Assalamualaikum semua.
What happened to
my life? Dah macam tajuk New Straits Time dah aku tengok ye dok? Tajuk nak hot
kemain. Mintak pelempang. Alhamdulillah
saya syaf dan dah sebulan saya tak update blog. Malam ni aku diberi hidayah untuk
menulis entry ni. Tak ada apa yang menarik pun yang berlaku dalam hidup aku.
Tak payah baca pun tak pe. Kbai.
Rasanya tak
terlambat lagi kot untuk aku mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat
islam.. Erm nak habis puasa dah ni.
Peace
yaw.
#prayforMH17
Once again MAS and
Malaysia itself attract the attention of the whole. Sedih dan sebak bila pisang
berbuah dua kali. To see so many lives being lost for no reason, it's
heartbreaking. Semoga Allah merahmati negara Malaysia..:'/
Yay Kahwen!
Kemain semua excited cerita pasal
kahwin. Eh bukan semua wahai reader-reader ku. Bukan sebab aku kahwin aku
mendiamkan diri. Kalau aku kahwin aku bagitahu kot. Khabar baik mengapa mahu
disembunyikan bukan?
Orang yang nama sama dengan aku,
syafiqah kahwin. Member aku sewaktu diploma. She’s my first among of my friends
who got married. As expected, mestilah excited bak hang. Dan sangat terkejut bila bakal pengantin request untuk aku menjadi pengapit. Apakah? Firstly macam terkejut habis as I never ever be a pengapit before. Tak boleh tidur malam seolah-olah aku yang akan berkahwin esok. Grr. Okeyh just take a look…
Engagement Day
p/s : bila aku fikir balik, kenapa aku
yang malu-malu unta duduk belakang baget aku yang bertunang. *garu kepala yang
tak gatal
Nikah’s Day
Masing beriyo nak amik berkat. Ceh.
Gatal semuanya.
Sanding’s Day
Kau bayangkan aku ada interview kat
Penang hari Jumaat. Sabtunya si Piqa ni sanding kat Keramat. Dah lah bas aku
sampai malam. Nampaklah kepenatan kat situ. So patutlah gambar aku tak berapa
nak berseri. Wakaka.
Semua gambar ehsan dak dak ni. My battery already die. Tak sempat
langsung nak charge rushing punya pasal. Kepada Pika, semoga berbahagia
di samping suami tercinta semoga kekal ke jannah..:D
Jangan Bagitahu Suami Kawan Mak Tiri Sedara Lelaki Sepupu Biras Dia
Pada 24 June 2014, on Thursday, Syafiqah turns 22 oh no! For the whole
day aku asyik nyayi lagu 22 by Taylor Swift. * part chorus je. Rasa tak percaya yang aku dah tua. Sebab aku
target kahwin 25. Tak ke dah dekat. Macam mana dengan zaman remaja aku? Tinggal 2 tahun lagi. Ahaha. Ceh beriyo cakap tapi tak ada calon lagi. Haih. May this age bring me closer to Allah. Be a
good daughter to my parents, a good sister to my siblings and friends. May
Allah grant me with Health so I can contribute more to the people around me.
Second visit, lepas aku recommend kat family aku, terus mereka pun nak pergi juga. Since aku kata beef stew tu sedap so add on benda tulah. For this, we spent around RM 200 dan dapat voucher RM30. Due date dah habis pun. Tapi yang ni aku tak nangis. Aku cool je. Makan free katakaw.
GANGNAM STATION
JJCM
Hobi
aku makan. Semua orang tahu. Every month I spent at least one place for JJCM
together with partner in crime, Yin. So dalam jangka masa aku senyap ni
sebenarnya aku banyak makan je lebih. Tapi tak naik pun badan aku cyes.
GANGNAM STATION
K-Pop. Benda first yang akan pop-up kat kepala korang kan. Dalam bulan 3 tak silap aku restoran ni aku pergi. Yang kali kedua bulan 4 masa celebrated besday adik aku. Makanan kat sini halal dan ownernya Melayu. To tell you the truth, lepas aku makan kat Dubu-Dubu ritu aku macam sumpah giler tak akan makan this kind of cuisine lagi. Tak kena dengan taste aku. Say no to Korean Cuisine! Yin yang excited ajak pergi sini dan aku pun pergilah since review yang aku baca semua kata best.
Kita
orang order set untuk 2 orang dan tambah satu plate rice cake. Sebab kita orang ingat weyh
cukupke ni weyh..? Nak dijadikan cerita kita orang tak habis Tulah.. tamak lagii, ini sebab hasutan syaitonirrajiim. Bagi aku
kat dubu dubu punya rice cake dia lagi oke kot. Tapi dis still can be accepted.
Side dish yang plate kecil tu boleh refill. Yang
dalam mangkuk stainless steel tu nasi. Berbeza dengan nasi kita sebab sedikit
melekat. Sedap serious. Dalam claypot hitam tu macam stew daging dan sedap
gila. Yang plate lagi satu depan dia tu sotong kurita. Sounds creepy tapi
sedap. Macam sweet and sour. So in a nutshell, semua sedap.
If I'm not mistaken, we spent around RM70 for this. MEMANG BERBALOI. *bukak purse nangis.
Bagi aku steamboat
dia okay jelah. Macam makan kuah steamboat kat Seoul Garden. Ha macam tulah.
Tapi aku rasa better amik bulgogi kot. Orang kata bulgogi dia sedap. Nanti
datang lagi bila duit tebal boleh terai yang itu pulak.. Overal, GANGNAM
STATION sebenarnya telah berjaya menukar pesepsi aku tentang Korean Cuisine.
Rupanya ada jenis-jenis yang aku boleh makan. Hee. Kalau tak percaya datang try
test. Tak menyesal punyalah.
GANGNAM STATION
G36, Block 5, Laman Seri Business
Park,
Seksyen 13, 40000 Shah Alam.
THE SUMBS CAFE
Terletak di Shah Alam, belakang Tesco Kayangan, tempat makanan ni agak popular dalam kalangan student-student dan sekitarnya. Aku dapat tahu pun masa Masterchef yang Fazley datang sebagai chef undangan yang dia ada jual macaron dekat cafe ni. Apa yang menariknya cafe ni dia served dalam box and tak payahlah depa susah-susah cari orang basuh pinggan..:P
Aku makan Chicken Cordon Bleu. (RM 11.00)
Secara jujurnya, I love it. The
portion not too big and too small. Just nice. Hee.
Chicken Chop. ( RM10.50)
Aku tak sempat pulak mintak komen dari
ang, Yin. Sat gi aku pi tanya dia na.
Churros. (RM4.90)
Rata-rata
yang datang sini mesti order bendalah ni. Erm erm aku rasa okay-okay je kot.
Macam tepung yang di goreng lalu di dip kan di dalam coklat. Tapi
special maybe tempat lain tak jual kot heeee. Maybe aku akan datang lagi sebabnya cafe ni dekat dengan office aku. Cozy place in Shah Alam dan makanannya pun tak mahal. So kalau nak pergi waze tempat ni ok.
THE SUMBS CAFE
7-04-01
Persiaran Alam Pusat Perniagaan World Wide,
Persiaran
Akuatik Seksyen 13, Shah Alam.
Sobs sobs. Rasanya aku dah ketinggalan
zaman ni. Memang lawak sebab baru aku makan dekat sini. Haih. Cawangan aku
pergi di Setia City Mall. Ada banyak lagilah boleh google.
Wok Sear Chicken
Chop (RM18.90)
Sedap kot. Speciality
dia dekat gravy. Ermm.
Masala Breaded
Chicken Cutlet (RM19.90)
Ok jer. Mashed
potato dia sedap. Ahaha.
Carbonara
Spagetti (RM 18.90)
Hahah. Rasa Carbonara lah heee.
Bagi aku, makanan yang kita orang pilih
so far Alhamdulillah sedap. Harga pun hemmm bolehlah tahan. Disebabkan service
charge dia mahal sikit, apa lagi kita orang pun buli waiter tu jadi
photographer. Barulah berbaloiiiii. To those yang nak rasa environment ala-ala
orang kaya boleh lah mai sini. Jangan risau halal tau.
Setia City Mall
JIBBY & CO, EMPIRE SUBANG
Jibby & Co instantly becoming one of Subang's
most ravishing restaurants. Apa yang aku noticed lately, banyak orang dah start
berfikir di luar kotak untuk konsep coffee shop yang mampu attract orang ramai.
Macam café ni, dia mementingkan exterior dan interior. Seriously tengok
bangunan dua tingkat yang berbentuk trapezium.
Good sunlight = nice
selfie! FAHAM?
It's quite a nice place for a meal because the place is
spacious, so kau takkan perasan langsung orang selalu lalu lalang belakang
kerusi kau. LOL...
Check out below for the menu and price list at Jibby & Co.
Big Daddy (RM 32.00)
The Big Daddy sangat sesuai untuk penggemar daging. Banyak gila daging dalam pizza. If you are meat lover, this pizza is your soulmate. Comes in quite a big portion, so make sure that you have a big appetite when you order if not just share it with your friends. Tapi aku makan dua slice je. Lebih bawak balik. Hee.
Soft Shell Crab on Brioche (RM 32.00)
Portion yang standart. Ketam dia gila
besar. They generously give a big piece of crab but you pay for it too. RM
32.00 such a large sum of money to buy a burger. Burger tepi jalan kalau yang
special pun RM 3.00 kot! Fries dia unik sebab dia pakai ubi keledek. Anyways, I
personally think that the crab is a bit oily which is supposed to be..tapi..I
get more health conscious when I grew older. Erm. Erm.
You guys definately love this dish.
Anyway this place great. Service was surprisingly friendly
and chill despite the crazy packed hours. Alhamdulillah, we spent more than hundred ringgit for two...*same amount to buy groceries for a week.
We will definitely return..erm soon.
Jibby & Co
GK11, Empire Shopping Gallery,
Subang Jaya
***
Gila bapak lah panjang kemain entri aku kali ni.
Aku dah try short cut tapi panjang juga macam mana. Hem. Itulah yang aku nak
update sebenarnya. Kalau satu-satu alamat panjang ye dok. Kepada yang membaca selamat
berpuasa pada minggu terakhir. Manfaatkan puasa supaya kita jumpa lagi Ramadhan
tahun depan Insyallah.
Baju raya kau kaler apa..? Hee
- Sunday, July 20, 2014
- 1 Comments