HIN BUS DEPOT ART CENTRE, PULAU PINANG

Saturday, January 02, 2016

Assalamulaikum semua,

Entry tahun baru. Rasa awkward. Update awal sangat. 
Hari ni hari Ahad and happy weekenders semua! Azam tahun ni aku nak rajin gila-gila update blog sampai korang termuntah nak baca. Ahhaha. Aku nak ulang balik last three years. Time tu hidup aku hanya blog. #eh 


Hin Bus Depot Art Centre ni merupakan tempat tarikan terbaru dekat Penang. Kalau korang perasan, tempat ni semakin famous di instagram dan menimbulkan banyak tanda tanya yang bukan tinggal di Penang. Lokasi tempat ni agak jauh dari street art. Kalau nak cari tempat ni kena pakai waze. Korang akan keliru sikit tapi berbaloi kalau sampai kat sini.

Sejarahnya, tempat ni sebenarnya bangunan warisan yang terletak hampir dengan Komtar. Ia milik Syarikat Hin dan telah digunakan sebagai depot bas. Tapinya, perniagaan ni tak dijalankan lagi sedekad yang lepas. Bangunan ni mereput sehingga baru-baru ni diberi nafas baru sebagai ruang seni untuk exhibition. Pameran yang pertama ialah pameran solo Ernest Zacharevic, artis yang promote mural kat Penang. Tempat ni macam pusat seni kontemporari yang bertujuan untuk support lah generasi baru artis kontem ni untuk salurkan kreativiti.

Tapikan bagi aku tempat ni hipster gila la. Aku dah pergi dua kali. Malam dengan siang. Berdekatan dengan tempat ni ada dua cafe yang boleh kan korang merasai kehidupan hispter yang tengah famous sekarang ni. Satu Bricklin Bar Cafe dan Tavern in The Park. Memang cantik gila. Hirup latte art kau sambil tengok orang jamming. Hmm. Kelas kau Jah. Tapi itu depend on activity apa yang ada waktu kau hirup latte kau tu.

The entrance.

Dalam ni dia ada dua part. Satu dia exhibit indoor and the other one exterior. Kalau belah indoor dia banyak pamer lukisan-lukisan macam tu. Kalau kat luar dia ada banyak mural kat dinding. 


The exterior. 

The interior. First exhibition


Ok cukuplah kita asyik letak gambar orang je. Alasan aku ambil gambar orang, gambar aku tak lengkap. Sebab masa tu ramai gila orang memang gambar tak cantik kalau banyak figura ni kan. Haih. Layaaan.

Fiercely talented and I think Mr Tigre is a Sarawakian!

Everybody  was kung fu fighting~~~

The tiger seems real. Hanim. Baju kau masuk dengan gambar tu. Wakaka.

Tavern in The Park!
You know what, they are popular with their Crostini. Gambar pergi google. Aku dah rasa but gambar macam tak havoc sangat kalau nak tunjuk sebab lighting tak berapa best sebab masa tu hari tak berapa nak ok sebabnya hujan lebat bukan mahen. Berapa banyak sebab dah.... Marah cikgu bm aku. Hai ustazah Rafizah..hehe. No worries dia halal sebab pekerja dia melayu kot.

Zoom in sikit. Dia punya style macam ala-ala cottage.

The day we came here, ada photoshoot. Aku dah pening sebabnya aku duduk atas buaian tu dulu. Bila lah dia orang ni nak habis. Hanim, roomate aku main tangkap je. Photographer dia sebelah aku je. Well the picture turned out like drama cover. Kau tak rasa macam tu ke?.. Ahaha. Cumanya lelaki yang pandang sini tu hmm macam tak best. Let say we put someone more slimmer, well it's done.

Dia orang dah tak ada. Gambar jadi dengan jayanya.

Akhir kata kalau mai Penang, datang lah tangkap gambar kat sini.

Sebagai ucapan untuk tahun baru ni, memandangkan umur yang semakin meningkat, aku akan cuba untuk menjadi yang paling matang dalam kalangan kawan-kawan hmm dan mempunyai wawasan yang tinggi. Dulu masa 10 tahun yang lepas aku berangan-angan untuk berkahwin pada usia 25 tahun. Tapi masalahnya tahun tu semakin hampir bila aku tak nampak langsung yang aku akan berkahwin pada masa tu tersebut. Jadi aku perlukan doa dari kalian semua. Ahaha. 
I want 2016 for happiness. Happiness for myself, friends and family, my beloved readers, animals, plants, aliens. Yeap just happiness and more colours to it.

P/s : From now on, aku kena kawal nafsu dari segi menerbangkan duit sebabnya, 2016 nak kena pakai banyakkk duit..;D



You Might Also Like

13 comments

  1. nampak unik sangat tempat ni. teringin nak pergi tapi tak pernah sampai Penang lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin faktor d jauh sikit kot dr main attraction. Tak apa pergi next time ok?

      Delete
  2. Pernah nak cari tempat ni. Tapi tersampai dekat padang brown. End up balik hotel sebab dah malam. WAkaka. Nice entry!

    ReplyDelete
  3. Doa? Kahwin? Dah ada boypriend ke nak kawin? kahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh Adi! kemahenn bahan aku kan. Carikanlah. ahahahahahhaha

      Delete
    2. Sebulan kau reply komen aku. Eh tak payah cari jauh. Depan mata dah ada.

      Delete
    3. ahaha. Tak perasan. Buzy sangat. Depan mata? Siapa? Kau?

      Delete
  4. Bestnya. Rasa macam pergi sini...

    ReplyDelete
  5. Bestnya. Rasa macam pergi sini...

    ReplyDelete
  6. asal aku x pnh pg pn tmpt ni.. =_="

    ReplyDelete

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO