Tempat-Tempat Yang Menyeramkan di Dunia

Saturday, December 21, 2013

Assalamualaikum semua.

"We all have bad days, but one thing is true; 
no cloud is so dark that the sun can't shine through."
- Miranda Kerr -

Qoute ni selalu aku pakai kalau aku rasa banyak sangat dugaan yang datang. Kinda boost up your mood lah. Motivation gittew. Jangan sesekali give up. Dan semestinya semua yang terjadi pasti ada hikmahnya. Last week. aku pergi Medan, Indonesia. You know what, perginya aku ke sana macam mengingatkan aku banyak benda lalu aku bersyukur. Banyak benda yang menimbulkan kesedaran bagi aku. Entri Medan nantilah ye.

Target aku nak cukupkan 30 post untuk tahun 2013. Tak dek lah nampak pemalas sangat kan compared to last year yang ada 111 posts. Hahah. Masa dah suntuk tapi kalau ada aim mesti boley tercapai kan.. Hehe

Bercerita tentang horror. Hah. Aku jaranglah update pasal topik cenggini ni. Tetapi sekali sekala macam nak buat juga. Ala-ala perencah gitu. Banyak benda boleh bermain di minda kita bila sebut pasal seram. Tapi mesti HANTU lah yang menerpa dalam kepala otak. Secara jujurnya, aku ni pun penakut gak. Bukan berani sangat pun. Ni moh lah kita terjah satu persatu.

Tempat-Tempat Yang Menyeramkan di Dunia


SEGITIGA BERMUDA

Mula-mula aku tahu pasal benda ni masa aku baca komik Doraemon. Kakah. Then bila aku go through internet, ohhhh macam ni.... Macam mana? Biasanya famous sebab kapal-kapal or plane-plane yang melalui tempai ni mesti hilang. Tapi bila check tak ada satu mayat or bangkai kapal terbang yang dijumpai. Quite weird kan. Lokasi? Takut kalau terlalu lah tu..HIHI ..Lokasi segitiga bermuda ini terletak antara Miami, Florida..Bermuda dan juga San Juan, Puerto Rico. Ada orang putih tu cakap tempat ni markas mahkluk asing. Tapi ada juga yang membincangkan tempat ni di mana Dajjal berada. Wallahu'alam..


TRANSYLVANIA

Siapa tak pernah dengar, sila angkat rambut. Ceh. Famous tempat ni. Kota yang terkenal dengan sejarah vampire. Ye pontianak orang putih. Makhluk penghisap darah ini pernah menguasai kota ni kononnyalah. Er ye kerr.. Aku rasa vampire ni tak wujud. Kalau ada tentu sampai sekarang ni pontianak-pontianak tu wujud lagi kan. Ehheheh. Ha yo banyak lah kau punya Edward Cullen. Okok. Back to the place, Transylvania ni ramai orang yakin di mana lahirnya dunia kegelapan. 


SALEM

Bukan aku tak sudi kaaasih...~~~ada muzik
bukan Salim penyanyi tu tapi satu daerah yang terletak di Massachusetts, US. Kota ni menyimpan suatu tragedi. Apa dia? Pada tahun 1692, (aku belum lahir lagi) banyak orang mati sebab dibunuh dan disiksa sebab dituduh sebagai ahli sihir pada hakikatnya tak. Macam cerita Hansel dan Gretel macam tu lah. Every year, in October, penduduk Salem akan mengadakan perayaan hantu di beberapa tempat misteri. Salah satunya Witch House, bangunan tertua di Salem.



Salem Witch Museum. Luar pun nampak macam sihir-sihir kan. Hah dalam dia serious seram. Bukan sebab hantu ke bagai tapiii.. macam mana cara mereka-mereka menyiksa dan bunuh orang dia orang rasa ahli sihir. Kau goggle lah sendiri yeh.

SAVANNAH

Kota yang tertua di Georgia. Macam Salem juga, tragedi berdarah maca peperangan civil. Banyak orang mati. Macam tu jelah. Haha. Tapi Savannah ni mula-mula aku tak tahu sangat macam mana. Aku tahu pun lepas baca novel Beautiful Creatures..Haha

LONDON

Hello. London tu big city tau. Apa yang seram sangat kan! Kau tak tahu. Ni aku nak kasi tahu. London ni memang kota lama or kuno. Dulu ramai kata Kota London ni menjadi saksi kekejaman sebab tulang dengan darah berselerak di jalan-jalan. Sebab apa? Aku tak cari lagi. Jalan Hantu London tempat yang paling meyeramkan diikuti dengan lagenda Jack The Ripper, pembunuh bersiri yang kejam pada zaman itu.

Ok serious. Tak seram pun. Entah Aku tak kata paling seram. Seram-seram suam suku macam tulah. Hah depa tak tau yang Mesia ni lagi dasat serammnya. Tak percaya suh mereka datang kat Villa Nabila ke Highland Tower ke. Tak pun banglo seksyen 2 sana.  Haha


Penutup yang seram.  Kbai.

You Might Also Like

4 comments

  1. okay gambo yang akhir tu memang serammmmm :)

    ReplyDelete
  2. walau apa pon,benda-benda ghaib nie memang wujud kan,,,
    kita kena beringat la heheh

    ReplyDelete
  3. Salam.

    1st time tahu psl segitiga bermuda tu, dari majalah mastika,hehe. Macam2 teori ttg tempat tu, tapi stkt ni takda satu pun yang tepat.

    Kadang2 bukan tempat yg menyeramkan..manusia tu sendiri yang menjadikannya seram, tokok tambah cerita,hehe

    ReplyDelete
  4. ann.. kan seraaaam sangat..hoho
    ezyra..betul2x..hehe
    eyqa..hah tau tak pe..lupa nak msuk dlam entry pulok..ahaha
    tinta..setuju sngat. carita ditokok tambah..:D

    ReplyDelete

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO