Assalamualaikum semua.
Happy New Year!!!. Err belum lagi.
Bila aku nak update entri aku sedar dah the end of
the year. Ahhaha. Dah dua bulan rupanya aku last logged in belog. Sekarang baru
ada masa terluang. Member-member pun dah balik kampung. Tinggal lah aku sorang
kat Penang ni. Tu yang ada masa nak tulis blog. Kalau ada masa terluang
member-member ajak keluar. Arr..Rasa macam zaman praktikal dulu balik, kinda
introvert gila dan anti sosial person. Haha.
Minggu study week.
Kau tau minggu ni packed
gila. Isnin lepas aku ada submission board. Aku tak tidur langsung malam
submission tu. Lepas submit Jumaatnya, iaitu semalam aku kena submit model
pula. Lagi gila aku tidur dua jam je beberapa hari sebelum submit model. Bila
malam nak submit model iaitu hari Khamis, aku tak tidur langsung. Semalam lepas
submit model, aku terus tidur pukul 8 malam dan tadi aku bangun pukul 9 pagi. Aku tak boleh solat ok.
Err aku tidur ke apa ni???
Perempuan Perasan LAWAN Lelaki Perasan
Tetiba aku terdetik lah kan nak update pasal bendalah ni. Sebabnya this kind of situation just happened in my life. So aku nak bagi clear kepada lelaki dan perempuan. PERASAN. Sorry to say dua-dua hamba ni memang ada sifat perasan. Sama ada teruk atau tak teruk. Ahaha.
Ustaz aku pernah cakap yang perempuan ni cepat perasan sangat. Lagi-lagi kalau bab cantik. Then dia kata kalau nak puji kecantikan seseorang tu jangan cakap depan-depan. Nanti dia riak. Ahaha. Aku sangat setuju sebabnya aku pun perempuan LOL. Kita tak boleh perasan cun atau cantik sebabnya ada orang lagi cantik dari kita. Err.
Lelaki pun sama. Kalau ada perempuan cakap, ehem kenapa hensem sangat hari ni?.. Dah dah dia pun mula lah nak rapat-rapat dengan perempuan yang puji dia tu. Dia rasa yang perempuan tu syok kat dia, sedangkan perempuan tu tak ingat langsung yang dia pernah puji lelaki ni. Situasi berdasarkan pengalaman.
Hah sudah tak boleh pulak kau tidur Piah
Ni aku gambar melalui situasi..
Situasi 1
Kasih : Yang, aku rasa kan president agrosis
tu macam syok kat akulah weyh
Sayang:
Wait yang mana ni kasih? (noob)
Kasih :
Ala yang aku selalu cerita hari tu, dia
selalu poke aku kat fb then selalu like gambar kat insta.
Sayang:
Erm. Then?
Kasih :
Even kita orang kalau ada meeting kelab kan mesti dia senyum tengok aku.
Sayang
: Oh ye kot. Erm dia minat kat kau.
Nampak tak? Nampak tak yang Sayang ni jealous then
dia macam sedih yang si Kasih ni suka kat pres agrosis ni? Err eh aku bukan nak
cerita pasal ni. Ahaha. Sebenarnya boleh jadi dua kemungkinan. Sama ada yang
budak lelaki tu memang syok ataupun yang president tu tengok - tengok si Kasih
ni sebab muka Kasih macam adik dia kat kampung. Dia rindu kampung. Btw, kalau setakat poke dan like gambar kat insta tak mendatangkan apa-apa makna. Mungkin dia terlike ataupun tertekan button poke. Kita tak tahu kan. Tapi at least sebenarnya yang president agrosis ni realized kewujudan si Kasih ni. Hah ataupun. Yang Agrosis ni sebab dia gay. Dia suka kawan dengan perempuan. Well, this is make sense.
Situasi 2
Brad
: Oi, aku rasa kan Pitt, Jolie tu suka habis la kat aku.
Pitt : Poyo je kau (jeles). Serious pesal?
Brad
: Serious wey. Tiap malam text aku beb. Pandang-pandang aku dalam kelas. Baik pulak tu. Ni lain macam weyh (gelak bongkak)
Pitt
: Erm yelah Brad. Aku tengok dia tu bila sampai je kat kelas cari kau.
Asyik-asyik cari kau. Tak cari aku pun.
Brad
: Pitt!! Aku ada admire! (peluk Pitt)
Ahaha. Macam tak pernah orang syok je kat dia je si Brad ni. Btw, perempuan sebenarnya erm ada sebab suka kawan dengan lelaki. Sebabnya lelaki ni tak banyak drama queen macam girls. Energetic, chill, fun, funny than girls (though I still love them). Ok ada dua reasons sebenarnya yang mungkin that girls syok kat kau jugak. Daripada buat spekulasi apa kata kau tanya direct je. You ni probably suka kat I ke? Dari kau perasan sensorang baik perasan dua-dua orang kan. Err.
Bagi aku, perempuan ada dua jenis. Satu yang senang nak suka kat lelaki.
Yang kedua hati kering. Bagi yang easily fall in love, dia cepat perasan. Bila
ada guy yang buat baik, mesti dia mark lelaki tu suka kat dia. Ataupun kan yang
dia tak pernah dilayan sebaik tu dengan orang lain. Err kesian gila kalau dia dapat
tahu yang guy ni layan dia sebab macam adik je. AWW. Bagi perempuan yang hati
kental ni.. err dia tak dapat nak noticed sign yang lelaki bagi bahawa dia suka kat perempuan ni sampailah lelaki
tu confess kat dia. Itu pun dia still
tak percaya. Ermm.
Lelaki ni pulak, mereka sangat lurus. Jangan anggap dorang ni complicated
macam perempuan. Satu dunia tahu perempuan memang complicated. Admit la woi. Ahaha.
So, lelaki ni senang je. Kalu A dia cakap, memang A la maksud dia. Kalau dia
cakap, “Ko tu aku anggap cam kawan aku je, takkan lebih dari tu”. So, terima ja
lah. Kalau betul-betul lelaki nak kat seorang perempuan, kita akan nampak usaha
dia. So, don’t worry lah kalau dia tak tunjuk yang dia suka. Itu maksud nya,
dia memang tak suka kat kita. Lebih baik kita undur diri dan fokus pada benda
lain. Shopping for instance? Macam sekarang ni kan akhir tahun mesti banyak sale... ARGHH
Aku suka kawan dengan perempuan. Dia orang wangi.
Apa
yang aku nak highlight entri kali ni,
GUYS, jangan buat benda yang perempuan perasan. andai
kamu belum bersedia, usah bermain dengan api. Inikan pula bermain dengan
jiwa. Jiwa itu fragile bentuknya.
Sekali retak, belum tentu boleh dicantum picisannya. Sekali terluka,
belum tentu mudah dirawat parutnya. Jadi hati-hati lah ye. Kalau suka kata
suka, just say it out loud. Err whoah ayat aku macam nak nangis baca. Bole
tukar kos sastera ni.
Panjang gila aku tulis entri ni. Alhamdulillah.
Aahaha.
- Friday, December 19, 2014
- 4 Comments