Makan di Papa John's

Tuesday, May 21, 2013

Assalamualaikum semua.

Akhirnya aku sudah mempunyai semangat untuk menulis blog. Yay arghh. Aku makin malas pemalas dan kemalasan. Padahal bukan ada apa pun aku buat. Lebih banyak update cv je. Aku kan penganggur sekarang. Sebenarnya aku tak tahu apa yang patut aku buat la ni. Nak apply kerja kat firm, haih entahlah. Aku dapat ramalkan masa depan aku yang kucar-kacir. Yes and I need to plan something. Something ohsem for my future. Instead of planning sensorang i need someone who can help ni this case. Ya. Amira Asyiqin Amran.


Muda selamanya. Ceh malangnya aku budak yang nak masuk 21 tahun yang jiwa kacau tentang masa depannya..

Berbalik tentang Amira ni, dia kawan aku masa kat Teknik KL dulu. First budak kelas yang aku tegur masa first day and ALHAMDULILLAH we are still friends. Triple A ni *senang. Nama dia panjang sangat LOL* sekarang menganggur macam aku. Haha. Dia akan sambung degree kat UTM Skudai dalam kejuruteraan awam 1 haribulan sembilan ni. Since sorang tinggal di Klang and the other one dekat  Banting, kami bertemu di tengah-tengah.


Papa John's menjadi tempat untuk kami berdiskusi.




Macam-macam benda boleh korang makan. Untuk yang dah selalu bonar datang sini memang tak payah aku terang lah kan. Instead of pizza ada juga makanan yang lain yang korang boleh makan.


Triple A sedang mempromote makanan

Sweet & Spicy Chicken Wings


Breadsticks. Rasa dia?.. hm..........haha


Hawaiian Papa Pizza. Yang ni korang kena makan panas-panas. Aku serious.

The winner for todayyyy..is goes to cheesestick. Aku paling suka yang ni.


Wedges.

The sauce.

Setelah duduk hampir dua jam setengah, *hamek kau, kita orang blah since ramai yang tak dapat seat. Yelah time tu lunch hour tapi kita orang duduk tempat tu macam owner nya bapak aku. Haih. Apa yang aku nak cakap kat sini, Papa John's ni biasa-biasa je. Ramai blogger buat review pasal restaurant ni mostly cakap lagi sedap dari pizza hut. Eh yeee ke? Tapi sorry to say, frankly, domino dan pizza hut better than this. Maybe lain orang lain pendapat kan. Tapi tulah yang aku rasa. Roti dia macam biasa-biasa je.


“The best mirror is an old friend.” 

QUOTE ni aku ambil dekat GOODREADS yang aku merasakan sangat sesuai dengan kita orang. HAHAH. Kita orang kat Jusco Bukit Tinggi. Nak tangkap gambar kat entrance macam malu gilew oh dengan ramai orang duk pandang-pandang macam kita buat salah besar. Nak tangkap posing sendiri banyak tak jadi so kita orang cari make up room dan snap kat cermin. Senang malas nak fikir. Senyuman itu bermaksud aku telah menjumpai solusi bagi future aku. So you'll see me as an AR five years from now. Yes architect. Bila nak kahwennya??? Ala jodoh semua di tangan Allah. Kalau dah jodoh sekarang pun aku boleh kahwin.. HA HA HA



You Might Also Like

5 comments

  1. sedapnyaa... lapar plk tengok.. :)

    ReplyDelete
  2. byase2 je ke? kte lum pernah try g...

    ReplyDelete
  3. Alya..ahaha paham perasaan tu..:D
    Mysara.. tak salah kalau nak try. Nanti baru buat kesimpulan k..:)

    ReplyDelete
  4. Salam. kawan saya pernah kerja di Papa John lepas SPM, tapi kami tak pernah cuba makan sama-sama pun. Sem depan kot. sedih :( harga tak tulis sini ya.

    ReplyDelete
  5. Informasi Yang Menarik Sob

    Main ke blog aku juga ya
    http://sp4rt.blogspot.com/
    http://3-xp.blogspot.com/

    ReplyDelete

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO