Assalamulaikum semua.
Autumn
The season I love most.
Yay. Aku tengah mid semester break sekarang dan aku rasa sangat sangat bosan. Mereputlah aku dalam bilik ni hah. Assignment tu ada tapi aku terlupa pula bawak balik berus water colour. Nak beli baru macam sayang. Jadi aku buat keputusan siapkan assignment tu masa masuk sem nanti. Last minit? Ala macam korang tak biasa. Ahahaha
Berbalik pada tajuk entri kali ni kan macam unik kan. Maksud aku macam mana untuk mendapatkan jodoh yang rare. Well umur semakin meningkat ni membuatkan kau tak keruan nak cari pasangan. Tengok kanan, member kau sibuk keluar dating. Tengok kiri, mak kau tak habis tanya, tak ada orang nak datang meminang ke??? #longsigh
So nak pandang mana sekarang? Ni aku try nak kasi korang idea macam mana nak cari jodoh tanpa menggunakan taktik kotor yang selalu dalam sinetron tu.
TEMPAT KERAMAIAN
Tempat keramaian ni memang kita semua tahu tempai yang ramai gila orang. So rajin rajinkanlah diri anda untuk datang ke tempat seperti ini bagi siapa yang single tu. Kenduri kahwin ke, kenduri cukur jambul ke, hari kantin sekolah adik kau ke...Konsert tak pun dinner. Tempat tempat macam ni memang tempat yang paling sesuai untuk korang pasang mata. Ini bermaksud, kau kenalah sentiasa prepare. Jangan selekeh kalau nak pergi tempat yang ramai orang ni. Pasar malam? Yes ini pun dikira tempat yang ramai dan kau boleh berjumpa jugak dengan jodoh kau. Kan senang tu jodoh satu kampung..
Hah. Macam ni. Macam ni.
Aww. Gorjes.
KELAS TAMBAHAN
Okay. Memang kau dah berumur 25 dan tak masuk akal langsung untuk ke kelas tambahan. Maksud aku kat sini kelas macam pengetahuan am. Makna kata macam kursus la. Kursus memancing ke, kursus memasak ke. Hah tak pun pergi seminar Dr Azizan. Hehe. Di samping pengetahuan kau meningkat, pada masa yang sama boleh menambahkan kenalan. Mana lah tahu ada yang kenan. Tak pun kau kenan kat dia. Hah.
VOLUNTEER
Bila kau join satu badan sukarela, secara tak langsung kau memang akan jumpa ramai orang yang kau tak kenal. Buat kerja amal memang satu aktiviti yang sangat mulia. Tapi orang kata tak salah nak menyelam sambil minum air kan. Yang penting kita ikhlas. Mana tahu masa kau beriya mengutip sampah tepi pantai bawah kelab sayangi laut kita, ada nelayan yang kenan. Ok. Macam tak best. Let say kau tolong satu family ni. Manalah tahu salah sorang ahli keluarga ada yang berkenan nak jadikan awak menantunyaaa. Aww.
Jap. Korang bukan sepatutnya kutip sampah ke. Err.
KAWAN-KAWAN
Minta jasa baik member-member untuk memperkenalkan kita dengan mana-mana member dia orang yang sedang mencari macam korang. Err. Agak-agak kau faham tak?... Er. Aku pun pening dengan ayat aku sendiri. Hah macam ni. Orang kata jangan malu nak bertanya. Sometimes, kita kena berani bertindak. Perigi cari timba merupakan term yang paling senang dan langsung tak memenatkan. Tak pakai langsung taktik kotor tau. Mintak tolong la member-member manalah tahu pakcik pakcik dorang tengah cari calon isteri. Boleh lah tu.
BEKAS
Ni bukan bekas makanan ke, tupperware ke. Ataupun bekas kekasih. Langkah yang terakhir aku dapat fikir ialah dengan menghubungi bekas kawan sekolah, kolej ataupun sekerja. Jika selama ni korang hanya mendiamkan diri. Dalam group whatapps pun macam ada tak ada je kan. Cuba orang kata apa reconnect. Hah gitu. Cuba try berhubung kembali dengan mereka. Just in case, dia juga menunggu korang untuk dijadikan pasangan. Well, who knows..
Sebenarnya semua aku tak try lagi. Aku cuma cadangkankan je. Mungkin sebelum ni aku ada lah explain tampat yang sesuai untuk cari jodoh. Tapi kadang-kadang bila dah try pun ada juga yang tak berjaya. Apa kata korang try dulu. Bila dah dapat komen komen komen apa lagi. Kita tak tahu bila jodoh kita sampai. At least ikhtiar dan berdoa merupakan jalan yang terakhir yang kita boleh buat..:)
Jadi single ni tak dek lah teruk sangat. Tapi bila orang sekeliling dah start buka mulut tanya..
anda bila lagii.. Mulut terus terdiam. Lidah terus terkelu.
- Wednesday, October 26, 2016
- 2 Comments