STUDIO TRIP KE JOGJAKARTA, INDONESIA : DAY 4, 5 & 6
Tuesday, October 04, 2016
Assalamualaikum semua.
Location : Batu Feringgi
Model : Err, aku.
Baru-baru ni aku jadi tour guide weyh. Secara tak langsung aku melancong di tempat sendiri. Best seriously jadi tour guide. Lagi-lagi client kau member member kau. Mentang-mentang lah ni semester last aku kat Penang. Ampa amik kesempatan kat aku na. Ahaha
Rasa macam boleh berbahagia sedikit sebab akhirnya dah sampai di penghujung entri trip ke Jogja. Lama sangat rasanya . Dah nak habis dah tahun 2016. Perginya awal tahun. Akhir tahun baru nak update. So last update ni aku sekalikan untuk tiga hari. Pandai pandailah korang nak baca.
Jogja, Feb 28, 2016
Disebabkan malam tadi sebelum tidur makan maggie, bangun-bangun je tengok muka dah bengkak macam donut kena rendam dengan air. Ni semua salah roomate aku yang sibuk suruh perhabis maggi cup yang dia bawak dari Malaysia. Tak pasal-pasal aku yang kena habiskan. Lepas breakfast nasi err yang disediakan oleh pihak hotel, kita orang pergi ke tempat yang ada dalam tentatif. Perut aku terkejut memang terkejut beruk katakaw. Pihak hotel memang prepare nasi, tempe, ayam, tauhu pastu ada roti bakar sikit, ada coco crunch sikit dan air. Sebab tu balik Malaysia aku memang dah tak boleh masuk langsung dengan ayam. Hari-hari makan ayam kat sini.
Habis je breakfast, bas memang dah tunggu depan hotel. Hari ni banyak tempat nak pergi, tu yang keluar awal. Lokasi yang pertama ialah Kraton. Tempat ni merupakan istana zaman dahulu kala. Biasanya dulu-dulu yang tinggal dalam kawasan ni memang anak-anak bangsawan lah kiranya.
Uish
Main entrance.
Bergambar bersama Kraton guide. Dah macam gambar apa dah aku tengok.
Railing dewan yang banyak hidden meaning. Setiap benda yang ada kat railing tu semua ada maksud dan macam biasa aku memang keluar telinga kirilah masa dia explain. Matahari agak bahang. Apa yang aku fikir cepatlah ibuk explain, nak pi beli ais krim ni. AHAHA.
Wakaf. Tengoklah detailing dia.
Yang ni memang win sebabnya gila lah. aku pegang banyak kali kot sebab macam kena pukau dengan dia punya kaler. Mana tahu ada yang jatuh atas tanah boleh pergi jual. Warna emas.
Memang tour habis lah sekitar Kraton. Kesian aku tengok ibuk tu dok explain. Yang lain bukan dengar sangat pun. Sibuk tangkap gambar. Ok ni bukan salah kita orang sebabnya dia explain memang slow gila dan kita orang kena faham betul-betul, I mean macam kena fokus. Lima minit pertama acah acah fokus lah then end up buat tour sendiri. AHAHA. Kemudian kita orang jalan kaki sikit nak pergi ke Water Castle. Sekali dengar macam istana air kan tapi sebenarnya dia tempat mandi raja.
Entrance Water Castle
Inilah dia kolam renang zaman dulu-dulu.
Okok. AKU NAK EXPLAIN YANG NI. Kalau nak tahu, dari view ni lah raja sibuk mengusha mana-mana anak dara yang dia kenan untuk dijadikan hmm isteri or gundik. Aku tak pasti tapi raja dulu memang gatal!
Nilah tingkap yang raja guna untuk skodeng. Yang lawa-lawa sibuklah nak try mandi acah-acah pwincess supaya dapat ngorat raja.
Tak silap aku tempat yang Syamil berdiri ni macam lorong ke masjid bawah tanah rasanya.
Aku tak sempat pergi sini sebab sibuk pergi beli ais krim. Hehe. Lepas tu kita orang pergi lunch.
Haah. Sinilah tempatnya. Uniklah dengan cara dia susun bulun tu sebagai signage restoran.
Interior.
Semuanya anti sosial LOL
Lepas dah kenyang kita orang pergi ke Vredeburg Museum. Orang kata ni muzium perang. Errm tapi dah ada dalam tentatif ikut jelah kan. Muzium ni memang dekat sangat dengan Jalan Malioboro. Memang semua berterabur pergi borong barang lepas keluar dari muzium ni.
Masa bergambar kat entrance, orang keliling pandang2. Mana tak nya, depan muzium je kot. Nak buat photo group pulak. Ni semua salah pak Agus suruh berfoto. Malu kita semua.
"Bila someone terpijak sandal kau be like..."
Weyh aku baru beli kot.
Aku terpaksa crop gambar, mengnyahkan diri aku dalam gambar ni. Terlalu tidak sanggup bergambar dengan dua makhluk pelik.
Makhluk pelik bergambar atas bumbung.
Photoshoot
Sebenarnya aku pelik. Kenapa mendung semacam. Rasanya tak hujan petang tu. Aku shopping bagai nak rak kot. Tak rasa setitik hujan pun. Bila malam kalau korang nak tahu area Malioboro memang banyak gila orang berpakaian pelik. I mean for business purpose. Yang pegang ular lah, pakai costume pocong semua. Tujuannya kau boleh ambik gambar. Then kau bayarlah dia orang. Malam tu lepas dinner terus balik hotel. Pastu cepat cepat transfer gambar sebab memori phone full gila. Hari ni lebih kepada education tour dan aku tak ingat sangat pasal tempat-tempat yang aku pergi. Bila tengok gambar yang aku tangkap baru aku ingat apa je yang aku buat hari ni. Ahaha. Tengs phone.
Jogja, Feb 29, 2016
Yay hari ni hari terakhir kita orang pergi jalan-jalan. Flight esok pagi. Malam tadi aku sibuk tengok apa je barang yang aku borong. Sebab semalam terlalu terkinja-kinja ambil gambar sampai terlupa nak beli souvenir untuk family dan kawan-kawan. Beli barang sendiri je banyak. Selfish kan.
Lokasi untuk hari ni ialah Gua Pindul dan Prambanan Temple.
Hah ni..
Jauh sikit lah dari bandar dan aku tertidur dalam bas. Tengok-tengok dah sampai. Hehe.
Aktiviti hari ni macam kena duduk atas pelampung. Beratur lah pelampung dan kau akan lalu bawah gua. Pada masa yang sama ada guide yang tarik pelampung korang dan explain sejarah sejarah semua.
Macam ni hah posisi pelampung kita orang.
Gambar google.
Macam nilah dia punya suasana. Tak ada gambar sangat sebab simpan phone takut masuk air. Masa guide explain, macam biasa, fikiran aku diawang-awangan sambil pandang atas. Macam mana kalau ada benda jatuh dari atas. Macam mana kalau tiba-tiba ada kelawar. Macam mana kalau ada benda.. Yes aku memang terlalu banyak berfikir. Rasanya macam setengah jam jugalah dalam tu.
Then kita orang move on pergi tempat lain. Dia macam dalam group dan lepaskan dalam group tu dekat sungai yang macam arusnya deras lah. Kalau korang nak tahu, guide aku ni macam hensem sikit. Bila bertembung dengan group usm lain, dia orang teriak weyh Syaf usha guide. Gatal. The heck. Dah lah cakap kuat. Tak pasal guide tu perasan.
Hah lencun..
Lepas semua dah settle, makan tengah hari kat area tu dan bergerak ke Prambanan.
Nasib baik cuaca cerah. Tak payah pakai baju hujan dah. AHAHA
Satu-satunya yang aku ingat pasal tempat ni ialah, shiva, brahma dan vishnu. Mana taknya masuk dalam exam kot dua semester lepas dalam paper History of Architecture.
Terang benderang weyh. Pkai hp selphie OPPO.
On the way datang sini, Syamil dah warning aku yang aku kena tolong dia cari mat salleh untuk masukkan depa dalam gambar frame Matra. Aku lah kena persuade dia orang. Aku baru nak seek boyfriend matzaleh. Hish. Dan paling sakit yang kau kena amik gambar mamat ni. Dah lah banyak songeh. Alamatnya memang jadi photographer tak berbayar lah ceritanya.
Prambanan, checked.
Detailing dekat dinding.
Yay Jumpa dari Germany. Dia nak masuk dalam frame. Yeah he was pretty cute. Lepas tangkap gambar dia dalam frame, aku suruh Syamil amik gambar aku dengan dia ni. Dia kata aku gatal. Hensem kot wey. Haram gambar aku yang dia tangkap semua tak jadi. Semua buruk. Dengki.
Pastu banyak lagilah mat salleh yang aku try approached dan end up they were willing lah nak masuk dalam frame. Aku dah cakap siap-siap aku nak approached yang hensem je. Ahaha.
Ada orang tangkapkan. Nasib lawa.
Ambil satu gambar buat OOTD 29 Feb. Rare kot.
Photoshoot 1
Photoshoot 2
Malam terakhir di Jogja, merayau-rayau sekitar hotel cari barang yang di bawa balik Malaysia. Semua orang pergi shopping kat Giant tengok barang-barang yang rare. Sepanjang breakfast dekat hotel, hotel ada prepare satu kopi ni. Memang sedap weyh. Budak-budak ni sibuk tanya apa kopi apa yang dia orang pakai dan beli kat mana. Hah tu dia.. aku pi Giant row kopi tu licin, memang budak USM dasar pemborong. Semalam lagi dia orang dah borong. Satu pun tak tinggal untuk aku cis. Pastu suruh aku beli kopi lain yang mahal. Malam tu dia orang kononnya teman beli barang padahal nak mengejek yang kopi tu dah habis. Duit rupiah memang tinggal sikit je. End up aku pergi beli susu pekat. AHAHAHAHA. Esoknya pulang ke Malaysia dengan tenang dan berserah sebab assignment berlambak ya amat.
So sampai sini jelah cerita travel aku. Yes aku dah berjaya habiskan hari last day even dekat 6 bulan. Kau ingat senang ke nak ingat semua benda balik. Struggle aku macam buat thesis master. Err ok aku tipu. So kalau korang betul-betul nak pergi, plan lah elok-elok. Banyak je lagi tempat tak pergi. Macam Pantai Timang, Hutan Pinus dengan Puncak Becici. Tak silap aku dekat Rm1000 juga lah aku habis. So korang, kalau rasa nak travel pergi je. Explore je. Jangan cepat rasa penat dan cepat rasa bosan. Just have fun.
To those yang tak baca lagi entri Jogja sebelum ni boleh lah klik link di bawah.
Next destination, Singapore.
2 comments
masa kat gua pindul ada apa2 jadi tak? Dengar cerita macam keras tempatnya..huhu
ReplyDeletei've been to gua pindul once. There was nothing happened. Biasa-biasa je tempatnya. I really love the way they speak. I mean Indonesian. Soooo lemah lembut. Yah i like their culture and food as well! planning to another part of Jawa soon ^^
ReplyDeletekomen je. Tak kena bayar pun. OHOHO