Cara Untuk Stay in FRIENDZONE

Wednesday, December 21, 2016

Assalamualaikum semua.

Dengar cerita dah salji. Betul ke?

Erm. Hari ni bosan. Bangun awal gila ingat nak study sebab final next week tetiba baru ingat nota history architecture tinggal dekat USM. Pastu bukak laptop ingat nak cari nota pakai internet lepas tu terus merewang ke youtube. 2 jam terbukak movie pasal lelaki kena friendzone. Tiba-tiba aku jadi marah. Marah sebab lelaki bongok dan perempuan tu pun bangang. The heck kau ikut cakap perempuan tu padahal dia tu selalu menyusahkan kau. Dengan perasaan marah yang membuak-buak aku pun tulis lah entry ni. Ahaaha.

Ada tak kat sini girl yang suka kawan dengan bukan makhluk sejenis korang?
Maksud aku lelaki. Mengikut penilaian aku kebanyakan perempuan ada kawan lelaki. Sikit je aku tengok girl yang tak berkawan dengan lelaki. Boleh dikira. Tapi masalahnya disini, lelaki ni mudah perasan weyh. Asal ada perempuan rapat sikit mulalah dia start perasan. Terus cakap, "Aku rasa awek ni suka akulah," Pastu mulalah ajak keluar and then last last kena friendzone.

Kat sini aku nak share lah supaya tak bagi false hope dekat lelaki dan jadi bongok macam perempuan yang aku tengok dalam cerita kat youtube ni. Nanti aku jadi marah.


Tell Him Indirectly

"Tak paham ke kau buat macam mana aku tak suka kau la.."

Girls, kalau korang rasa dah ada sign dia ni macam suka kat korang boleh lah rasanya start bagi sign kat dia orang pulak yang korang tak suka dia orang. Hah gituu. Ahahah. Jangan nak mengada bagi false hope kat lelaki. Jangan expect langsung yang lelaki tahu apa yang ada dalam kepala perempuan. Most of them do not know how to predict girl's feeling.

So kalau tak mampu bagitahu secara direct, takut dia terasa hati, boleh try secara indirect. Macam mana? Cakap pasal another hot guy in front of him. Selalu cakap pasal future dan jangan masukkan langsung nama dia dalam future planning kau. Kalau nak sangat masukkan cakap macam ni, "nanti kalau aku nak kahwin, kau jadilah dulang boys kayy?" ataupun "Nanti kau boleh lah lepak-lepak dengan bakal husband aku, aku harap korang sekepala.. (giggle)"
Ya. Something like that. Try supaya korang tak bukak love love tu dalam friendship korang.


Trust

Korang pernah nampak tak kat shopping complex ada sorang lelaki hensem gila then diapit orang 4 orang perempuan. Jalan pergi shopping. Jalan pergi makan-makan. Jalan pergi karaoke. Masa tu korang pi merewang tengok wayang masa study week. Ingat tak? Ahaha. Sama ada kau percaya atau tak kempat-empat perempuan tu langsung tak ada perasaan kat lelaki tu dan lelaki tu pun sama. How? Macam mana perempuan tu betul-betul tak ada perasaan langsung kat lelaki tu?

Kalau korang nak tahu, lelaki dan perempuan hanya akan berkawan baik kalau dua-dua set their mind into friendship. Perkenalan bukan bermula dari, "Hai nak kenal boleh?" So, jangan aim nak cari kawan lelaki. Biarlah lelaki tu datang tanpa diduga dan menjadi kawan baik  korang tanpa korang perasan. Kalau salah sorang dari korang ada perasaan at the first place, the chance untuk korang berkawan tanpa ada apa-apa perasaan susah sikit. It's possible actually tapi ia memakan masa yang agak panjang.

Earn the trust.


Friends With a Married / In Relationhip Guy Won't Help

"Aku teringin nak kawan dengan lelaki. Aku ingat nak cari yang tak available lah. Nanti cari yang single dia suka kat aku. Baik aku cari laki or pakwe orang lain"

Bullshit. 
Actually this won't help much. Kau kawan lah dengan sesiapa pun, kalau kau dah cross the friendship line, confirm lelaki akan dapat false alarm. Most of the time perempuan memang suka kenalkan boyfriend dia kat kawan kawan perempuannya yang lain. Then korang pun kenal-kenal. Lepas dah kenal, then borak borak. Lepas borak lepak-lepak. Kawan korang tu bukan kisah pun tunang dia borak dengan bff dia. " Dia ni bff aku. Takkan dia nak rampas tunang aku kot."  Tetiba hati lelaki berubah arah. Kemudian dia minta putus dengan kau. Then kau dapat tahu dia nak kahwin dengan orang lain. Orang lain tu bff kau tadi.

Well, even dah kahwin pun boleh cerai. Pastu kahwin dengan kawan baik isteri. Tapi kenapa tak ambill jadi isteri nombor dua je. Isteri mesti happy sebab bff jadi madu. ==
Konklusinya, jangan sibuk nak berkawan rapat dengan laki or bf orang. Unless, kalau kau kenal dia sebelum dia ada isteri atau gf.


Do it As a Friend

Kau dapat tahu member korang sakit. Then cepat cepat pergi rumah dia bawak ubat. Err bad move girls. Confirm dia akan salah faham. Pastu marah bila dia confess dia suka korang. Okey. Contoh lain. Next week birthday kawan lelaki kau. Dia nak hadiah. Kau pun excited pergi buat baju melayu handmade yang teroverlah specialnya. Please. Lagi parah kalau pattern baju melayu yang kau buat sama dengan pattern bajuu kurung korang. Bad move. Bad move. 

Perempuan. People. Girls. Don't over do it. Kalau macam nak kasi special pun tak payahlah nampak obvious sangat. I mean if you're really treasure him as a friend. Buatlah masak masak sikit. Makan makan sikit. Panggil member member yang lain. Baling tepung ke ataupun baling apa yang patut, buat sama-sama. Kalau lelaki tu ajak keluar berdua, then minum minum then tengok wayang, then malam malam whatapps, then be careful girls. He's stepping out of his friendzone. 
1 guy + 1 girl = Hardly become friends.


You Know He Likes You? Then Get Out of His Life

Let say satu hari ada lelaki datang dalam hidup korang dan confess. Lalu kau pun reject dia. Kau kata kita ni jadi kawan jelah. Ahaha. No. No. No. Bila kau terima untuk jadi kawan dia, korang dah masukkan diri ke dalam perangkap, giving the false hope and false alarm. Dengan kata lain, kau umpama kasi peluang kat dia untuk pikat hati kau. Day by day dia akan buat semua apa yang kau suruh dengan harapan dapat pikat hati korang. This kind of friendship, not gonna work. Kalau korang guna cara yang betul pun, korang akan buat dia rasa "Damn, dia friendzone aku!"



Anyhow, betapa rapatnya korang dengan lelaki, jangan layan dan percaya mereka langsung 100%. Tak kisahlah dia adik angkat korang ke, abang angkat ke, scandal korang ke, just.. don't take it for granted. They are cannot be trusted creature ever. Ayah aku cakap benda yang sama. Sepupu aku yang lelaki semua cakap benda yang sama. Baik kawan dengan perempuan. 


Dah dah. Study. Aku baru ingat aku ada download nota hari tu pfttt.


You Might Also Like

4 comments

  1. so truuuueee. gatai nak pi kenalkan tunang kat bestfriend dia tu pasaipa. kan dah kena stabbed back.

    ReplyDelete
  2. tell me more abt this frenzone things plss

    ReplyDelete

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO