10 Top List Jadi Pujaan Sang Arjuna

Wednesday, February 01, 2012

Assalamualaikum semua,


Entry hari ni aku nak kasi tip buat wanita gegirl kat luar sana macam mana nak jadi top list jadi pujaan hati sang arjuna. Mesti korang melompat-lompat excited kan. SAMA-SAMA. Sila baca dengan tenang dan after this, plan your strategy wisely okayy.

Walaupun sekarang ni kita nampak girlz mostly bersikap open dan berani untuk berterus terang tentang perasaan dia orang dekat boyz, tapi ada juga kot yang segan-segan atau malu-malu unta kalau-kalau orang cakap mereka PERIGI CARI TIMBA. CIS. Banyak sungguh penggunaan kata ganda hamba.

Girlz, tak salah pun bersifat pemalu namun andai hati sudah suka mengapa harus peluang di depan mata di lepaskan begitu sahaja (weyh malam ni ayat aku macam zaman-zaman P RAMLEE la doe) Aku ada je cara nak suggest kat korang untuk pikat admirer korang. Are you ready? Check 15 things that you can do to be his top list!



1 SENYUM
Senyum adalah senjata yang paling effective untuk tembak hati mereka. Anda setuju dengan saya wahai kaum Adam? Nak-nak korang punya senyuman tu memang menawan habislah! Buat apa nak simpan senyuman korang tu, sebaliknya guna untuk membuatkan si dia sentiasa dok terbayang-bayang kat korang.


Tolong jangan sekali-sekala senyum tak ikhlas macam gambar di atas. Alamatnya sampai kiamat pun tak dapat nak tackle boyz tu. Kalau nak senyum biarlah macam gambar kat bawah ni. Tapi sweet gak senyuman orang utan ni. See. Orang utan pun nak senyum. Kita yang manusia ni tak nak senyum aku tak tau nak cakap apa lagi.

Senyuman ni memang sure buat guyz tak tidur malam punya

2 PANDAI MASAK
Ini adalah ciri UTAMA lelaki mudah terpikat dengan korang. Even korang masak tak sehandal ibu dia, tak yah lah nak segan-segan untuk hidangkan sesuatu yang istimewa untuk dia. Faktor kenapa lelaki suka perempuan pandai masak sebab just imagine kalau  korang dah kahwin, tak kan hari-hari nak makan luar kot. Kalau yang berduit boleh la nak survive tapi yang tak mampu tu macam mana? Habis sengkek laki korang.


Why not bagi dia sushi yang korang buat sendiri. Biar dia rasa macam bunga-bunga sakura gugur kat sebelah dia orang.

3 JAGA CARA PEMAKAIAN
Cara korang berpakaian pun penting sebab ia melambangkan keperibadian korang. Ada certain boyz suka baca sifat-sifat korang through apa yang korang pakai. So, in case kalau korang nak pikat mereka, make sure korang tahu si dia senang atau tak dengan pemakaian korang.

4 JANGAN BUAT APA YANG DIA TAK SUKA
This is very important in order to attract him. Lelaki suka dekat perempuan yang taat dengan perintah mereka. Tapi taat-taat korang tu berpada-pada lah. Jangan ikut je tanpa fikir baik buruknya.

5 BERPEWATAKAN MENARIK
Cantik? Cute? Tak semestinya. As long sedap mata memandang. Kalau perwatakan korang menarik, pandai bawak diri, memang op cos mampu menarik minat mereka.

Alolo~~ Sapa kata gadis melayu tak menawan hah??

6 JANGAN TERLALU MENGONGKONG.
Hey! Aku pun rimaslah kalau lelaki yang mengongkong. Aku bet korang pun sama kan. Macam tu juga mereka. Selagi korang tak ada apa-apa ikatan korang tak ada hak langsung nak mengongkong. Guyz suka girlz yang memberi sepenuh kepercayaan terhadap diri dorang.

7 TINGKAH LAKU YANG BAIK
Lemah lembut dan bersopan santun merupakan sifat yang wajib dari pandangan mata lelaki. Even aku tak lah lembut sangat tapi korang kena! Aku tak dek point mana-mana guyz for the time being. Korang lah. Yang keras tu cuba ayu-ayu sikit. Even korang anggun mana pun, pangkat tinggi mana pun, dan sempurna segala-galanya kalau perangai macam kureng menyenangkan, memang out lah. Kecuali kalau korang kaya dari BILL GATE. Memang boyz tu kenal korang pagi tu je, malamnya dia dah hantar rombongan. CINTA? Memang jangan mimpi.

8 MENJADI TEMAN DIKALA SUSAH DAN  
   SENANG
The main objective hidup berpasangan selain berkongsi kasih sayang, kita juga nak kongsi susah senang sama-sama. Kalau nak pikat si dia, korang kena lah ada time dia susah dan senang. Jangan pula kalau dia naik pangkat korang pun bermanja-manja nak minta belanja. Tapi bila dia kena simbah asid, muka dah tak sekacak dulu, korang pun tinggalkan dia. Adakah contoh aku ini terlalu extream?

WHERE IS THE LOVE? Kena terbang dengan angin ke?


9 ADA SIFAT KEIBUAN
Bersifat keibuan antara tip yang korang kena ambil berat. Tapi ingat perasaan ni kenalah secara semulajadi bukan suatu paksaan dan menunjuk-nunjuk.

10 ROMANTIK
Yang paling penting, boyz suka dimanja-manja, dibelai-belai dengan kata-kata romantik. Uwekss. Nak muntak aku baca balik apa yang aku tulis. This is such a rubbish I wrote such this thing. Unbelievable. Tapi seriously benda ni betul. Memang tak boleh deny lagi.


Romantiknya. Holding hands. Sweet sangattt. Tapi dalam agama kita mengharamkan perbuatan ni. So kalau nak pegang-pegang tangan pergi kahwin dulu.

Dah baca dah? Faham dah? Then apa lagi? Pergilah planning! Berusahalah okayy!

Jangan lupa ikut nasihat SA okay. Declare je terus bagitahu I okayy. I tunggu you'll kat sini..=)

You Might Also Like

5 comments

  1. cantikk entry dia...n sya suka blog kamuuu kemass ^^..ehehe...

    ReplyDelete
  2. eh. eh. segan pulak..thanks for the compliment..=))

    ReplyDelete
  3. best2..hehe...anyway,heliza tu comeellll sgt!!! ^^

    ReplyDelete
  4. na kawin lah macam nih. hehe. heliza comeyyyy

    ReplyDelete
  5. ..=))
    bagus bagus kahwin wawaroxx..

    ReplyDelete

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO