Jom Makan Dischi Volanti!

Wednesday, July 18, 2012

Assalamualaikum semua.

Firstly, aku nak kasi tahu semester 5 aku baru sahaja bermula dan dapat project yang akan dijalankan for the whole semester. We have to design center for worship and religious learning. Wish me luck guys. Full stop. 

Hari aku rasa macam happy. Rasa macam nak senyum memanjang je. Ada sampai masa hey hari ni aku tak boleh marah marah. Gelak je boleh. Yelah senyum kan sedekah tak ada maksud lain. Haha


Semua orang suka makan. Betul tak? Habaq kat cek sapa yang tak suka makan noh. Kalau tak makan mati. Sama ada kau setuju atau tak, makanan itu penting. Hah. Dischi Volanti. Pernah makan? Hah sudah. Binatang apa pulak ni kan. Actually it is kind of pasta. Macam spagetti or fettuccine, cuma lain bentuk. Masa aku merayap kat Tesco, aku terus beli since bentuknya yang quite unique and sophistificated KONONNYA. Ayat nak over je kan. Tapi serious kot dia memang unique.



Keunikannya APPROVED!

Dah beli nak buat apa? Ala faham faham jelah. Mesti nak makan kan. So aku masak. Lagi sekali sama ada kau percaya atau tak, aku masak. YA MASAK. Ala senang jer. Budak sekolah pun boleh masak. Aku pun tak tau apa dia punya nama resepi yang aku masak ni. 

Bahan-bahan

Holland union *
Garlic *
Bay leaf
Chilli (chilli flake pun boleh) *
Kiub ayam atau stok ayam
Cendawan Shitake
Mussle
Thyme kering
Blackpaper
Garam
* dicincang halus

Cara-caranya

Rebus Dischi Volanti tadi sampai dia masak. Sama macam korang masak makaroni or spagetti.
Panaskan minyak zaitun lalu masukkan bawang, garlic dan bay leaf. 
Kacau sampai naik bau dan masukkan mussle tadi serta cendawan. 
Biarkan dia masak then masukkan DISCHI VOLANTI (payah bebenor aku tulis perkataan ni).
 Kacau then masukkan seasoning, garam dan blackpaper. Tapi aku pakai blackpaper yang untuk buat chicken chop since dia dah ada perisa dalam tu. So yummy.
Masukkan cili yang dicincang halus untuk menaikkan seri dan masukkan juga thyme kering. DONE.



To those yang ada suggestion tentang nama resipi ni, boleh lah suggest. Jangan malu malu. Nilah hasilnya. Biasa-biasa je tapi serious sedap sebab adik aku yang kecil tu pun kata sedap. Kalau tak sedap konfem dia biarkan je sampai kering benda ni atas meja. Habis pulak dia makan. So siapa yang terasa nak buat, buat buat buat..jangan tak buat. Haha. Cooking level aku dah tiga setengah bintang ni. Proud of myself. 


Pakai heels berwarna-warni,
Tak dapat duduk kenalah berdiri,
Bulan Ramadhan sudah hampir kini,
Marilah kita sama-sama mempersiapkan diri...

Walaweyh aku berpantun weyh!

Sempena nak Ramadhan ni, saya Syaf dengan rendah diri ingin memberitahu to those yang ingin menolong saudara seislam kita yang memerlukan dana bagi kos pembedahan anaknya, Bakti Arjuna Fitri yang mengidap jantung berlubang..bukak sini to know more..=D

Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda maksudnya: 

"Sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya.


You Might Also Like

12 comments

  1. adoi..nmpk cam sedap la..!
    (sedap ke..haha..!)

    suami akak tu tekak melayu tulen la ..
    takde chance la nak try makanan cam gini..
    buat bazir je takde yang nak makan nanti..

    :D

    ReplyDelete
  2. Akak ..sedap no worries..cuba akak masak kasi try..:)

    ReplyDelete
  3. uhh ape benda tu?? nk rasa skit! :p

    ReplyDelete
  4. ijat..rasa rasa rasa jangn tak rasa..:D

    ReplyDelete
  5. piko..entah lidah lain2...sedap kot..:D
    nisa..oh nom nom nom..;)

    ReplyDelete
  6. nampak mcm sedap jer..tak pernah perasan plak kat TESCO..

    ReplyDelete
  7. gadisworls..lepas ni keep eye on this food. ..:D

    ReplyDelete
  8. sedapnye.bru tgok gmbr,tak rasa lgi nih.bak sikit ;)

    ReplyDelete
  9. hahaha. yg ko pergi bg link fynn jamal tu knape.. aiyoooo

    ReplyDelete

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO