JANGAN BAGI HARAPAN PALSU KALAU TAK SUKA

Thursday, December 24, 2015

Assalamualaikum semua.

Salam Maulidul Rasul semua  :D

Gambar yang diambil dua tahun yang lepas. Ahaha


Bertepuk sebelah tangan tak bunyi  kan? Erm siapa yang pernah terlibat dengan tepuk tepuk ni..? Baru-baru ni kawan aku ada terlibat dengan benda ni dan aku rasa tak sepatutnya lah. Bagi aku kalau kita tahu yang orang tu macam nak try kita erm.. maksud aku nak suka kat kita, better jangan bagi harapan, terus terang je. Yang selalu memberi harapan tu selalu tak sedar yang sebenarnya dia telah beri harapan kepada yang memang dah ada perasaan dekat dia dan mengharapkan cintanya dibalas.


 KONGSI MASALAH


OHEMGE.. dia cari aku!!!

Ok. Look. Kau dah tahu dia suka kat kau kan. Jangan la sibuk nak kongsi masalah. Eh la. Luahkanlah masalah kau kat bestfriend kau ke kucing ke tak pun pokok bunga depan rumah kau. Kalau kau kongsi masalah dengan dia, dia akan ingat yang kau ni sangat memerlukan dia. Dia akan jadi sangat teruja dan dia akan rasa kau ni dah macam suka dia banyak sikit sikit. Hah camtu. Semangat dia membara nak tolong selesaikan masalah kau supaya dia nak kau tahu yang dia sentiasa akan ada untuk tolong kau. Once kau luahkan kat dia, kau dapat rasakan yang dia ni macam kau punya backbone untuk berdiri. Hmm. Macam over pulak. Ok tak pe. Heh lagi lah dia terus mengharap.


TERIMA HADIAH DARIPADA DIA



Kata tak suka dekat dia. Kan. Tapi kenapa terima je hadiah dengan tangan terbuka?
Setiap kali dia bagi hadiah mesti kau amik je. Well la ada orang kata, 
eh orang bagi tak akan nak tolak kan? 
Hmm yelah rezeki orang bagi takkan nak tolak kan. Tak amik rugi. Pftt. Bila kau amik dia akan rasa yang kau ni dah terima cinta dia. See. Kau bagi dia harapan. Dia yakin confident habis yang kau ni akan jadi milik dia. Kemonlah. Tak ke kecewa budak tu nanti bila dapat tahu kau ni tak suka dia. Tapi kan kalau masa kau dapat hadiah tu kau tolak, eh tak bolehlah saya tak nak terhutang budi dengan awak. Then dia cakap, eh he eh tak tak saya ikhlas nak bagi dan saya langsung tak mengharapkan balasan (kononnya) itu maksudnya tu rezeki kau buddy. Ahaha.


LAYANAN

What the fish..

Kata kau anggap dia macam biasa je. Tapi apa semua ni. Aahaha. OVERCARING. Kau beriya caring lagilah dia berbunga-bunga. Well. Caring. Yes, you care to your friend i mean kawan biasa tapi janganlah buatlah dia berperasan tahap gunung. Layan jelah macam biasa-biasa. Make it simple kan boleh. Asalkan kau tak buat dia terperasan dan end up kau pecahkan hati dia. Hmm. Layan je macam biasa. Walaupun dalam hati dia ada sikit-sikit perasaan yang tertinggal, lama-lama dia akan move on.


SAYA TAK READY


Perkataan ni selalu diungkapkan. You know what, bila kau cakap yang kau tak ready, automatik dia akan fikir yang ok mungkin bila kau dah ready nanti kau akan terima dia. Dia pasti akan tunggu hari itu. Perkataan tak ready tu penuh dengan harapan. Erm. Harapan palsu. Bagi dia tak ready tu bermaksud.. give me some more time to have a commitment. Okok. Let say sepanjang dia tunggu bila kau nak ready kan, kau tetiba kapel dengan orang lain. Macam mana dengan dia. #angkatkening


BERMAIN MATA

Senyuman dari tingkat satu. Gila sapa tak cair.

Kau terjumpa dia kat dekat depan library pastu kau buat muka yang paling manja sambil pandang muka dia tanpa berkelip. HAHAHA. Weyh. cara kau pandang tu buat dia rasa yang kau ni suka kat dia dowh. Lagilah dia tak boleh lupa senyuman kau dan terkena satu penyakit yang sukar dibendung. Hah. Angau. Tak ke angau orang tu. Mandi tak basah. Makan tak kenyang. Tersenyum sorang-sorang tak pasal. Buat muka rilek je. Muka muka blur pun tak apa asalkan tak buat dia mengharap.

Korang tak ada rasa apa-apa ke buat benda cenggini..?? Kesian weyh kat dia orang. Hati macam dicarik-carik. Pedih je rasa like kenapa bagi hint kalau tak suka. Tetiba kau keluar makan dengan perempuan lain caption memang kau nak bagi tahu satu dunia kau ada awek. Hmm. Well itu contoh. Contoh je. Kalau rasa tak suka, sila lah terus terang. It's good if you're tell them, rather than allow them to live a lie, and give them a false hope.

Hah ni gambar tiga hari lepas. Aahaha





You Might Also Like

3 comments

  1. Kita suka kat orang. Orang tak suka kat kita. Bertepuk sebelah tangan ni sakit..

    ReplyDelete
  2. Saya lelaki pun pernah kena dan alami sakit dia mcam mana

    ReplyDelete
  3. Saya pn pernah kena dan alami sakit dia mcam mana

    ReplyDelete

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO