerana mahu mendapatkan cinta Filza. Tetiba loceng berbunyi.

“Hah Filza hati mamat mana pula yang kau hancurkan lepas ni.” Lin berjalan kearah pintu dan menyelak langsir. Tiba-tiba dia dia berlari sepantas kilat naik ke atas. Filza bingung lantas pergi melihat apa yang buat Lin terkejut. Nak kata malam Jumaat hari ni malam Isnin. Filza membuka pintu dan muncul lelaki yang bernama Daniel. Patutlah Lin lari macam pelesit.

“Jemput masuk.” nada Filza sopan.

“Filza dah makan?” soal lelaki itu. Daniel merupakan abang kepada Filza yang sangat digilai oleh Lin.

“Abang nak apa sebenarnya datang rumah Filza?”

“Abang nak ajak Filza balik rumah. Filza, papa tak marah dengan dah sebenarnya.Papa kata kalau Filza tak nak dengan Faidi tak apa papa ok je” terang Daniel.

“Serius? Habis tu macam mana perjanjian dia dengan uncle Hamdi yang mengarut tu? Filza menjeling.

“Alah benda kecil. Papa dengar kot apa yang abang cakap kat dia. Abang ni kan anak kesayangan. Ala macam lah abang tak tahu siapa yang ada di hati Filza sebenarnya.” Daniel berkata yakin.

“Entah la bang. Ingat tak masa hari terakhir Filza kat sana, Filza cuba cari dia tapi tak jumpa. Nak luahkan semua benda yang terbuku kat hati ni. Dah setahun dah berlalu. Macam tak ada jodoh kan bang Filza nak minta maaf dekat dia.” nada Filza kesal.

“Abang Daniel nak minum apa? Biar Lin buatkan atau abang Daniel lapar? Cakap je biar Lin masakkan.” sampuk Lin yang sekarang kelihatan 90 peratus cantik berbanding tadi setelah mengenakan make-up. Daniel buat muka tak selesa. Aduh minah ni. Serius aku annoying. Filza ketawa kecil melihat perbuatan bestfriendnya itu. Dari sekolah lagi kot dia dok usha si Daniel ni.

“Aku nak ikan pari masak asam pedas. Kau tau, abang aku ni memang suka lauk tu. Kalau kau boleh kalahkan mama aku, confirm kau boleh pikat dia ni. Kalau kau tak tahu macam mana nak masak baik kau belajar. Hah lepas ni jangan pula kau lupa belanja aku sebab aku dah kasi tips yang berharga kat kau ni.” terang Filza panjang lebar. 

Lin mengangguk-angguk semangat. Daniel menjeling tajam dan berbisik “ Filza jangan memandai bagi harapan palsu ok” katanya memberi peringatan yang sekarang statusnya in relationship dengan Jasmin. 

Percintaan jarak jauh tu. Walaweyh. Tetapi Filza tidak yakin dengan hubungan mereka. Dia sangat kenal Jasmin. Macam lalang!

********************

Filza terkejut sebaik sahaja pintu lif terbuka. Sudah lama dia tidak menatap wajah itu. Dua-duanya diam membisu dan membeku. Tertera G di tepi lif, pintunya terbuka. Fazrul mempercepatkan langkahnya walaupun berat. Hari-hari yang dilaluinya terasa berat dan dia sedar yang sebenarnya perasaannya terhadap Filza adalah cinta. Tiada siapa yang boleh menukar kenyataan itu. Cuma dia terlalu ego untuk mengakuinya. Mengada-ngada betul.

“Fazrul” langkahnya terhenti sebaik sahaja Filza memanggilnya. Filza tercungap-cungap. Dia cuba melangkah tetapi di halang Filza.

“Weyh. Kenapa kau cuba larikan diri daripada aku. Aku ada benda penting nak cakap dengan kau.” Fazrul mengendahkan dan cuba melarikan diri. Filza tetap mengejar. Di hujung jalan Fazrul menoleh.

“Dengar sini, kau dengan aku tak ada apa yang nak dibincangkan. Aku benci kau. Kau tak faham ke. Berapa kali aku kena cakap!” dia terus menoleh kehadapan dan melintas. Hatinya menangis kerana mengucapkan kata benci. Tak. Tak aku kena kuat. Mak aku mati sebab dia. Dia pembunuh.

Tanpa disangka sebuah kereta memandu laju ke arah Fazrul. Filza terus ke tengah jalan dan menolak Fazrul ke tepi. Akibatnya kereta itu melanggar Filza dan Filza berguling. Darah mengalir keluar dari badannya. Fazrul terkejut dengan apa yang terjadi sebentar tadi. Dia terus berlari mendapatkan Filza. Kakinya menggigil. Filza memandangnya sayu. Fazrul mengangkat tubuh Filza ke atas ribanya dan orang ramai mula berkerumun di sekeliling mereka.

” Apa yang kau buat ni Filza. Kenapa kau bertindak bodoh? air matanya mula mengalir. Filza selamatkan nyawanya!

“Fazrul aku benar-benar minta maaf. Aku tak berniat nak..” kata Filza dalam kesakitan.

“Tak. Tak. Aku dah lama maafkan kau Filza. Filza kau akan selamat. Aku janji. Kau akan selamat. AMBULAN! Tolong panggil ambulan!” jeritnya kepada orang di sekelilingnya. Air matanya semakin deras. Jika apa-apa yang akan berlaku dia tak akan memaafkan dirinya.

Filza tersenyum lemah, “Baguslah. Lega rasanya.”

Makin lama senyuman itu makin pudar, tangan Filza terlepas dari genggamannya. Filza diam seperti tidak bernyawa.

“FILZA!” Fazrul meraung .

********************

“Kau bila nak kahwin?” kata Fazrul kepada Daniel. Daniel tersenyum lemah.

‘Kau tahu kan apa yang terjadi pada aku. Selepas aku kehilangan dia, aku rasa dunia ni dah tak bermakna. Tak ada seorang pun dapat gantikan tempat dia di hati aku. Baru aku faham perasaan kau waktu adik aku tinggalkan kau dulu” kata Daniel hampa. Matanya merenung dinding. Jasmin telah berkahwin dengan lelaki lain. Itulah bahana percintaan jarak jauh kot.

“Rasanya sakit. Sakit sangat. Aku faham perasaan kau. Tapi kau kena tahu, hidup perlu diteruskan. Kau ingat dia suka kau macam ni. Kalau dia tahu kau hanya buat dia sedih percaya cakap aku”. Fazrul memberi nasihat.

“Aku memang beruntung sebab dapat adik ipar yang memahami macam kau ni. Rasa menyesal pula aku tumbuk kau dulu. Kau ingat lagi tak? Haha.” Daniel cuba menyingkap masa lalu.

“Memang beruntung. Aku boleh rasa lagi macam mana tumbukan maut kau tu. Eh mana Filza ni. Lama pula dia keluar.” Fazrul melihat jam tangannya.

“Aku memang bahagia tengok korang bahagia. Peristiwa yang berlaku banyak bagi kita kekuatan kan” Fazrul mengangguk.

“Bye abang, nanti Filza telefon Filza balik pukul berapa. Filza masuk ke dalam kereta sementara Fazrul menutup pintu itu. Fazrul memberi isyarat untuk bertolak.

“ Kita nak beli barang hantaran ni kat mana ni? Filza memulakan bicara setelah lima minit membisu.

“SOGO. Abang nak beli perfume baru tu lah. Masukkan dalam list hantaran Filza ye.” Fazrul tersenyum. Baru Filza perasan yang Fazrul mempunyai lesung pipit dibawah dagu kirinya. Selalunya mana pernah senyum! Dia menyambung lagi, “ Filza, sekarang ni abang rasa abang bersyukur sangat. Semua yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. Dua bulan Filza terbaring koma. Abang cukup menyesal apa yang telah berlaku. Ego abang terlalu tinggi. Abang minta maaf.” nadanya kedengaran jujur.

“Ok je. Best apa koma. Kalau kereta tu tak muncul mungkin kita tak akan macam ni. Eh tak. Kalau Filza tak langgar stesen minyak lima tahun lepas, kita tak akan jumpa. Jadi mari kita berterima kasih kepada stesen minyak tu. Eh tak. Filza rasa kita kena cari Bangla yang melintas masa tu. Kalau tak ada dia, kereta yang Filza pandu mana pergi ke arah abang” Filza tersenyum lebar.

“Haha. Best koma? Filza tak tahu betapa risaunya abang. Betul lah tu. Hmm bangla tu. Kita nak cari kat mana eh? Facebook? Twitter? ..haha” senyum Fazrul makin lebar menampakkan lesung pipitnya yang dalam.

 Filza tersenyum manis dan itulah senyuman yang sering membuatkan hati Fazrul sering berdegup kencang. Banyak betul dugaan yang dilalui oleh Filza. Koma selama dua bulan, dia amat bersyukur kepada yang maha Esa kerana masih memberinya peluang untuk hidup. Selepas ini dia akan melangkah ke alam perkahwinan. Tak sabar rasanya hari yang akan mendatang. Apa sahaja halangan yang bakal dilaluinya nanti dia tidak takut kerana dia sudah bersedia.


-TAMAT-

Okey jelas. Endingnya bukan macam korang fikir...K BYE




You Might Also Like

1 comments

  1. best baca untuk isi masa lapang. Padat dan ringkass...^^

    ReplyDelete

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO