Assalamualaikum semua.
Siapa yang tak nak kulit cantik cakap dengan aku. Semua orang nak.
Kulit gebu macam Lisa Surihani. Halus macam baby. So cute. Bukan halussss yang
Harith Iskandar cakap kat iklan nescafe tu ya. Aku bagi tips ni bukan sebab
kulit aku cantik. Aku ni bukannya cantik pun. CUIT. Astagfirullah. Semua
makhluk yang Allah cipta semuanya cantik-cantik belaka so aku ni cantik lah
kan. Cukup-cukup la tu SA. Aku tak cakap la kulit aku cantik, mulus bagai kan
tapi apa salahnya kita cuba try test tips ni sama-sama okay.
Segar!
Mari mulakan pagi kita yang indah dengan
minum segelas jus buah-buahan yang segar. Setiap hari perisa yang berlainan. Wah
heaven gila.
Sayangi diri
Elakkan diri daripada berada ruang perokok. Uwekks. Sesak nafas kot.
Lebih baik habiskan masa bersama-sama member intan payung kita. Tengok wayang
ke tapi gossip nahhh...
Sedapnya salad buah-buahan
Ciptakan salad buah-buahan kaya dengan serat dan antioksida yang
tinggi. Contoh anggur, blueberry dan banyak lagi. You can mix it together with
honey and you can squeeze a lemon too.
Krim pelembab
Setiap kali keluar rumah, make sure pakai
pelembab supaya kulit kekal lembap dan sihat sentiasa.
Bersenam
Jangan malas bersenam! Kalau korang tak ada masa, jalan kaki atau turun naik tangga pun tak apa. Kalau tak pun korang pergi parking kereta jauh-jauh then jalan ke tempat korang nak tuju. Bagus tak idea aku?
Avoid it!
Makan fast food. Tak boleh sebenarnya walaupun pahit, kita mesti
terima untuk sahut cabaran kulit cantik. Try makan makanan yang segar di dalam
menu diet korang. Contoh sayuran dan buah-buahan walaupun tak kenyang!
RASA macam nak
masuk je kan. Jaga kaki anda. Anda kan nak kulit cantik..
Spa
Manjakan diri anda di spa! Badan kita mesti segar bugar punyalah
Ajak member kita lepak kat rumah
Hidangkan member kita pelbagai jenis
makanan yang berkhasiat. Satu kelainan kan? To those yang tahu lokasi rumah
aku, datanglah. Aku kasi korang epal sorang satu sambil sahut cabaran jom
miliki kulit sihat! (tak pepasal korang terlibat HAHA)
Tanggalkan segala kotoran
Hilangkan sel kulit mati dengan skrub. Lakukan seminggu sekali
okayy.
Omega 3
Contohnya ikan salmon dan walnut. Bukan je
boleh prevent cancer cell bahkan boleh turunkan kadar obesiti dalam badan! Tahukah
korang yang tekstur ikan salmon akan jadi sangat lembut bila kita titiskan
perahan lemon. Korang boleh makan tanpa masaknya aduhai!
Rileks
Korang stress? Aku pun sama. Dateline untuk aku submit drawing aku
dah nak dekat! Wargh! Tapi tak apa. Rileks. Mari kita cuba kawal tekanan kita.
The better way is listening music atau tidur!
Yang aku bold ni memang feveret aku.
Lakukan facial sendiri
Jimat kot. Tundukkan kepala di permukaan
besen yang telah diisi dengan air panas. Then, tutup kepala dan ruang udara
dengan tuala. Last sekali, sapu muka dengan krim malam.
Minum lebih banyak air!
Of course bebeyh. At least lapan gelas. Coke? TAK BOLEH BIB! Sapa
BIB? Ntah aku main letak je nama tu. Kalau ada yang baca bernama Bib. OHOHO.
Maaflah. Jika muka korang rasa kering, semburkan muka korang dengan facial
spray. Macam mak KIM JOO WON DALAM SECRET GARDEN. SMELLL~~
Bangun awal
Hah, Ni yang aku payah ni. Aku yakin korang pun sama kan. Tapi you
have too. Dah bangun pergi buat yoga. Tak pandai? Belajar dari yang pakar.
Pergi holiday!
Ambil masa korang untuk bercuti. Tak kisahlah seminggu ke, sebulan ke atau setahun sekali. Mesti lagi bersemangat lagi lepas cuti.
TAK NAK!
Katakan tak nak pada merokok.
Kurangkan ye..
Kurangkan garam dan makanan yang masin
sebab boleh buat muka kita jadi sembap.
Cuci wajah
Sebelum tidur, make sure basuh muka korang supaya bersih dari
sebarang makeup dan juga debu.
Toksin
Singkirkan toksin dalam badan korang. How?
Dapatkan bantuan dari yang pakar. For sure badan korang lepas ni ringan dan
sihat.
Cleansing milk
Usually untuk kulit kering sepatutnya bersihkan muka dengan
cleansing milk,urutan lembut dan sapu dengan krim pelembap. Pilih pembersih
dengan pH balanced dan non detergant.
JOM KITA RAMAI-RAMAI MENJAYAKAN KEMPEN CANTIKKAN KULIT.
Hoyeahhhh..AJAJA FIGHTING!
SEMANGAT aku terus berkobar-kobar tengok
Dennis Oh kasi semangat. Tak boleh hampakan dia ni. OHOHO
- Thursday, January 26, 2012
- 39 Comments