Assalamualaikum semua.
Dah dekat dua
bulan aku di USM. Still alive. ALHAMDULILLAH. Salah satu cita-cita aku sebelum
aku kahwin ialah untuk makan makanan yang sedap-sedap di Penang.
ERR APAKAH?
Ahaha.
Then tercapai hajat aku sebab aku dapat sambung belaja' kat Penang. So
far aku memang tengah kumpul tempat makan dan akan aku buat review tentang itu.
Tapi before that, tempat yang harus kau lawati kalau sampai Penang. Memang tak
dapat disangkal lagi laman seni lorong belakang seksyen 7 memang gempaks katakaw but hello this heritage city kot. Penang Street Art. Ya. Heritage.
Ya, Penang is HERITAGE CITY
Suka dengan
bangunan dia. Kalau dekat Klang aku boleh jumpa sikit je. Memang facade dia
still lawa lah. Aku pergi masa Hari Malaysia last month. Aduh tarikh tu memang
silap gile. Ramai bak hang datang kat sini. Menyesal pulak.
Memang
ramai orang dan panas sangat-sangat. Dan solutionnya ialah beskal. Lagipun kita
memang kena cari lukisan tu sendiri. Kat mana-mana ada. Bukan setempat. Lama
sangat aku tak naik basikal. Last sekolah menengah itu pun dah berapa lama dah.
Last 6 years. Aku pinjam dalam 12 tengah hari then pulangkan dalam pukul 6
petang. Harga sewa basikal ialah RM 10.00. Memang banyak kedai untuk kita sewa
basikal so kita pilih mana yang murah dan berkenan. Dan jangan terkejut kalau
korang nak tahu aku kayuh sampai ke padang kota tau..
Eh excitednya
naik basikal. Ihsan gambar dari Hanim, dia untunglah ada orang kayuhkan untuk
dia. So aku bersyukur sebab hang jadi photographer of that day.
Si
Fendi. Abang long Borneo dia nih. Dialah tour guide kita orang sebabnya err
bukan dia orang Penang, dia pernah datang sini dan err seriously penat gila
ikut mamat ni cari painting. Terkejar-kejar, apa yang dia dikejarkan pun aku
tak tau. Dah lah laju. Kejar-kejar then dia patah balik. Err rupanya sesat.
First gambar yang
aku rasa nak bergambar. Biasanya tempat yang hotspot mesti orang beratur nak
ambil gambar. Nak-nak pulak masa hari ritu orang ramai. So memang nak recognize
senang. Naik-naik basikal, hah tu ramai
jom pi sana. Hahaa. Then kau parking basikat kau kat tepi suruh member
tolong ambilkan. Dan ni yang
terjadi kalau photographer kau ada banyak. Ahaha
Scene 1
Scene 2
Then nak cari
painting lain. Kita orang penat, take five. Maklumlah lama tak mengayuh. Time
ni pukul 3 petang kot. Imagine how was hot is that, Recently, aku balik Klang
dan ayah aku kata aku hitam. Err yang belakang tu Biah. Kalau korang perasan
gambar dia memang selalu berada di belakang. Sila scroll gambar di bawah untuk
tahu dengan lebih lanjut. Dia selalu bermonolog dalaman tentang Fendi yang kayuh
laju sangat.
Hello little brothah and sistah. Another hotspot. Tempat ni tersorok sikit. Nasib baik masa kita orang nak bergambar tak dek orang langsung. Dan bila lain clear, kami panggil orang kampung untuk join skali. Tapikan kenapa budak perempuan tu gelakkan aku? Sebab aku gemukke?
Orang-orang
kampung yang teramat dikasihi. Yang hitam tu Firdaus. Dia tak nak naik basikal.
So dia follow naik moto dengan sorang lagi. Hmm erti kata lainnya, depa ni
bodyguard kita orang merangkap polis traffic dan tukang tolong pegangkan barang.
Err agak-agak kau gambar ni bersatu tak?
Err yang ni aku nak buat macam mana eh. Aku keliru. Sampai la
ni aku tak tahu aku sepatutnya kena buat macam mana kat gambar ni. Masa aku
tengah gambar, banyak orang yang tengah tunggu amik turn untuk gambar. Aku yang
keliru untuk buat pose apa terus berlalu memberi peluang kepada mereka.
Eh adik, kenapa
pandang akak ni? Akak berat sangat ke? Ahaha. One of the favourite spot. Masa
time kita orang sampai tak dek orang langsung.
Last pose sebelum orang kampung lain datang mai. Sebenarnya
banyak lagi spot, tapi ini je yang aku rasa cantik. Kalau korang nak tahu pergi
google belog orang lain. Erm..
Gambar ni baru semua orang boleh masuk. Nasib baik ada satu
Japanese perempuan nak tolong tangkapkan. Kami dari
warga orang kampung kusskuss ingin mengajak kalian datang kesini, err pesanan
untuk yang tak pernah datang. Memang majoriti cina kat sini tapi yang penting
kau explorelah banyak-banyak kat sini. Kat keiyell korang tak jumpa
bangunan-bangunan yang macam ni. Welcome to Penang.
Menggangguk.
- Thursday, October 30, 2014
- 0 Comments