Hey Hey Jauhi Lelaki ini.

Sunday, November 18, 2012


Assalamualaikum semua.


Love is in the air.

Bila bercinta bukan main kan sekarang. Lupakan sahabat baik. Asyik berkepit je. Jangan macam tu, bukan kau sorang je yang kapel. Orang lain kapel juga. Bila bahagia, panggil love bird bagai but then once they argue, should be called angry bird la kan?

Eh dok eh. Terasa ke? * angkat kening.

Bila hawa dah jatuh cinta, dia memang dah tak ingat menda lain dah. Hanya diri arjuna sahaja. Dengan kata lain angau. Bukan sengau..== . Ya ya ya angau. Tapi beware girls, ada juga lelaki yang kita patut jauhi. Sebab nanti kita yang merana. Sebelum angau menjadi-jadi jom usha dengan lebih detail.


LELAKI YANG PERLU DIJAUHI OLEH PEREMPUAN


Lelaki Yang Tangannya Ramah Tak Pasal

Baru je jumpa eh dia dah berani nak pegang-pegang. Bila sound sikit, macam macam lah alasan dia kasi dan langsung tak relevant. Hey jangan sesekali berkenalan dengan lelaki GATAL seperti ini. Jangan pernah ada niat pun dan lupakan dia terus.
                                                
Lelaki Yang Terlalu Sempurna

Oh ya ya. Semua orang nak yang sempurna. Di tambah pulak dengan cerita korea yang menjadi catalyst kepada wanita-wanita lantas berangan-angan untuk mendapatkan lelaki yang sempurna ni. Anak orang kaya, pakai kereta mewah, muka hensem dan mampu membuat siapa sahaja cair. Eh sedangkan kau pun cair ini kan pulak perempuan lain. Tak rasa ke even kalau korang dah declare mesti ada gak yang dok usha-usha boipren korang tu? Tapi kan, kalau korang macam aman bahagia, go on lah. Bukan aku jealous, tak. Tapi mana lah tahu dia ada agendanya yang tersendiri or berlindung di sebalik kemewahannya. Kau yang kecewa nanti.



Lelaki Yang Terkenang Bekas Kekasih

Melalui fasa sedih akibat terputus cinta tatkala bahagia mula menerpa membuatkan lelaki berusaha untuk mencari teman pengganti. Ayat aku lima bintang whoah. Haha. Ok sambung. Once dah dapat, mesti dia selalu macam compare kan korang dengan ex dia. Mana boleh. Semua orang bukan sama pun. Pape Ntah. Kalau suka juga, siasatlah dulu betul ke tak yang dia ni, betul-betul dah lupakan bekas teman wanita dia orang ke belum.


Lelaki Yang Tidak Beretika

Ini kes macam mana eh nak explain. Hmm. Macam ni. Dia selalu ajak jumpa dekat rumah dia. Then korang yang terhegeh-hegeh naik teksi jumpa dia. Hari-hari. Hey mana effort si lelaki dalam perhubungan? Nampak sangat yang kita ni je yang tercari-cari dia. Dalam kes ni, just leave him as fast as you can. Dah lah macam tak tanggungjawab then... tak tahu lagilah nak cakap apa. Macam member aku lah kan, kalau date mesti si perempuan yang belanja. Tiap kali dating weyh! Dia cuma belanja sekali je. Itupun nasi lemak RM 1.00 kat food court. Then member aku lagi yang kena belanja.Aku bukan apa.. Takut pulak nanti dia gunakan korang demi kepentingan diri dia sendiri one day. Who knows. 




Lelaki yang Sering Menghilang

Ala tengok tajuk pun dah dapat predict kan macam mana. Selalu menghilang dengan alasan terpaksa menyempurnakan kerja penting kat office ataupun tiba-tiba dia cancel kan waktu dating korang saat-saat akhir. Kan. Kalau sekali, boleh lah dimaafkan. Tapi hah kalau dah berpuluh-puluh kali. Nampak benor nipunya. Mungkin dia dah ada orang lain ataupun sudah berkeluarga.




Kalau rasa-rasa macam ada lima ciri diatas sila lepaskannya pergi. Sila halang perasaan anda ya gadis-gadis. Ahaha. So fikir-fikirkan lah. Bak kata pepatah kumbang bukan seeko'

Pahal kau senyum der?



Lapar ARGH!


You Might Also Like

0 comments

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO