Spaghetti Bolognese WEYH!

Friday, June 01, 2012

Assalamualaikum semua,

JUNE!!! At last. I'm waiting for you for a long time bebeyh.
Ok if May tagline aku let's spread love,
kita jadikan JUNE hmm..

 lets's tie the knot

Haha. Sesuai kot. Korang pempaham jelah. June je ramai orang je orang nak kahwin. Alasannya senang sebab budak cuti sekolah. Hey betul ke? Budak sekolah ke ko nak kahwin? Aku tak paham betul. Hmm entahlah..

Whoa dah hari Jumaat. Memang sepanjang minggu ni aku memang duduk rumah je. Apa? Aku tak bersosial? Oh c'mon guys home is the best place..


 Apa beza home dengan house? Korang pernah terfikir tak? Kenapa orang selalu cakap you can't go back home. Kenapa tak you can't back house. Cuba teka?

Pagi-pagi buta ni biar lah aku bagitahu. Home is a place where you have created a living untuk diri kita sendiri. Kat situlah kita carry the notion of comfort, security, love, happiness and the like. Kalau house pula, more to structure. You got what I mean right.

Ok entri aku pada kali ini nak share on how to masak spageti. Aku masak bendalah ni masa minggu last dekat Ukay Perdana hari tu dan guess what????  Oleh sebab aku sangat excited buat benda ni, aku pergi Giant Bukit Antarabangsa nak beli bahan dan dan dan DAN aku jumpa Shaheizy Sam! Dia tengah beli grocery dengan family dia. Dan aku rasa spaghetti ni lah aku buat yang paling sweet sweet gitu. Ahaha. Geli doe.



Di sinilah! Di sinilah!

Benda simple and aku yakin most daripada korang memang pandai masak bendalah ni. Kepada yang tak pernah masak, why don't you take some time and read?


SPAGHETTI BOLOGNESE 

Bahan-bahan
1 paket spageti (rebus sampai lembut)
400g daging kisar (aku pakai jenama RAMLY)
1 botol PREGO
 1 paket cendawan butang ( hiris nipis)
tomato ceri *
2 labu bawang *
seulas bawang putih (cincang)
1 cawan air
sedikit blackpaper
1 sudu oregano kering
3 sudu minyak makan
garam secukup rasa
daun bay kering
cheddar yang diparut
parsly (dicincang halus)
*potong dadu

Cara-cara
-Panaskan minyak. Then tumis bawang, bawang putih and bay leaf.
-Masukkan prego dan kacau rata-rata.Bila dah menggelegak sikit, masukkan daging.
-Masukkan tomato, cendawan,garam, air dan blackpaper.
-Kacau rata. Dah nampak macam menggelegak, kira dah masak lah kan.
-Angkat dan tuang atas spageti yang kita dah rebus tu.
-Tabur oregano kering, cheddar dan parsly


Untuk keju tu korang boleh guna any type of cheese. Aku biasanya letak mozarella sebab aku suka dia macam melekit-lekit dan bila tarik macam gam. Tapi aku tak ada stok tu, aku letak cheddar je.


Aku tak percaya gambar yang aku tangkap dan edit macam boleh letak dalam majalah LOL

You Might Also Like

2 comments

  1. Good write-up. I certainly appreciate this website.
    Stick with it!

    My web-site :: BobbieVYoungquist

    ReplyDelete
  2. Appreciate this post. Let me try it out.

    Feel free to surf to my blog post :: CammieUHinde

    ReplyDelete

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO