ads

Thursday, May 30, 2013

Pergi ke Cameron Highland Lalu Jatuh Cinta

Assalamualaikum semua.

Wesak yang lepas aku dengan famili pergi Cameron Highland. Kalau nak tahu aku memang tidak pernah ke Cameron Highland. Sobs sobs. Just bayangkan masa aku nak present design dua bulan yang lepas mak aku telefon beriyo hah suruh aku cari nombor phone owner apartmen kat Cemeron. Kebetulan ada member aku yang baru balik dari situ dia bagi je nombor phone. Masalah selesai.


Udara yang nyaman dan mendamaikan. Fresh dan rasa peaceful je. Tapi tulah orang kata sekarang ni kira tak sejuk sangat sebab banyaknya pollution yang kita sendiri yang dok buat. Kalaulah aku datang 10 tahun lepas macam mana lah ye sejuknya?


First tempat yang kita orang singgah. Hey I tell you what, the view was really picturesque. Trust me. Yelah to those yang tak pernah datang lah kan. Kau dah tahu? Aku tahu. Kita orang sampai sini pun dah petang dan sangat sesuai lah masa tu tea time. Cafe dia memang on top tepi lereng bukit so memang fefeling macam kat obersea pulak. Tea time di atas bukit sambil menghangatkan badan dengan minum secawan teh. Tapi malangnya aku terlampau excited sampai terlupa nak tangkap scene yang superb tu. Ahaha.


Breathtaking view. Subhanallah..=')


The best strawberry farm kot so far yang aku pergi. Time aku datang sini masa tu tengah hujan lebat. Semangat katekoww. Sejuk sangat-sangat. Pergi Cameron memang of course strawberry is the priority kan. Most of all nak cari tempat yang offer boleh pick strawberry. Unfortunately sekarang buah strawberi tengah  kurang. Pokok tak produce banyak buah bak kata bangla yang jaga tempat ni. Yang ni aku pelik. Bangla kot yang jaga. Banyak kot pendatang asing yang kerja area ni. Kalau kat tempat aku bangla bukak kedai perabot woh. Klang mariii. 

Ada satu cafe kat sini. Semuanya makanan berasaskan strawberry. Strawberry smoothie, strawberry waffle with cream, strawberry salad, strawberry blended dan banyak lah. Penat pulak tangan taip strawberry banyak-banyak..(ʃ_̀ ). Yang paling attractive sekali ialah fresh strawberries with chocolate dip. To tell you the true, aku tak lah suka sangat dengan buah ni. Masam dan mahal. But then dish ni dah totally changed my perception towards it. Coklat kan macam sweet and a bit bitter so dia memang sangat sepadan dengan strawberry yang masam.

Ni adik bawah aku. Lepas SPM dan sekarang ada kat matrik Jengka. Mentang-mentang baru beli Galaxy Grand so asyik suruh aku join snap gambar je...Ceh. Thank you banyak-banyak dekat Camera 360 yang bersihkan parut jerawat aku. Haih. Sangat fake.


This is my siblingsss. All girls uoallsss.


Salad yang segar. Rasa macam nak petik je. Tak mo tak mo. Dosa dosa ingat Allah.


Nice colour. Instead of strawberry, Cameron Highland is also famous with fresh flowers kan kan kan to those yang pernah pergi.


Yang ni cek nak haba' kat hang. Akhirnya aku jumpa jugak tempat nak petik strawberry dengan tangan sendiri. Kalau tadi semua strawberry farm banyak bangla yang jaga kan tapi yang ni area perkampungan melayu. Maybe gambar tu tak jelas sangat tapi OPAH STRAWBERRIES AND FARM kau Jah. Jangan main-main. Opah tau.


Yeah akhirnya dan aku feel feel jadi macam gadis yang tengah petik buah strawberry untuk dijual. Apa gelaran yang sesuai ehh? Gadis strawberry mungkin? Erk. Gila feminin LOL. Kita orang petik dekat 20 biji dan direct suruh opah panaskan chocolate untuk di DIP kan dengan fresh strawberries yang kita orang petik tadi. YUMM.


Tengoklah 14 kotak strawberry weyh aku borong. Hahaha. Tak termasuk bunga-bunga dan pokok-pokok yang mak aku borong. Bapak aku dah garu-garu kepala dah takut kereta tak muat. Naseb baik muat. Thanks Allah..:)


Aiskrim yang aku makan tu pun not bad. Btw entri ni banyak pasal strawberry je lebey. Jatuh cintanya mana? Aku nak cakap aku dah cinta dekat strawberry. Haha. Yang lain aku tak nak cerita sebab aku yakin blogger yang lain mesti dah cerita jugak.

 Apa yang aku nak simpulkan dekat sini, aku rasa aku sesuai tinggal kat tempat macam ni. Aku ni jenis yang cepat gilew berpeluh. Mak aku cakap apa kau tau. Bila dah kahwin duduklah sini. Tu ok lagi. Adik aku pulak cakap, tak pun kau kahwin dengan bangla tu long. Cis. Hatiku terluka. Haha.

Since aku unemployed, aku mengalami simptom-simptom ni. Terok bebenor. 

Just wanna share, result aku baru keluar dalam minggu ni. Aku rasa tiga tahun ni effort aku paid off. Again, Alhamdulillah. Dear architecture, be mine.



TQ kerana sudi membaca entry diatas. HOHOHO

2 comments:

  1. pergh!
    pergi cameron!
    -yon kacak

    ReplyDelete
  2. Hi! 안녕하세요~~! please do visit our blog! we sell
    purely handmade jewelries~
    쇼핑하시면 더 감사합니다~~^^
    http://fifteenpril.blogspot.com/
    http://twinscraftlife.blogspot.com

    ReplyDelete

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...