Aku Dah Boleh Kahwin KOT
Wednesday, January 25, 2012Assalamualaikum semua,
Tajuk entry aku tak boleh belah kan? Korang mesti tertanya-tanya pehal dengan aku kan? By the way guys, you know what, mak aku tak ada kat rumah selama seminggu. My parent pergi bercuti. Just imagine that aku kena jaga adik-adik aku kat rumah. My first thought OMG. I'M GOIN TO DIE. Aku kena ambil alih tugas mak aku. I'll become a housewife for a week. Just imagine that. Memang lah adik-adik aku dah besar paling kecil pun darjah enam.
Tapi best kot. Semua kerja rumah dia orang buat. Aku kira macam MA'AM BESAR la kat rumah tu.
ADIK! Sapu rumah!
ANGAH! Pergi sidai kain!
ANIS! Pergi siram bunga!
Macam autokrat pula aku ni bagi arahan bagai. Dengan kuasa mutlak yang aku ada, semua benda mereka buat. Aku cuma masak je. Ini bukan penderaan atau penindasan atau pembulian yang dasyat. Aku cuma nak dia orang jadi orang yang berdikari. Alah, mak aku pun buat benda yang sama.
The main point is aku dah pandai masak.. sikit. Beruntung betul sapa dapat aku kan. Kan. Kan. Girls yang di luar sana, in order to attract boy's attention, cooking is the most effective way! Korang kena pandai masak. Baru lah lelaki boleh terpikat.
Semasa bapa dan ibuku meninggalkan kami sendirian..*ayat nak sedih je* aku masaK benda yang aku langsung tak expect nak masak. Benda semua dah ada, so jalan jelah. Selama dua puluh minit aku kat berperang kat dapur, aku baru perasan yang aku dah menghasilkan sup ayam! Walaweyh. And feedback daripada adik-adik aku pun bagus so apa kata aku share dengan korang
- mestilah AYAM. Takkan unta pulak
- BAWANG PUTIH. Depend pada korang. Aku letak banyak-banyak memandangkan rumah aku ada banyak garlic. Kalau nak sikit datang la rumah aku.
- HALIA. Lagi banyak lagi sihat.
- BAWANG BESAR. Aku guna untuk menumis.
- BUNGA LAWANG. Tak kenal? Pergi tanya mak korang.
- KULIT KAYU MANIS. Menyedapkan rasa yang dah sedap.
- SUP BUNJUT ADABI. Terbaik kot!
- KENTANG & CARROT. Nak kasi sup aku berwarna-warni bak pelangi.
- LADA PUTIH. Kasi pedas meyh.
- DAUN SUP. Biar wangi sampai rumah jiran (jiran aku sebelah kanan banyak anak lelaki kot. Peluang jangan disia-sia kan *wink *wink)
- Tumis bawang, bawang putih, bunga lawang, kulit kayu manis dan halia. Kacau sampai naik bau.
- Masukkan air, sup bunjut dengan carrot memandangkan carrot lambat masak.
- Dah mendidih masukkan ayam, kentang, lada putih dan seasoning. Korang pandai-pandai lah agak dia punya garam bagai.
- Dah naik bau sampai jiran datang jenguk, tutup api dan tabur daun sup. Letak lah bawang goreng biar menyerlah. Sebabkan jiran tadi dah datang. Aku pun cakap, AMBIL LAH AWAK, BAGI IBU AWAK RASA OKAY. Yeww. Sumpah gedik kot. Menyampah aku.
2 comments
amboiii...
ReplyDeletebuatlah weyh..gerenti sedap..ohoho
ReplyDeletekomen je. Tak kena bayar pun. OHOHO