5 Hubungan Yang Membawa Kegagalan

Friday, July 13, 2012

Assalamualaikum semua.


Frustated? Sebab hubungan anda tidak begitu berjaya? Relak lah bro..

Cinta itu buta. Ramai kan yang selalu dengar ayat ni. Tapi hakikatnya cinta tu langsung tak buta. Orang yang bercinta itu sendiri yang buta kan mata dia orang dan buat buat buta . Dah terang lagi nak bersuluh. Still deny dan pejam mata rapat-rapat demi nak jaga cinta yang tak ada pengakhirannya.



So sebelum ramai lagi yang membuta kan mata dan hati meh lah sama-sama kita tengok what kind of relationship which doesn't last long. Betulll..jodoh di tangan tuhan but DIA benarkan kita merancang serta pilih yang terbaik. Jadi kita kena pastikan apa yang kita rancang berakhir dengan kebahagian bukan dengan air mata kedukaan beb. 

*bila baca balik macam nak nangis sebab ayat aku dah macam motivator LOL

5 Hubungan Yang Membawa Kegagalan

HUBUNGAN YANG BERTEPUK SEBELAH TANGAN

Bukan semua cinta  bermula dengan suka sama suka kan. Ada yang lelaki cinta mati dengan seorang perempuan and perempuan yang tergila-gilakan lelaki. Telefon lebih daripada sepuluh kali sehari. Waktu makan pun tak macam tu haih. Parah betul. Yelah. Sanggup berhabis duit untuk membeli hadiah yang vouge vouge dan banyak cara kau guna untuk tarik perhatian. 

Memang tak salah buat bendalah ni serious aku pun sokong tapi better benda ni jalan dua arah. Mean yang si dia kasi good feedback. What the problem is kalau benda ni berlaku untuk satu pihak je. Kau je yang syok kat dia tapi dia buat buat bodoh so impact dia hubungan ni tak berapa nak sihat sebab satu pihak mencintai bagai nak rak dan tak seimbang. Hubungan ini juga boleh berlaku atas dasr kesian je dan kesan nya sangat jelas yang hubungan ni tidak baik in future.


HUBUNGAN YANG BERMULA ATAS DASAR MEMBERONTAK TERHADAP ORANG TUA

Tengok tajuk pun kita dah tau roughly pasal apa. Kau tension kena kahwin dengan orang lain and then tarik mana mana lelaki or perempuan untuk tunjuk kat parent yang dia ni orang yang paling sesuai untuk dijadikan pasangan compared to pasangan mak bapak padahal..

Normally benda ni banyak berlaku dekat mereka mereka yang dikawal ketal oleh parent. Since his or her future mak bapak yang planned, hati terlalu marah and memberontak. Tekan sini kalau nak tahu solutionnya macam mana Hubungan yang macam ni mostly tak dapat restu mak bapak dan sangat pasti berakhir dengan kegagalan dan banyak sangat masalah timbul. Yelah kau kahwen dekat sungai golok. Mana ada sijil nikah LOL. 



HUBUNGAN YANG DIMULAKAN DALAM KEADAAN EMOSI YANG MASIH TERLUKA AKIBAT PATAH HATI

Ada sesetengah suka cepat cepat cari pengganti lepas putus cinta. For what? Aku tak pasti sama ada dia nak alihkan perhatian supaya tak kecewa atau nak revenge atau pun juga buangkan segala kesedihan. Entah. Benda ni selalu berlaku tanpa kita realize. Eh bukan kita tapi kau yang bercinta. 

So don't force yourself to build a new and serious relationship kepada orang yang baru patah hati. If hati orang memang dah tertambat, hah den tak buleh nak kata apa dah. Tapi sebaiknya tunggu sampai dia benar-benar dan ready untuk kembali loving loving dan ikhlas untuk appreciate cinta. Kalau nampak macam ragu-ragu. What are you waiting for? Just leave kalau tak nak kecewa.


HUBUNGAN YANG TIMBUL DARI RASA KEKAGUMAN YANG BERLEBIHAN

Okey contoh. seorang girl yang bercinta dengan lelaki yang satu masa dulu pernah jadi role model or idol nya. This is not good too. Normally orang yang kagum kepada pasangannya simpan harapan yang tinggi sebab ada satu gambaran kesempurnaan yang tiada tolok bandingannya KONONNYA. Hey sedangkan kenyataannya mana ada manusia yang sempurna weyh. Bukan yang mustahil si dia yang jadi idola tu boleh buat kesalahan one day and will dissapoint you dan dan mungkin dia akan berubah kepada orang yang selama ni kau tak suka. Hah amacam?

So akibatnya..apabila orang yang korang harap harapkan tidak seperti yang korang jangka maka..
hubungan ini akan perlahan-lahan retak dan mungkin hancur. Ni bukan doa tapi statement ok.



HUBUNGAN YANG BERMULA DENGAN CINTA TIGA SEGI

Yang ni aku suka. I LOIKE. Cinta segi hmm. Aku dah masak dah dengan benda ni. Ramai yang terjerat denagn masalah yang satu ni. Falling in love to people whom have someone else. Kononnya demi cinta sanggup dimadukan. Padahal dah jelas permainan ni sangat bahaya, merugikan dan benar benar salah. Ok senang senang kau kata tak nak payung emas ke? Belum kahwin bolehlah cakap. Bila dah kawen..ermm yelah. 

Dengar ye ini satu kesalahan yang besar dan di dalamnya akan terdapat luka, kepahitan, pembohongan dan penghianatan. Hah amek kau ayat aku weyh. Orang yang berani nak involve dengan kes ni biasanya dia akan repeat the same thing to his or her new couple. So sangat tidak mustahil yang dia akan tinggalkan korang macam mana dia tinggalkan pasangan dia orang sebab korang. So stop stop dan stop lah bermain dengan api dan carilah pasangan yang masih single and available..:D


Tengok mereka ni. Lovely couple bahagia aman sentosa

So sekarang korang dah tau apa jenis hubungan yang membawa kegagalan. Oleh itu jauhi lah hubungan-hubungan tersebut. Better jadi single lah tak ada masalah. Macam aku ni haih. 



Men are like shoes..
Some make you feel taller, some make you feel so small..

K bai


You Might Also Like

5 comments

  1. keadaan emosi yg msh terluka akibat patah hati :)
    nice >.<

    ReplyDelete
  2. Cintalah Allah. Sesungguhnya , cinta kepada Allah tidak akan pernah gagal. Itu yang pasti :)

    ReplyDelete
  3. syura..ahaha..:D
    Miss..so true..:)

    ReplyDelete
  4. betul belaka la 5 hubungan yang membawa kegagalan ni.. single is better drpd ambik org punya haish, yg kena ambik tu lebih sengsaranya, yg ambil hak org tu hepi la kot..

    ReplyDelete

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO