DIA NI SUKA ATAU CINTA KAT AKU???
Friday, August 10, 2012
Assalamualaikum semua.
Tak ada der jodoh
turun dari langit..*long sigh*
Ramai
yang selalu terperangkap dengan dua perasaan ni. Mungkin pada dasarnya benda ni
macam sama tapi hey dia sebenarnya amat-amat berbeza. SUKA tak bermaksud dia
suka ataupun sayang. Sebenarnya dalam relationship ni SUKA bermaksud dia selesa
kawan dengan korang, selesa dengan penampilan korang dan selesa bila dia
mengadu yang berus gigi dia masuk lubang toilet pagi tadi. Itu contoh.
CINTA?
Benda yang sama macam SUKA tapi beza dia kalau dia dah cinta sampai sampai
belah dada bagai, apa benda yang korang buat semuanya sweet dan sour.
Kekurangan korang tu small matter dan dia orang tak ambil port sangat. See. Almost similar so korang kena
hati-hati. Jangan tertipu dengan layanan baik si dia. Mungkin dia Cuma suka je
tapi tak pernah cinta. Sebelum angau korang menjadi parah better korang belajar
macam mana nak differentiate sama ada..
DIA NI SUKA ATAU CINTA KAT AKU???
Kalau
Cinta..
Dia layan korang macam princess woh.
Mengalahkan princess diaries. Dia akan terus keep eye on you all. Contoh kalau
korang berdua pergi masuk hutan. Perasaan resah menggunung sebab takut kalau
ada apa-apa berlaku dekat korang. Ala macam dalam cerita, seorang lelaki backup
kat belakang then masa perempuan tu nak seberang sungai, perempuan tu hampir
terjatuh dan kemudian lelaki sambut dan main-main mata. Haha. Agak-agaknya
korang pernah tengok tak scene ni?
Kalau Suka..
Dia
layan korang sama macam kawan-kawan dia yang lain. Kalau nak pergi mana-mana
mesti ajak korang sekali. Aktiviti korang banyak untuk bergembira je sebab the
main point is dia harap korang dapat jadi kawan yang menghiburkan hati dia.
Kalau pernah faced benda ni, janganlah perasan mak Jemah oy. Anda yang sakit
nanti.
Kalau
Cinta..
Contoh
korang marah tahap gunung dekat dia sebab dia gelakkan korang sebab korang masa
tengah jalan depan dia, terlanggar tiang. Confirm dia akan rasa bersalah dan
minta maaf banyak kali. Alasannya dia ada penyakit ketawa yang tak dapat
dibendung. A few weeks korang buat-buat tak nampak dia ataupun tegur, dia buat
step untuk project apologize is
accepted. Banyak kot dia invest
semata-mata nak korang maafkan dia.
Kalau
Suka..
Dia tak
pernah rasa bersalah langsung bila sakitkan hati korang. Sorry girls dia tak
akan pujuk sebab dia tahu korang merajuk tak lama. Ala esok lusa baiklah tu.. Tulah BERSALAH TAPI TAK PERNAH
RASA BERSALAH..
Kalau
Cinta..
Apabila
berbicara mengenai masa depan (fancy weyh ayat aku bulan-bulan puasa ni
>.<), dia akan cuba nak ambil tahu. I mean korang nak kahwin dengan orang
macam mana, nak tema kahwin kaler apa, what type of husband that you are
interested in, dan dah ada anak nanti nak panggil panggilan papa mama ke abi
ummi. Haih dah melampau pulak yang last tu. Tapi serious this is so true. Kalau
ada hah confem. Pinang je dia.
Kalau
Suka..
Dia
selalu mengelak bila nak bincang pasal masa depan. Tak ada sebab lain sebab dia
memang tak nak tahu dan malas nak tahu. For
what?? I don't need to know all of that.
Kalau
Cinta..
Hari
Isnin. Korang tak masuk kelas. Demam. Tengah baring-baring ada orang hantar
mesej kenapa tak datang. You said you're sick. Setengah jam kemudian dia datang
and offer nak bawak korang pergi klinik. Sweet kan? Itu contoh sebab aku tau
korang lagi senang nak faham. Then, tiap-tiap jam dia akan hantar sms dah makan
ubat ke belum. Hey dia gila apa makan ubat setiap jam? Bisa mati dong! Haha.
Jangan ikut apa yang dia cakap, dia risau kau tau. Same goes to problem
matters. In case kalau korang ada masalah, dia akan sedaya upaya untuk memerah
otak untuk dapatkan solution.
Kalau
Suka..
Bila
dia dengar korang sakit, dia memang try nak tolong tapi effort tu less than
daripada orang yang cinta dengan korang. Takkan lah tak tolong? Nama pun member
kan. Kalau ada masalah, dia cuma dengar je tanpa sebarang bantuan atau action.
Loyal listener KONONNYA.
Kalau
Cinta..
Dia tak
kisah you tak pandai masak, suka melatah, ataupun anak orang tak berapa nak
kaya. Once he fallen love with you, it doesn't matter because he loves you. YA.
HE LOVES YOU & DIA TAK DAPAT HIDUP TANPA KORANG. Ala tak pandai masak boleh
belajar..melatah boleh cover dan tak kaya tak pe sebab aku kan kaya!! Wohooohoho. Lupakan. Aku dah merepek. Btw love
is blind. Agree?
Kalau
Suka..
Dia
sukar nak terima kekurangan yang ada pada korang. Korang pun struggle nak
jadi seperti apa yang dia inginkan. Oh kemon lah kemonlah. Just be yourself.
“Be yourself; everyone else is already taken.”
― Oscar Wilde -
― Oscar Wilde -
Haih sila elakkan
diri daripada terlibat mana-mana triangular love. ITS DANGEROUS.
CINTA
SUKA CINTA SUKA. Hey pening betul. Lepas ni pandai-pandailah kau nak agak sama
ada dia suka kau atau tidak. Jangan sampai salah anggap. Nanti malu woh. Jangan asyik fokus
cinta dekat manusia je sebab cinta manusia akan mati. Justeru cintailah Maha
Pencipta kerana ia kekal abadi..: D
Kau buat aku
sakit tekak.
p/s : Jangan selalu sangat berbuka dengan air sejuk. Nanti sakit
macam aku baru tau. Padan muka.
12 comments
wah lagi jalan-jalan ketemu info keren
ReplyDeletejadi berenti dulu nii disini..
thanks gan Infonya !!
smoga ada manfaatnya buat yg laen.
komenback n follback yahh !! saya follower yg ke-438. saya tunggu follbacknya.
http://situs-in4masi.blogspot.com
bW here dear...nak follow tapi lama dah follow..heee...
ReplyDeletenice entry :)
ReplyDeletebest-best ;)
ReplyDeleteachmad shabat..thanks ya!
ReplyDeletehuahua..thnks for the complimnt..:D
cinta ieda..ahaha..;)
nabila aziz n arkuchik..thnks both of you..=)
terbaek:)
ReplyDelete..;D
ReplyDeletesuka dalam cinta. paham? hahaha :p
ReplyDeletekalau sayang tapi tak cinta? hahahahaha
ReplyDeleteijat..faham..:))
ReplyDeletealia..ntah sapa? kau ke? ahaha
yelah kalau cinta memang kadang2 kita sanggup berabeh duit utk org yg kita cinta tu wpon kita sebenarnya kalau masih student duit kita tu duit loan ke, or duit mak ayah.. terkecuali utk student yg bekerja sambil belajar.. hihihi
ReplyDeleteYou really make it seem so easy with your presentation but I find this matter to be really something that
ReplyDeleteI think I would never understand. It seems too complicated and very broad for me.
I'm looking forward for your next post, I'll try to get the hang
of it!
my page ... EmilRCeaser
komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO