7 Tanda Yang Dia Sudah Gila Bayanggg..
Wednesday, January 02, 2013
Assalamualaikum semua.
Hai hai hai akhirnya 2013 datang. Been waiting for a long time for this. Yay! Semester akhir. Lepas ni grad then kerja and finally kahwin. Itu lah human life cycle. Semua orang sama unless lepas grad terus kahwin then baru kerja pun bleyyyy. Haha. Apa azam tahun baru? Aku punya bersambung tahun ni sebab yang lepas tak dapat dilaksanakan. Tapi rasanya aku tak terlambat lagi kan untuk wish selamat tahun baru to those who read my blog dan juga follower aku yang tegar dan terus membaca blog aku even lately aku jarang update. Maaf.
Tentang topik hari ni yang aku cuba kupaskan..ahaha dah macam pakar motivasi ye dok. Siapa yang dalam hidup dia tak pernah kenal dengan insan yang bernama lelaki? Dah dah ekau jangan nak membongak. Berdoso. Dalam satu hari korang mesti akan cakap pasal perihal mereka. Tak kisahlah ayah ke, abang ke, abang angkat ke, abang sayang ke, abang mr. right ke as long as dia lelaki.
Korang perasan tak if they want someting, mesti effort dia nak dapatkan benda nak tu akan jadi dua atau tiga kali ganda a.k.a struggle. Samalah juga cinta. Sometimes they are not noticed pun yang dia orang sebenarnya dah over excited dan buat perkara yang tak sepatutnya. Besides, ada sampai satu tahap yang semua orang sekelilingnya anggap dia betul ke tak betul budak ni.
So in case lah kalau korang terperasan yang eh dia ni dah lain macam aku tengok, jangan lah pulak melatah tak tentu pasal. Mungkin dia orang desperate nak dapatkan cinta korang. So nak tahu apa yang kerja gila yang dia boleh buat semata untuk memiliki gadis yang dicintainya take a look at this..
7 Tanda Yang Dia Sudah Gila Bayang
Bercakap Non-Stop
Bila kita kenal dengan lelaki yang diam ni payah! Harap-harap lah jodoh aku dengan orang yang pendiam. Dia lagi payah kalau korang pun jenis yang tak banyak cakap. Kalau dating nak borak apa? Pergi dinner then balik? Takkan lah. Malu punya pasal. Tapi ada juga lelaki yang once dia dah mula suka korang, tengoklah macam mana pula dia cakap. Non-stop woh.
Topik yang dia borak mestilah tentang kelebihan diri dia, barang-barang yang dia ada. Senang cerita dia kata yang dia tak sampai hati nak pukul semut. Penyayang katanya. Pendek kata dia nak tunjuk yang dia ni hebatlah. In case kalau lelaki tu dah macam ni perangainya, buat bodoh je. Lama-lama nanti dia tahu yang korang ni bukan ambil port pun.
Buat-buat Minat
Semua orang tahu lelaki ni ego je lebih. Kononnya tahu semua favourite korang. Let say yang korang ni Beliebers (Justin Bieber 's fan) ataupun VIP (Big Bang's fan). Walaupun mungkin wajahnya macho seperti Aaron Aziz, tak mustahil dia mengaku yang dia juga peminat Justin Bieber dan Big Bang macam korang. Padahal sebelum ni memang kata si Bieber ni gay lah, anti K-Pop lah semuanya hipokrit semata. Haha. Atau atau atau mungkin juga dia ajak korang ke pet shop since you guys love cat so much but then dia akhirnya keluar dari kedai sebab tak tahan dengan bulu kucing. Haha. Lelaki. Lelaki.
Puji Melebih
Sekarang ni cakap dengan aku siapa yang tak suka dipuji? Nak nak orang perempuan. Kalau dah kena puji sikit jalan pun dah tak betul dah. So kesempatan ni lah yang lelaki gunakan dengan meniup puji-pujian terhadap korang supaya tumpas di tangannya. Biasalah, kadang-kadang dia puji rambut korang yang lurus, manisnya pakai tudung Yuna ataupun howoe style gila baju korang ataupun senyumanmu mencairkan hatiku. Kalau tak pun, you ni bijak lah. Dah lah cantik, sopan, menarik, tertarik semua lah.
Kadang-kadang pujian tu menjerat diri dia juga. Misalnya, dia puji suara korang yang merdu bak buluh perindu. Padahal korang tahu ni kalau korang nyanyi selalu orang perli sebab sumbang. Bila kat Red Box, masa turn korang nyanyi ramai yang nasihatkan kau supaya tak nyanyi. Masa tu, mesti kau rasa yang dia ni tengah perli aku ni dan terus berjanji pada diri sendiri tak nak bercakap dengan dia. Haha
‘Berani Mati’
Lelaki yang sporty dan adventurous pastinya membuatkan adrenalin korang bergerak laju. Apa itu adrenalin? bukak ni. Ia bergerak laju nak-nak bila melihat sendiri dia bermain bola, ragbi atau rock climbing. Tapi bila dia dah jatuh hati korang, hmm makin bertambah lah minatnya.
Sia-sia je kalau korang melarangnya supaya jangan bermain sukan yang bahaya kerana takut memudaratkan diri kononnya. Tapi aku berani bet makin nak lagi dia buat adalah. Sebab apa? Sebab dia nak menunjuk-nunjuk kejantanannya depan orang dan tak kisah pun kalau bahaya ke tak.
Ahli Bina Badan
Oh yes. Topik yang bagus. Aku terus terfikir lelaki Korea yang tough macam Sparta kat dalam running man. Lelaki selalu rasa kalau badan tough dan tegap adalah modal untuk menarik perhatian perempuan. C'mon lah. Wajah boleh jadi perkara kedua. Tak dinafikanlah memang boleh cairkan hati perempuan tapi..Bila badan dah mantap, pakai pula baju ketat-ketat. Erk.
Sebenarnya, itulah kesilapan terbesar lelaki. Kebanyakan perempuan kalau korang nak tahu malu kot dan geli dengan lelaki yang terlalu berbentuk pastu pakai baju ketat-ketat. Please change your fashion style. Argh.
Kookie bersama
adik-adiknya. Ahaha
Pemuzik Jalanan
Bagi lelaki, bakat menyanyi dan bermain instrument adalah modal terbaik untuk memikat perempuan. Melihat bagaimana member-member memainkan gitar atau menyanyikan lagu untuk awek sebelum tidur mencetuskan lagi semangat untuk belajar benda-benda ni semua. Tapi sayang, bakat tak seberapa pun. Just be yourself. You'll look cute too.
Contoh kejutan besar yang pernah dilakukan lelaki untuk perempuan yang disukainya in real life..
1 By The Pit Board
Penyanyi popular Pink telah melakukan sesuatu yang dianggap sebagai nostalgia apabila dia melamar suaminya Corey Hart, seorang pelumba motorcross di satu perlumbaan.
Pink menulis lamaran ‘Will You Marry Me?’ di atas pit board sewaktu Corey Hart sedang berlumba. Pada mulanya, Corey Hart tidak mempedulikan pit board tersebut, tetapi pada lap seterusnya Pink menulis ‘I’m Serious!’ pada satu lagi bahagian pit board tersebut. Mengejutkan apabila Corey Hart terus membatalkan perlumbaan dan berlari ke arah Pink sambil melaungkan ‘Yes!’
*sumber copy paste
AWW SO SWEET!
It has been proven that love can make you go crazy. And by
crazy I mean overreact, make you feel impulsive, and create a lot of jealousy.
Ya jealous jealous.
Being in love can be a blessing and a curse. Agree? On one
hand, it's an amazing feeling and something that makes life so much grander
tetapi kadang-kadang it makes you do stupid things sometimes, it makes
you wonder how awesome it really is..:)
2 comments
bile bercinta memg indah hehee
ReplyDeletecinta memang gila +_+
ReplyDeletekomen je. Tak kena bayar pun. OHOHO