TEMPAT DATING DAN KARAKTERNYA??

Sunday, March 02, 2014

Assalamualaikum semua.

Hi lama sungguh kita tak bersua hihi. Terlupa pula yang aku adalah seorang blogger. Lama tak menyembang dengan korang semua. Amacam sehat? Kalau aku takde kat blog ni, korang boleh le cari aku kat instagram. Ai…promote instagram sendiri nampak wahaha.

Ok kita bersua lagi dengan topik.. TEMPAT DATING DAN KARAKTERNYA??
Semalam kawan aku kawin woi. Tu yang aku terdetik nak post pasal cinta setelah sekiaaannn lammmaaaa nya.



Entri untuk kawan aku yang kawin tu nanti aku post. Apa yang penting sekarang ni. Well kalau korang nak tahu, tempat yang boyfriend korang selalu bawak tu sebenarnya ada maksud. I mean more to his characteristic. Haha. Aku berjaya observed selama seminggu melalui pengalaman kawan-kawan aku. Heee. Tapi ni yang aku rasa. Tapi kalau aku salah korang boleh je banned aku. Tapi tu macam kasar sangat tak? Errr. betulkan lah biar sedap sikit. Hati aku sentiasa terbuka menerima teguran. InsyaAllah.


TEMPAT OUTDOOR YANG EKSTREM


Yang..yang... Ahad ni kita pergi Damai Wall nak buat Rock Climbing tau yang..
*sweet aww

Pergh dia ajak awek gi rock climbing kau. Ok. Ya OK kalau awek dia jenis sports. Kalau yang gediks gediks takut gigit nyamuk memang taklah kan. Ok itu bukan masalahnya. Masalahnya apa karakter lelaki itu. Biasanya lelaki or boyfriend yang cenggini sangat mementingkan kesihatan. Alhamdulillah. Risiko untuk mendapat penyakit sikit tuuu. 

Dia lebih gemarkan hubungan yang sihat. Maksud aku selam selam minum air. Dia boleh spend time dengan korang dan enjoy hobinya at the same time. Bagi dia orang bercinta bercinta gak tapi kesihatan pun kena jaga. Dia orang ni cerewet sikit. Ok ada satu artis yang aku teringat. KIM JONG KOOK. See dia kan cerewet dan ada kepala angin sikit. Kalau korang layan dia baik-baik, dia pun akan baik. Seorang pemimpin yang pandai menyorokkan perasaan kalau sedang bersedih.



MELANCONG / BALIK KAMPUNG 


Yeaahhhh kami berdua dia Parisss..
*caption di Instagram

Err Paris ni rasanya macam jauh sangat kan. Ok kita ambil contoh Pulau Indah. APA? Bukan tempat melancong. Tak kisah lah mana-mana pun. Huntung kot dapat boyfriend yang macam ni. Ceh jeles lettew. Tapi korang kena jaga batas pergaulan okay bila berjauhan dengan family. Jangan pegang sana pegang sini. Harooommm...

Mereka yang suka ajak korang melancong ni biasanya dia orang memberi komitmen yang tinggi kat korang. Uuu. Bila bercinta dia serius. Sangat setia mungkin dan sanggup buat apa je untuk korang. Nak berlian 24 karat? err. Kau kena faham ekonomi dia lah. Okay trust me, kalau dia suka ajak korang bercuti ataupun balik ke kampung dia percayalah percayalah yang dia orang nak habiskan masa dengan korang.


MAKAN MALAM 

Malam ni kita dinner kat AR BISTRO tau, I nak tengok Chelsea lawan Arsenal. 
*whatsapp inbox

Aim high huh?

Sangat tidak dapat dinafikan lagi yang lelaki yang suka ajak korang dinner sangat romantik dan gentleman. Kedai mamak AR BISTRO Seksyen 15? Err. Lupakan kot. Maksud aku yang macam gambar ni. Hehe. Berusaha untuk kenal dengan korang lebih dekat dan sukakan hubungan yang slow dan steady. Dia orang ni bukan jenis yang suka mendesak so korang akan rasa selsa dengan dia. Jangan terkejut kalau korang dapat sejambak bunga ros purple (ya aku tahu rare, tapi itu tanda dia berusha nak cari yang rare..kahkah) dan nota get well soon sebabnya dia takut kalau korang sakit..


TAMAN

Awak awak..awak ni umpama bunga ros yang mekar dalam hati saya, jom kita pergi taman bunga. Kalau awak ada kat sana lagi bunga kat sana menjadi mekar.. *wink 
Muntah sat

 Err aku rasa kau salah tempat ni weyhhhh.. AHAHA

Well, inilah yang dikatakan mamat romeo yang dalam hatinya ada taman. Sangat mencintai alam sekitar. Hmm. Lelaki macam ni suka sangat di beri perhatian dan dimanja. Kadang-kadang selfish juga dan susah gile nak discuss. Salah cakap sikit nak merajuk, tarik muka. Memang lah dia cemburu dan cemburu tanda sangat sayang. Tapi kalau asyik jeles ini boleh menimbulkan keannoyingan. Erk. Betulke ayat aku ni? 
In his mind you're belong to him.


TEMPAT BERSEJARAH 

Hmm kita date kat sini nak? Biar kota ni  menjadi saksi sejarah cinta kita.. 
*SKYPE

Ahaha. Sweet angat angat. Sangat EVERGREEEN gittuw. Maybe for some guys it's really LIKE WHAT? BORINGNYAA tapi lelaki macam ni sebenarnya menyeronokkan dengan cara old school. Kalaulah korang faham jiwanya konfem korang adalah pasangan yang sangat sempoi tanpa ambik peduli apa kata korang. You're loving each other with your own way.


SOCIAL MEDIA 


Lelaki macam ni biasanya power kat alam siber jer. Tapi when it's back to the reality, bukanlah sesiapa pun. Kadang-kadang perangai mereka sedikit menjengkelkan dan sangat poyo. Jumpa tak nak. Pastu nak mintak kapel. Gambar entah betul entah tak. Lebih selesa berdiri di belakang rather than berdiri di depan. Bahaya. Siapa kata tak bahaya woy. Kata cinta meh jumpa lah kan. Nampak sangat tak serius pastu tak nak terikat dengan komitmen.

Itulah tempat yang aku list kan. Ada banyak lagi tapi cukuplah buat malam ni. Tapi ingat tau. Dating-dating juga. Jaga batas pergaulan. Aku bukan apa sekadar mengingatkan. Jangan berani tipu parents lagi-lagi budak sekolah. Kata nak beli buku tapi pergi tempat lain dengan boyfriend. Allah marah. Akak tak apa ye dik. Akak long dah matang….er matang lah sangat.


Yang paling penting uallsss, bila dah kapel don’t you ever left your friends behind. Too bad if you do that.

You Might Also Like

8 comments

  1. AR BISTRO tu mcm ade kene ngena je...ade sweet memories ke?

    ReplyDelete
  2. the mjpd..well ehem
    afiqah.. hehehe entah ye kot..:P

    ReplyDelete
  3. aku dalam kereta je.. so how?

    ReplyDelete
  4. Me..dalam kereta still ada tmpat pegi kan?..hehe takkan masuk kereta cakap2 balik..ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde dalam list kau pon?
      hoho..
      tapi sekarang x
      takde dating2 dah. tunggu calon lain.. haha

      Delete
  5. Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  6. Wow that was strange. I just wrote an very long comment but
    after I clicked submit my comment didn't appear. Grrrr...
    well I'm not writing all that over again. Anyway, just wanted to say wonderful blog!


    Also visit my page ... AmieeQStockfisch

    ReplyDelete

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO