STREET ART, PENANG

Thursday, October 30, 2014

Assalamualaikum semua.

Dah dekat dua bulan aku di USM. Still alive. ALHAMDULILLAH. Salah satu cita-cita aku sebelum aku kahwin ialah untuk makan makanan yang sedap-sedap di Penang.
ERR APAKAH? Ahaha. 
Then tercapai hajat aku sebab aku dapat sambung belaja' kat Penang. So far aku memang tengah kumpul tempat makan dan akan aku buat review tentang itu. Tapi before that, tempat yang harus kau lawati kalau sampai Penang. Memang tak dapat disangkal lagi laman seni lorong belakang seksyen 7 memang gempaks katakaw but hello this heritage city kot. Penang Street Art. Ya. Heritage.

 Ya, Penang is HERITAGE CITY


Suka dengan bangunan dia. Kalau dekat Klang aku boleh jumpa sikit je. Memang facade dia still lawa lah. Aku pergi masa Hari Malaysia last month. Aduh tarikh tu memang silap gile. Ramai bak hang datang kat sini. Menyesal pulak.


  
Memang ramai orang dan panas sangat-sangat. Dan solutionnya ialah beskal. Lagipun kita memang kena cari lukisan tu sendiri. Kat mana-mana ada. Bukan setempat. Lama sangat aku tak naik basikal. Last sekolah menengah itu pun dah berapa lama dah. Last 6 years. Aku pinjam dalam 12 tengah hari then pulangkan dalam pukul 6 petang. Harga sewa basikal ialah RM 10.00. Memang banyak kedai untuk kita sewa basikal so kita pilih mana yang murah dan berkenan. Dan jangan terkejut kalau korang nak tahu aku kayuh sampai ke padang kota tau..


Eh excitednya naik basikal. Ihsan gambar dari Hanim, dia untunglah ada orang kayuhkan untuk dia. So aku bersyukur sebab hang jadi photographer of that day.


Si Fendi. Abang long Borneo dia nih. Dialah tour guide kita orang sebabnya err bukan dia orang Penang, dia pernah datang sini dan err seriously penat gila ikut mamat ni cari painting. Terkejar-kejar, apa yang dia dikejarkan pun aku tak tau. Dah lah laju. Kejar-kejar then dia patah balik. Err rupanya sesat.


First gambar yang aku rasa nak bergambar. Biasanya tempat yang hotspot mesti orang beratur nak ambil gambar. Nak-nak pulak masa hari ritu orang ramai. So memang nak recognize senang. Naik-naik basikal, hah tu ramai jom pi sana. Hahaa. Then kau parking basikat kau kat tepi suruh member tolong ambilkan. Dan ni yang terjadi kalau photographer kau ada banyak. Ahaha

Scene 1

Scene 2


Then nak cari painting lain. Kita orang penat, take five. Maklumlah lama tak mengayuh. Time ni pukul 3 petang kot. Imagine how was hot is that, Recently, aku balik Klang dan ayah aku kata aku hitam. Err yang belakang tu Biah. Kalau korang perasan gambar dia memang selalu berada di belakang. Sila scroll gambar di bawah untuk tahu dengan lebih lanjut. Dia selalu bermonolog dalaman tentang Fendi yang kayuh laju sangat.


Hello little brothah and sistah. Another hotspot. Tempat ni tersorok sikit. Nasib baik masa kita orang nak bergambar tak dek orang langsung. Dan bila lain clear, kami panggil orang kampung untuk join skali. Tapikan kenapa budak perempuan tu gelakkan aku? Sebab aku gemukke?


Orang-orang kampung yang teramat dikasihi. Yang hitam tu Firdaus. Dia tak nak naik basikal. So dia follow naik moto dengan sorang lagi. Hmm erti kata lainnya, depa ni bodyguard kita orang merangkap polis traffic dan tukang tolong pegangkan barang.

Err agak-agak kau gambar ni bersatu tak?


Err yang ni aku nak buat macam mana eh. Aku keliru. Sampai la ni aku tak tahu aku sepatutnya kena buat macam mana kat gambar ni. Masa aku tengah gambar, banyak orang yang tengah tunggu amik turn untuk gambar. Aku yang keliru untuk buat pose apa terus berlalu memberi peluang kepada mereka.


Eh adik, kenapa pandang akak ni? Akak berat sangat ke? Ahaha. One of the favourite spot. Masa time kita orang sampai tak dek orang langsung.


Memang kalau dah tak ada orang, semua orang kampung dok bergambar lah juga. Another three vilejpipel, yang bergambar dengan aku tu Hanim, the photographer. Yang marah kat budak tu Madey, yang carry Hanim. Yang pakai helmet tu Man, yang si bodyguard tadi.


Last pose sebelum orang kampung lain datang mai. Sebenarnya banyak lagi spot, tapi ini je yang aku rasa cantik. Kalau korang nak tahu pergi google belog orang lain. Erm..


Gambar ni baru semua orang boleh masuk. Nasib baik ada satu Japanese perempuan nak tolong tangkapkan. Kami dari warga orang kampung kusskuss ingin mengajak kalian datang kesini, err pesanan untuk yang tak pernah datang. Memang majoriti cina kat sini tapi yang penting kau explorelah banyak-banyak kat sini. Kat keiyell korang tak jumpa bangunan-bangunan yang macam ni. Welcome to Penang.

Menggangguk.

You Might Also Like

0 comments

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO