JOM JADI RATU KEBAYA DALAM SEHARI WOHOOO..

Thursday, August 08, 2013

Assalamualaikum semua..


Malam semalam aku tengok cerita Harry Potter yang ketujuh dekat HBO. Bila flashback dari HP yang pertama aku rasa macam wah aku membesar bersama semua cast dalam cerita tu dan sekarang aku dah 21..T.T

WOY. Raya woi. 

Rasa macam bagus sangat sebab aku update blog minggu pertama puasa, pertengahan puasa time bulan mengambang dan sekarang. Bagus baguss adeh. Aku sebenarnya buzy cari duit lebih. Bulan puasa bulan cari pahala dan rezeki ye dok? Tapi Ramadhan telah pergi. Gembirakah kita? Really hope that jumpa lagi Ramadhan tahun depan itu pun kalau umur panjang lah.

Ya ya ya


Esok raya dan of kos lah you'll eat a lot that day. Rendang, ketupat, lemang, kuih, muih? eh? Hah dan terbukti banyak yang naik berat badan lepas raya. Cuba try tahan nafsu. Makan sikit je. Kalau datang rumah orang just minum air je. Agak-agaknya boleh tak? Hmm kalau aku tak boleh. Hey yelah raya kan setahun sekali je. Setahun sekali je kot jumpa pakej-pakej ni rendang, ketupat, kuih raya dan duit raya. Errr. Aku sedih bab yang last tu. TSK TSK.

So makan banyak sampai tak ingat dunia so as a result kebaya yang korang pakai first raya tak muat nak pakai  untuk minggu depan punya open house. Kan sedih tu. Aku tahu kau tak beli kebaya. Ya peplum. Aku pilih kebaya macam best sikit. Mari kita sama-sama #SAMASAMA ya cuba tips ni.


CUKUPKAN TIDUR

Either you believe or not, tidur 5 ke 8 jam dapat kurangkan lemak. YES. Kurangkan lemak. Mudah dan aku tahu ramai yang sukaaa sanngggaaaat. Fakta ni based on satu teori yang mengatakan tidur yang kurang akan pengaruhkan korang punya hormon pengawal selera. Make sure korang jangan terlebih tidur ataupun kurang tidur sebab dua-dua ni menambahkan lemak dalam badan. Haiih.


MINUM TEH HIJAU

Banyak retis dan artis kasi petua ni. Kat majalah lah apa lah. This is so true. Walaupun rasanya a bit weird. Tak lah teruk sangat tapi dia sangat mujarab dalam membantu bakar lemak uollls yang terlebih tu. Ya lemak I juga. Ini kerana kompaun EGCG yang ada kat dalam bendalah ni dapat tingkatkan kadar pemanasan badan sebanyak 84 peratus WOW KAN? Then dia melancarkan proses penghadaman. Minum sebelum tidur at least. Tapi seboleh-bolehnya empat kali sehari okay.

BERSENAM

Eh eh aku tahu inilah fact yang korang paling tak suka. KURUS TANPA BERSENAM? HANYA MAKAN PRODUK KAMI? It's nonsense. There's no such thing. Senaman ialah medium yang paling penting untuk kuruskan badan. Jogging ke berenang ke. Hey aku dah sediakan plan best punya untuk boost kan semangat korang yang lemah tu. Kalau korang nak bersenam, pergilah gym. Weyh instructor kat sana hensem weyh. Manalah tahu boleh tangkap cintan sana. Ataupun yang kpoppppp kepop pop kan, haha boleh lah bukak youtube, menarilah macam mereka-mereka. Sepelik mana pun tarian korang percayalah lemak terbakar hati girang.


JAGA PEMAKANAN

Kau dah bersenam janganlah pulak pi melantak ayam golek. Tak mo tak mo. Dah bermati-matian menari lagu The Chaser by Infinite korang rosakkannya just in a split second. Yang ni aku rasa semua orang tahu apa yang patut dimakan dan tidak. Alah masa primary school dah belajar masa time pendidikan jasmani kan kan kan?


HIGHLIGHT
·        Jangan makan makanan yang manis sangat
·        Minima separuh pengambilan karbohidrat dan tingkatkan protein dan serat.
·        Wajib ada senaman even lompan tali skipping 30 minit. Nonstop? Ceh kalau penat kau rehat lah 2 minit.

Akhir kata marilah kita bersama-sama menjaga badan. Ending aku tak best erk.


Meriah kau aku shopping. Ini cerita semalam. Apa yang penting.
To all reader Happy Eid Mubarak..:

You Might Also Like

1 comments

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO