Assalamualaikum
semua.
Hari tu aku
kena temankan mak aku beli langsir. Raya lambat lagi kot mak aku dah meriah
gila nak cari langsir bagai. Mak aku bebel..Hah yelah lambat lagi, pejam celik
dah puasa, pejam celik dah raya, pejam celik along dah kawen. Eh eh yang last
tu I like! Bila la aku nak kahwin.. =.=”
Aku gatal? Alah aku berani bet yang korang semua mesti lagi gatai nak
kahwin kan. Maklum sajalah umur dah meningkat ke alam belia ni. At least aku
tak ada calon. Haha. Sunah nabi Muhammad kot kahwin kahwin ni.
Hah. Merujuk entry di atas. Family paksa serah cinta. Sapa? Mak aku suruh aku kahwin dengan pilihan dia? Tak. Bukan aku yang dalam keadaan yang dilema. Tapi yang mengalami situasi ni. Aku just nak kasi pendapat. Tak salah kan.
Sesungguhnya cinta hadir tanpa diundang dan of course everybody deserves to choose their soulmate. However tak semua macam tu sebab zaman sekarang ni ada gak parents yang lebih suka tentukan dengan siapa anak mereka harus serah cinta dia orang. Alasan yang selalu kita dengar
HABIBAH, papa tau apa yang terbaik untuk kamu. Hafiy adalah orang yang paling tepat buat kamu dan papa yakin yang kalian sangat serasi CONTOHNYA
*nama di atas tak ada kaitan sama yang masih hidup atau meninggal dunia. harap maklum
IF sesetengah daripada korang faced benda-benda macam ni, ada sesetengah boleh tolak dengan baik tetapi macam mana kalau terperangkap? Korang tak sampai hati nak tolak since parents korang telah banyak berkorban sejak korang di lahirkan di dunia yang fana ini.
Tapi aku ada tips untuk elak. Haha. Bukan jahat tapi tak kan korang nak kahwin dengan orang yang korang tak kenal betul tak? Memang lah dalam cerita novel macam sweet bercinta lepas kahwin tapi itu cuma fantasi je sebenarnya. JANGAN KAU NAK BALING BOTOL KAT AKU PULAK. Yelah dia nampak sweet sebab lelakinya hensem dan kaya. Bagi perempuan pula, cantik dan anggun ( fancy siot ayat aku LOL). Betul? Okeh simpan botol kau balik Alia.
FIRST OF ALL..
BUAT-BUAT SIBUK
Korang buat-buat sibuk walaupun kau memang tak sibuk. Buat-buatlah pergi Muzium negara ke kata ada kerja ataupun pergi Zoo Negara sebab nak buat kajian. Percaya cakap aku kesibukkkan korang ni *kononnya parents korang akan tak berani nak aturkan sebab in case kalau dah set date nak jumpa then korang macam kecewa sebab rasa tak sesuai dan dia orang akan rasa serba salah sebab korang dah buang masa kat situ. Tapi jangan nak sibuk terlebih sampai tak ada masa untuk family. Melebey pulak kau Jah.
THEN..
BUAT-BUAT DEMAND*MEMANG KORANG NI SELALU DEMAND PUN KAN ..AHAHA
Maybe kelihatan cerewet tetapi tak salahkan. Agree? Good. Bagitahu lah
kat parents korang apa ciri-ciri yang korang nak. Bagitahu dia orang ciri-ciri
terbaik yang wajib ada untuk pasangan korang. Macam beriman, taat perintah
agama, hensem, baik hati, sweet and sour, cute, romantik, penyayang, penyabar,
kaya. Betul tak apa yang aku cakap ni. Dan bila anak depa dah habaq lagu tu dan
of course mereka-mereka ini akan berusaha 100% sebab anak kesayangan punya
pasal kan. Dan aku berani jamin mesti susah nak dapat sebab sapa sempurna cakap
dengan aku weyh? Lama-lama nanti mesti dia orang putus asa dan serahkan hal
jodoh ni kat tangan korang. Kalau aku lah kan, aku cakap aku nak lelaki yang
ada lima cawangan restoran barat tapi dia tak ada diploma degree or whatever. Setakat
sijil SPM je. Confirm susah nak cari.
LASTLY..
BUAT-BUAT KENALKAN KAWAN KORANG
Make sure yang parents korang kenal dengan kawan-kawan korang tak
kisahlah lelaki ataupun perempuan. Lagi ramai lagi bagus. KAU TANYA APA
FUNCTIONNYA?? Banyak pulak. Ok sebenarnya ia secara tak langsung korang
bagitahu yang korang ni sebenarnya ada ramai calon untuk dijadikan pasangan.
Jangan jadikan korang ni macam forever alone in life. So dia orang mesti fikir
OH ANAK AKU NI TAU NAK CARIKAN AKU MENANTU YANG PANDAI BUAT NASI AYAM HAINAN SPECIAL. SENANG AKU NAK SURUH DIA MASAK BILA TEKAK NI TERHINGIN..
Tapi jangan pulak
korang bawak taiko jual VCD cetak rompak. Confirm kena reject lah alamatnya.
Tapi kan apa kata korang terima je calon yang parent korang pilih. Mana tau betul macam dalam cerita novel. Kalau betul contact aku. Confirm aku suruh mak ayah aku carikan time tu jugak. OKEH AKU BUAT-BUAT DESPERATE.
- Sunday, April 29, 2012
- 7 Comments