Nak Tolak. Tolak Jelah Cinta Dia. Nak Segan Buat Apa.

Monday, October 22, 2012

Assalamualaikum semua.


Bahasa apakah ini? Ni bahasa yang selalu digunakan bagi orang yang tinggal di barat laut Spain. It means love is fool.

Ya. Cinta itu buta dan fool. Setuju? Ala aku tahu yang tengah bercinta mesti kata aku yang buta dan bodoh. But never mine. Cinta itu fitrah dan kenapa kita perlu tolak fitrah tu kan. Lambat laun pun aku akan bercinta juga. Ye dok?

Regarding to my entry today, BESTFRIEND. Kita selalu dengar, cinta platonik lah, soulmate lah. Dulu aku pernah tulis entry pasal cinta bestfriend juga and click here to read it. Dari kecil lagi korang kenal dengan dia sampai mengaku saudaralah but then, dia mengaku yang dia cintakan korang. Oh dem. Mesti ada perasaan serba salah untuk kasi jawapan. Nak cakap ya, hati ini milik orang lain. Nak cakap tidak, takut mengguris hati. Pergh ayat aku baik punyaaa lah.

Supaya tidak ada kekeliruan baik berterus terang sahaja. So how to reject or turn down nicely? I'll show you how er..


 ALASAN TOLAK CINTA BESTFRIEND


Tidak Sesuai Tak Sesuai

Dalam apa pun perkara, berterus terang adalah jalan yang paling terbaik. Jangan menipu sebab kau akan menyesal  nanti. Just say we are not suitable to be couple. You are my bestfriend dunia akhirat. Tapi kena proper lah. Say it with courtesy supaya dia tak rasa terhina. Maybe he'll take time and percayalah dia akan terima sama ada lambat atau cepat. Tapi lambat rasanya. Haha


Tidak Mampu Berubah

Maybe dia sangat kenal korang dan amat paham benor sikap korang. Jadi tak payah berpura untuk jaga hati dia. Makan nak cover then kalau keluar dating nak beli baju baru. Hey, just be yourself. Kalau memang korang ni jenis brutal, main cakap lepas atau kasar, just go on. Maybe korang boleh cakap korang tak akan berubah kalau jadi pasangan dia. Tapi..dia sanggup ke terima dengan keadaan korang yang sedia ada? Then parents dia nak ke menantu macam korang ni. Ahaha. Tak aku cakap direct biar senang faham. Nampak tak jalan keluarnya disitu?


Buat Bodoh

Tak pernah langsung terfikir nak berchenta sedangkan masa berkawan pun korang tak peduli sangat pun dengan kehadiran dia. Teruskan sikap tak ambil peduli tu.B erkawan macam biasa dan anggap dia tak pernah confess pun. Kalau macam dia nak masuk topic tu, try cakap pasal benda lain. Lama-lama dia mesti paham apa jawapan korang. MESTILAH TAK!





Menyepikan Diri Seketika

Tak mestinya kau kena lari ke luar negara. Macam gelabah je. Just try elak dari bertembung dengan dia. Mesti dia ingat korang ni dah tak berminat nak kawan dengan dia lagi. Contohlah dia desak nak jawapan dari korang dan sanggup ekori mana korang pergi, cakap je yang korang nak bersendirian. Lama-lama mesti dia boring punya then cari orang lain. Nampak sangat desperate. Heh.


Tidak Mampu Menghormati Sebagai Kekasih

Cakap apa yang sebetulnya pada dia. In case before this dah selalu gadoh-gadoh pastu kau makan berterabur or kalau marah kau tertengking dia (kalaulah), takut nanti tak dapat nak respect sebagai couple. Hal ini sepatutnya korang kan dah lama kawan and suka borak, gossip, bergurau then nanti jadi macam kekok. Nak cover-cover lah. Kan payah. Sebagai langkah supaya tak bergaduh di kemudian hari better yakinkan dia..kita ni..

Fated to be friends. I mean bestfriend.



Pentingkan Persahabatan

Ha yang nilah. Yang nilah. HEHE. I love this part. Just cakap, korang lebih sayangkan dia sebagai kawan sebagai and korang kena ada komitment yang tinggi kalau jadi pasangan dia. Sedangkan kalau korang kawan dengan dia, boleh share apa saja dan langsung tak ada komitmen dalam hubungan. Jika dia seorang yang rasional mesti dia paham punyalah.


Eh Aku Ada Calon Lain Lah

Hahaha. Tak apa tipu sunat. Itu kalau tak ada. Memang terpaksa. Kalau ada hah cakaplah ada. Tapi ehem paham-pahamlah risiko yang korang kena tanggung. Yelah takut-takut dia tak dapat terima. Jika dia memang true friend, dia mesti bahagia kalau korang bahagia. Takut-takut nanti macam kat filem tu, dia berdendam sebab cinta ditolak then dia akan pergi jumpa bomoh kenakan korang. Kalau tak pun pergi upah orang bunuh korang ataupun dia bunuh korang dengan tangan dia sendiri. Heh aku dah imagine lebih ni. Haih sangat menakutkan. Beware uolls.


Tidak Mahu Hilang Kawan Sebaiknya

Bertegas sekali sekala tak apa. Tak mati pun. Tetap pendirian at least korang cakap benda betul dan tak menipu. Ikut kata hati. Just say..

I don't want to lose you as a friend and being in a relationship might affect that.
I don't want to lose you as a friend, no matter what has been said


 Ala takut jadi macam ni la tu. Allah tu dah rancang apa yang terbaik buat kita. Tapi cuba fikir balik,

"Friendship is the best foundation for love".

So tak rasa ke banyak kelebihan kalau korang jadi pasangan mereka. Cinta kan boleh pupuk. Ptfff..Ni entry nak tolak ke nak terima nih?? *sambil angkat kening
  OKOK. Apa yang aku nak cakap kat sini, semuanya bergantung pada jodoh sebab kalau dah jodoh tu tak ke mana kan. HAHAHA

You Might Also Like

2 comments

  1. entri yg best...sangat berguna..boleh try.. tu pon kalau kawan saya confess..hehe

    ReplyDelete

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO