LUAHAN HATI. Ada ke orang nak dengar?

Wednesday, February 01, 2012

Assalamualaikum semua.


Anda sihat? Saja nak tanya. Entri pada kali ini aku nak luah sikit pasal perasaan aku. Takut pula kalau tak diluahkan nanti meletup. Asyik cerita pasal tips cinta-cinta je. Buat aku nak termuntah weyh. Tapi I LIKE! Sapa tak suka cerita pasal cinta? Angkat tangan tinggi-tinggi sampai sentuh siling. Ah kau MINAH, aku faham kalau kau tak sampai.

To be frankly, aku benci hari Sabtu. Sabtu sepatutnya menjadi hari yang paling bermakna dalam hidup aku. TAPI ia diSPOILKAN oleh bos aku. WHY?? Aku terpaksa memerah keringat khudrat aku untuk bekerja. Dia tak paham ke aku ni budak praktikal aja. Pukul dua baru balik. Ceh, kejam sungguh kamu wahai bos. Yang paling pahit dan sukar untuk aku terima, kau tak masuk. So memang kerja aku lah nak hadap mamat dua ekor kat office tu. Eh lupa pula. Korang bukannya fahamkan. Meyh aku terangkan. Kalau korang nak tahu, kat office tu cuma ada dua staff je. AZIM dan ISMAIL. Masuk bos jadi lah tiga.

Dalam kamus aku Sabtu dah jadi tak bermakna dah. Dah lah sampai pukul dua. Memang aku lapar tahap gunung. Rasa macam nak makan je dua staff yang tinggal. Aik. Aik. Jangan fikir lain. Dosa besar. Allah marah. Back to our topic, hari aku untuk aku bersenang-lenang cuma hari Ahad je. Isnin dah kena menghadap muka mereka-mereka lagi. Haii. Adakah ini semuanya sudah tertulis. Adakah ini suratan takdir? Mengapa aku berada di sini? Why? Why?

Tapi aku ada solution untuk mengatasi  kelaparan tu daripada berlaku. Tak nak aku esok pagi header surat khabar SEORANG PELAJAR PRAKTIKAL MATI SEBAB KELAPARAN. Idea bernas ni datang daripada Mira. Kita orang makan je kot nasi lemak kat dalam office tu. Relaks~ Jiwa pun tak kacau. Berbau office tu bau haruman nasi lemak Kak Kiah. WALAWEY!

Tapi Sabtu lepas, tamat je waktu kerja, cepat-cepat kita orang angkat kaki pergi KLCC. Of course aku solat dulu. Solat kan tiang agama meyh. Guess what? We were directly went to Pizza Hut. Tiap-tiap hari asyik makan kat kedai mamak je. SERIOUS DOE MUAK. Kadang-kadang aku boleh rasa kari dan rempah menari-menari kat anak tekak aku. Sekali-sekala tukar mood la kan.


Kalau first time makan memang rasa macam heaven tapi kalau kau makan hari-hari bukan muntah. Dia dah  jadi memuntah...yeww. Tengok gambar je tekak aku dah rasa kari. Besar sungguh impak dia dalam kehidupan aku. Let's make a move to the new taste. Western! Here I come!


Menunggu dengan tenang padahal perut sudah mulai bermusikal. Perasan tak pasangan biru-biru manja di atas. Lepas dia orang blah dari Pizza Hut aku nampak dia orang masuk Secret Recipes pula. Pokai balak dia dowh.
Sampai pun!
 Maaflah aku kalau dah kebuluq tak perasan orang lain dah.

Eh. Eh. Baru perasan


Kalau bab-bab makan ni aku memang tak ingat dunia. Food is my priority. Keep it in your mind. To those yang nak cari company untuk makan, I am the best choice ever. You'll never regret. Trust me.

Aku kalau bawa orang pergi melantak ni aku memang suka stok-stok semangat lebih ni. Hah yelah. Bersemangat terhadap makanan. Eh Aisyah, makanan tu seni juga tau. Jangan kau tak tahu. Member makan aku yang ni memang function la. Memang aku kasi thumbs up lah sama dia. Kenapa? Take a look at this..

Aku boleh lihat semangat dia yang berganda! Cayalah Mira!

Lepas ni nak pergi makan mana pula ya. Tak yah risau. Aku dah plan cantek punya. Tunggu entry akan datang okayy!

TQ kerana sudi membaca entri ini!

You Might Also Like

3 comments

  1. syaf, aku un same asyik makan kedai mamak je,,, huh!

    ReplyDelete
  2. Great information. Lucky me I recently found your site by accident (stumbleupon).
    I have bookmarked it for later!

    Look into my weblog - CedricHCantre

    ReplyDelete

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO