Travel ke Medan, Indonesia.

Sunday, December 29, 2013

Assalamualaikum semua.

Err. Permulaan yang jiwang.

I'm still countdown for 2014. Tapi aku rasa ni final entri aku untuk tahun ni kot. Maklumlah aku cuma ada masa free time weekend. Grr.

 Ok. A couple of weeks ago, aku ke Medan, Indonesia menghadiri satu wedding one of my relative kat sana. Mungkin lama, dalam seminggu aku kat sana, aku ambil peluang untuk bersiar-siar, release stress serta belajar culture dan budaya orang lain. Tapi entry kali ni aku takkan cerita pergi pukul bape, menginap kat mana sampai pukul bape. Aku nak share apa yang aku rasa menarik atau sebaliknya.

#1

Ok yang pertama aku rasakan yang KFC dekat Indonesia tak berapa nak howoe macam Malaysia. Hot and Spicy dia so so je. Tak ada set macam lunch treat or dinner treat. Dia orang punya KFC serve dengan nasi. Thank Allah because I'm Malaysian. Aku pelik gak. Suppose to samalah kan. Hahaa. Case close.


No cheezy wedges. No whipped potato.

#2

Itu satu. Yang ni pasal culture pulak. Wow I was so surprised about the way how they celebrated their wedding. You know, my relative punya pelamin sangat sangat....

sangat apa? Kau tambah lah sendiri. Atas stage kot.


Ok before akad. Haha aku pun berinai gak.

Ok kau tahu satu hari mereka semua, I mean pengantin dia akan pakai 6 baju in one day. Kalau macam kita kan pakai satu je kan untuk satu majlis.





Ok lima baju untuk yang official. Dengar kata ia mewakili suku-suku yang ada di Indonesia. Yang aku tahu baju kaler merah tu. Suku Sunda. Sebab merah tu menarik sangat. Cantik gile. Hahaha. Kalau hitam semua tahu kan. Jawa. Btw gambar2 ni bukan dari kamera aku. Memang tak lah dia orang nak posing untuk aku kan. Ini macam aku nak tunjuk lah baju apa dia orang pakai.

Acara bersiram. Well aku lupa yang ni. Kiranya semuanya ada tujuh lah kan termasuk nikah since dia nikah pada hari yang sama. JENUH NAK TUKAR BAJU!

Ni dia posing untuk aku. Saja testing kamera baru...ahahaa

#3

Indonesia. Sama macam Malaysia yang beriklim tropika. Cuaca pun sama jadi tak ada masalah langsung. Cuma berbeza waktu. Contohnya kalau kat Mesia pukul 1, kat Indonesia pukul 12. Macam tulah. Contohnya kat sini Zohor pukul 1 lebih, kat sana dalam pukl 12 lebih. Kiranya tak ada yang beza kecuali waktu. Pukul enam setengah dah gelap kot. 


Rasa macam kat Keda' pulok..lalalala~~

Ok yang aku nak cerita dekat Kepulauan Sumatera ada satu tasik yang dikelilingi bukit bukau. Cantik sangat. Otw nak pergi sana kita akan lalu lereng-lereng bukit dan nampaklah tasik tu. Sejuk macam kat Cameroon Highland. Aku pernah pergi sini tapi masa raya. Time tu ramai gila orang macam dekat Jomheboh dalam tiga tahun yang lepas. Yang ni aku pergi tak ramai sangat orang. Banyak orang Mesia aku jumpa kat sini masa nak solat Zohor..:D


Subhanallah. A picturesque view along the journey. Wow sejuk woi.

Aku dapat tahu benda yang kau nampak kat tasik tu sangkar ikan emas. Masyarakat kat sini makan ikan emas.. Hoho.

Ikan si pora-pora? Salah satu nama yang menarik minat aku.

Panasnya menyengit tapi udaranya sejuk.

Banyak souvenirs boleh shopping.

Asal kulit aku gelap? Lupa pakai SPF LOL.

Seriously, air sejuk sangat! Try and error photography kononnya.

Dah petang masa untuk pulang. Bye bye Lake Toba.

#4



 One thing yang aku realized, orang sini yang beragama Kristian sangaaat alim. Hehe. Ok on the way nak pergi Lake Toba tadi, aku lalu Pekan Siantar. Majoriti orang Kristian. Bertepatan pulak aku pergi hari Ahad dan masa tu pukul 11. Ramai gile yang pergi sembahyang.  Dari tempat aku ni boleh dengar dia orang nyanyi. Macam gambar kat atas ni gereja. Nampak salib tu.

#5

Tadi masa nak pergi, ni masa nak balik pula. Aku lalu pekan Siantar lagi sekali. Then ramai giler orang kat dalam satu kedai ni. Aku dapat tahu tu kedai roti..


Ni lah kedai yang ramai tu. 

Dia jual roti macam gardenia tapi siap letak kaya. Seriously sedap. Kaya dia pakai resepi rahsia. Orang kata lagi kalau singgah ke pekan Siantar konfem singgah sini. Aku ingat ada jualan murah ke apa tadi...

Aku banyak jumpa perkataan ni. APOTEK. Penat aku perah otak apa menda lah kan apotek ni. Rupanya, farmasi.

Arca yang aku jumpa kat tengah jalan. Sangat cultural.


Singgah makan. Seriously panjang gilerrrrrrrr kedai. Tak tahu nak pilih yang mana.

Air yang wajib aku order kalau keluar makan. Haha. Apokat juice. Jus avocado. Kalau aku pergi Indonesia mesti lah wajib minum. Kalau kat sini ada kat Wong Solo tapi mahal lah.

Mesti kau pelik kan mana Medannya? Ala kota macam biasa. Ramai. Jalan jam sangat. Penduduk sangat padat. Trust me.



Okay sampai di sini lah. Oh-ho. Panjang jugak entri aku hari ni. Maklumlah entri penghujung tahun. Ehem. Sepanjang tahun 2013 ni, banyak pengalaman yang manis. Banyak juga yang pahit sebenarnya. Aku habis belajar then masa bulan 8, aku memasuki alam pekerjaaan. So aku anggap yang aku ni dah matang walaupun baru 21 tahun. Eheeeem *batuk tersangkut kat kerongkong. Semoga tahun depan aku lebih matang lagi lah. AHAHAH

 

You Might Also Like

5 comments

  1. bestnya...kalau adat indon memang mcm tuh..hehe..sebab sy pun pernah tengok juga..

    ReplyDelete
  2. ko pakai camera ape syaf? smarttt ouhhh!!

    ReplyDelete
  3. kau pakai camera ape syaf?? smart ouh!!!

    ReplyDelete
  4. HUNY..wahh baguslah..hoho
    amal..ehemehem..aku pakai sony z1 je..ahahahahha

    ReplyDelete
  5. You really make it appear so easy together with your presentation but I to find this topic
    to be actually one thing which I believe I would never
    understand. It kind of feels too complicated and extremely large
    for me. I'm having a look forward to your next submit, I'll try to get the
    dangle of it!

    Here is my weblog - BerneiceGBushlen

    ReplyDelete

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO