Assalamualaikum semua.
Selamat Hari Raya Haji kepada semua umat Islam. Tahun ni tahun ketiga aku raya haji di Penang. OK. Hari ni kita sambung Day 3 & 4 di Jogjakarta. Sungguh tidak sabar untuk aku menghabiskan entri Jogja ni sebab nak update satu entri pasal cinta. LOL.
Jogja, Feb 27 , 2016
Ingat tak entri aku yang lepas siapkan assignment sampai pagi? Ingat tak? Pagi tu kami semua direct ke UGM (Universitas Gadjah Mada) untuk present apa yang kita orang buat hari sebelumnya di Kota Gede. Ala tempat Ada Apa Dengan Cinta tu.
Tangkap gambar katanya tapi ni bukan tangkap gambar group. Ni kenkonon team puteh la..==
Hah ni baru team betul. Dari kiri Tiqah, aku, Kiwang, Azeem dan Adhwa.
Masing-masing pegang keuh yang diberi oleh pihak universitas. Hehe.
Dihadapan fakulti.
Gambar formal. Ni gabung tau. Pandai pandai lah cari mana student UGM kalau nak ngorat.
Present dah lepas? Kemonlah. Takkan aku nak cerita kot. Boring ya amat kawan-kawan. Ramai yang tertidur semasa presentation dijalankan. Nak nak yang present awal. Lepas present masing-masing terdampar macam singa laut. Er aku tak ye.
Acah-acah cover album.
Statue pintu depan UGM. Macam biasa kita orang adalah orang yang paling lambat naik bas.
Pastu datang dua lagi nak sibuk masuk dalam album. Yang kat belakang tu backup dancer. Masuk salah timing.
Lepas poster dah setel baru tangkap gambar produksi dan orang belakang tabir.
Masa ni hujan renyai-renyai. Ingatkan nak masuk dalam tema album. Ahaha. Cukup.
Pak Agus, our tour guide *baru aku ingat nama dia, dah marah sebabnya kalau dibiarkan memang sampai habis hujan pun tak habis nak tangkap gambar.
Waduh waduh anak-anak. Sudah sudah ya tangkap gambarnya. Kita harus berangkat secepatnya iya.
Disebabkan ada yang dah basah, kita orang request balik hotel salin baju dulu dan kemudian terus shoot ke tempat yang kita orang memang tunggu-tunggu iaitu Jeep Trip. Yay. Lokasi ni jauh sikit dari Bandar Jogja tak silap aku dalam 1 jam juga berjalan. Masuk-masuk jalan kampung dan ya akhirnya kami di sini.
Gunung Merapi.
Kalau korang nak tahu, gunung ni antara yang gunung berapi yang teraktif di Indonesia. Dia terletak di Magelang. Tak silap aku apa yang guide tu kata last meletup 2010 dan lebih kurang 150 nyawa yang terkorban. Kalau kau perasan dari gambar di atas, memang sejuk. In order untuk sampai ke puncak kau perlu naik jeep.
Satu jeep masing-masing ada 4 orang. So berderetan lah jeep rombongan dari yuesem. Ahaha. Time ni diver pi mana entah.
Hah ni pun driver. Disebabkan driver pakai spec, aku pun nak acah acah jadi macam dia. Pakai spek. Dia ada checkpoint checkpoint dia. So bila berhenti kau pun turunlah. Disebabkan duduk belakang aku nak bagi peringatan ni, tak payahlah korang nak selphie selpie ke apa sebabnya kau akan tunggang terbalik kat belakang tu. Apa yang kau perlu buat kau berdiri, then pegang palang kat depan kau tu kuat-kuat. Kalau tak kau akan melambung keluar. Ahaha. Permukaan tak rata so kau akan alami satu pengalaman yang hmm tak tahu nak explain macam mana. Macam macam action yang aku, Malin dengan Tiqah kat belakang tu. Najwa lagi teruk. Dia kena duduk. Tak boleh fefeling macam cerita Indiana Jones.
Checkpoint pertama. Dikaki bukit.
Checkpoint kedua. Ni aku kena paksa tau tangkap gambar dia orang bertiga ni ==.
Ni adalah tinggalan rumah yang kena larva gunung berapi. End up jadi muzium.
Sampai dipuncak. Udara dia memang betul-betul fresh. Nak compared kat Penang memang tidak lah hendaknya. Kalau aku duduk sini mesti paru-paru aku bersih. Oh ya pasal wakaf kat atas ni, kebanyakan yang aku perasan main material adalah buluh. Noted ye guys. Bamboo.
Sampai je dekat puncak, langsung tak ingat peperangan yang berlaku dekat jeep tadi. Terus lupa. Kegembiraan yang terpancar di gambar telah menceritakan segala-galanya.
Tangkap gambar aksi Raver dan Hipster di Jogja. Bukan kat Keyel je ye benda ni tersebar. Awas.
Bila dah terkinja-kinja, baru masing-masing behave alangkah teruknya perangai budak Archi USM.
Korang memang boleh photoshoot kat sini series. Pre wedding pun tak pe. Err Tak kot sebab kena naik jeep. Nanti takut kau punya yang belah belakang gown pengantin tersekat kat tayar jeep aku tak tahu. Kbai.
Photoshoot.
Trip berakhir dalam pukul 2 petang macam tu. Tiba-tiba teringat yang kita orang kena naik jeep tu balik. Aduh. Memang tunggang terbalik lagi sekali. Kadang kadang abang driver tu saja je nak bawak tempat berbonggol. Memang terpelantinglah. Lepas dah berakhir, kita orang keluar terus pergi makan. Apa yang aku nak cakap memang best weyh tempat makan ni sebabnyaaa..
Kau tengok ni. Dekat atas tasik. Kat tengah-tengah tu ada orang jamming. Hmm. Aku tak tahu nak bagi harga macam mana sebabnya semua under agent.
Sebab yang kedua, kau boleh dating atas rakit. Dayung-dayung sampai kemuara..lalala
Tempat yang seterusnya tempat yang memang famous. Kau akan tahu tempat ni dari sekolah rendah lagi. Lagilah yang ambik kos architecture ni dari zaman diploma sampailah ke degree. Belajar sejarah tempat ni je.
CANDI BOROBUDUR.
Ya. Sepuluh markah untuk yang duduk belakang Leman tu. Uhh. By the way masa kita nak datang tu memang cuaca macam tak ngam sangat dengan kita orang. Masa sampai awan dah mendung. Mak aku ada pesan bawak payung. Dan memang aku bawa. Orang kata nasihat mak tu memang berguna. Tapi kalau tak ada payung, jangan risau memang banyak orang nak offer sewa payung. Jumper pun ada. Disebabkan geng studio 300 yuesem tak nak sewa payung dia orang beli baju hujan. Dan yang paling kelakar gila bila semua orang beli baju tu. Tapi memang kelakar weyh.
Ni maksud aku. Baju hujan tu warna warni weyh!. Memang senang gila nak identify member kau kalau kau sesat sebabnya geng kita orang je yang pakai baju hujan ni. Dah macam pakai baju ikut rumah sukan pulak aku tengok. Ahahahahaa.
Geng ni geng teletubbies.
Aku sampai sekarang tak faham posing apa yang Juli cuba sampaikan. Nampak tak yang pakai poncho warna putih kat belakang? Itu head of delegate. Sebabnya dia beli kat Daiso Malaysia. Ahaha. Sorry guys it's too hilarious.
Whats up Dr Mazran. Kita orang dah sampai sini.
Teringat kelas history petang Khamis Dr Mazran. Serious kalau kelas tu kau memang kena prepare kudap kudap supaya kau tak membuta kat kelas tu. Dah lah sejuk memang selalu orang keluar masuk. Akhirnya apa yang kita orang belajar dekat kelas, nampak depat mata kau sendiri. Orang kata kalau kau mai matahari nak naik, kiranya sun rise kan, view dia spectacular. Kalau korang ada plan nak datang Jogja try pergi sebelum matahari naik.
Model : Raymond
On the way nak keluar ke parking bas, memang banyak souvenir korang boleh beli. Antaranya keychain, baju batik, fridge magnet. Memang murah murah lah. Sementara nak tunggu bas bertolak, aku dengan 3 orang member nak beli pop mi. Disebabkan banyak gila orang jual mee tu kita orang memang survey harga kau kau. Memang jadi kedekut tetiba. Satu kedai ni jual 7000 rupiah. Then next kedai 8500 rupiah. Pastu komplen,
Buk, kok mahal sekali. Warung sebelah cuman 7000 rupiah aja.
Pastu tu ibuk itu reply, kok adik. Emangnya beza cuman seribu kok. Usah pelit dong.
Ahahaha. Seriously bila aku kira balik memang kedekut tahi hidung masin kita orang ni. Beza 50 sen je. Ahahaha. Oh Ya pelit tu kedekut. Kau bayangkan kita orang berempat pergi makan pop mi tu kat dalam bas. Kau rasa? Dah lah sejuk gila dalam bas. Berasap asap weyh. Kau tak tahu bau dia sampai semua orang yang ada dalam bas tanya kita orang mana kita orang beli. Tak pasal kedai makcik tu habis semua pop mi tu. End up dia tutup kedai. Yang ni memang kelakar. Terima kasih dekat kita orang dah tolong mak cik tu menjana rezeki. Lepas semua dah ada dalam bas, kita orang terus shoot tempat buat batik. Lepas tu pergi rumah makan untuk makan malam.
Tekunnya abang ni.
Malam tu member aku yang lain sibuk makan gudeg. Makanan orang kata kebanggaan Jogja. Kau try lah sebabnya aku tak try. Sebaliknya malam tu aku dengan geng yang lain pi massage. Murah weyh. RM30 satu badan. Memang hilang lah penat aku lepas perang dalam jeep tadi.
Tak nampak sangat puncak gunung sebab kabus awan tebal sangat.
Oh ya see you guys next entry.
Untuk entry Jogja yang lain boleh refer :
- Sunday, September 11, 2016
- 4 Comments